Pages

Showing posts with label Kembara Makan Angin. Show all posts
Showing posts with label Kembara Makan Angin. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

White Sand Resortel, Hotel Bajet Mewah

Wow.. tetiba mencanak page view blog abg macho ini rentetan kisah benar PHUKET RM 240 :)

Alamak, buktinya sudah hilang.. hee.. By the way, baru saje aku check, godek-godek kat Asiago ini, ini contoh harganya. Boleh lagi murah kalau korang rajin godek-godek.. Nyum nyum..
Still mahal compare to yang aku dapat..lalala
Okey, kepada first timer yang sampai Phuket macam aku ini, memang sangat nube la. Tapi hasil risikan dan pembacaan, gagahkan juga take the challenge.

Jika korang berbackpackers berdua ke sorang ke, the best way to save money from airport to Phuket dengan menaiki mini bus. Mr Badrul Nizam, bila mau kasi gambar nie !!!!

Harga tiket minibus ini hanya 180 bath. Tempat beli tiketnya, hanya betul-betul di luar airport. Tak best nya minibus ini, dioerng akan kumpul sampai 10 orang, baru gerak ke Phuket. Selagi tak cukup, duduk la tunggu. Kiteorang hari itu dalam 15 - 20 minit juga la tunggu.

Oky, dari airport ke Patong (tempat hotel 4 star kami) mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ouch, tempoh hari ada satu kawasan tu, sangat jammed.

Tapi kalau korang banyak duit, boleh saja naik kereta. Lebih selesa dan mewah sikit :) . Hanya 800 bath sahaja. Bawah ejen yang sama.

Dan, inilah lah dia Hotel 4 star kami. White Sand Resortel. Korang boleh tengok websitenya juga di sini.

Sawadikap.. White Sand Resortel
Tu signage hotel. Tengok sikit dekonya. Ada 2 pahlawan seksi :)
Penjaga pintu
Hotel di Thailand ini istimewanya, korang boleh check in awal. Seawal korang sampai hotelnya. Kami sampai, terus sahaja diberikan fresh orange. Erm, pekat. Nyum nyum.

Bilik kami, di tingkat 4. Ta daa. Tengok sikit.
4 star okey !!!
Tu dia. Complete set. TV Samsung, coffee, peti sejuk, peti besi. Sangat berbaloi-baloi. Tengok sikit katilnya. Yer la, ini yang paling penting. Tempat nak betulkan tulang belakang.
See, tengok katilnya
Ops, tapi kami bukan gay yer walau ambil king size bed. Senang nak bermanja-mana [okey..muntah jap]. Kita lari ke toilet. sangat bersih.

Beginilah toiletnya.
Dan paling best, tingkat 4 itulah terletaknya swimming pool. Walawey, selamat bukan depan bilik. Sebelah-sebelah bilik kami sahaja.

Dapat cuci mata sekejap. Lalalala.
Swimming pool kecil molek
Okey, cukup untuk review hotel kami. Kami boleh kasi 4/5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati. Dan internetnya sangat superb laju !!

So, apa macam ?? Makah hati tak ??

Saturday, May 17, 2014

PHUKET : Percutian Murah, Haya RM 240

PHUKET ... salah satu destinasi pelancongan yang sangat aku ingin pergi. Dan tanpa diduga, aku dapat harga yang super duper murah. 

Tanggal 8-10 Mei 2014 lepas, aku telah selamat ber holiday di sana bersama sahabat kaki jalan, sahabat sekatil, sahabat se macam-macam lagi, Badrul Nizam.

Kasi line panas sikit, tengok gambar di bawah.
Details booking kami

Dan, paling sangat korang rasa sakit hati, semua ini hanya RM 240/pax. Di ulang RM 240/pax termasuk tiket flight AirAsia pergi-balik serta penginapan 3 hari 2 malam di White Sand Resortel, Patong.

Ushar sikit hotel ini 
Tu dia baq hang
Welcome to Phuket !!!
Okey, cukup dulu untuk preview entri holiday 3 hari 2 malam ke Phuket, Thailand. 

Mesti korang tertanya-tanya, wow, sungguh murah. Macam mana boleh dapat harga itu ???

Rajin-rajinkan diri ushar website : AirAsiaGo . Sangat berbaloi-baloi.

Coming up next, Review Hotel sikit.

Thursday, April 18, 2013

Travelog Sabah V2.0 : Hari Pertama

Untuk kali ini, aku cuba ringkaskan perjalanan untuk hari pertama Holiday @K.K. Flight kami seperti yang diceritakan pada entri lepas, Malindo Air menjadi pilihan kami.

Seawal jam 5.00 a.m, 5 April 2013 kami bertolak ke KLIA. Operasi Malindo Air ini di KLIA ya. Kami hampir tersilap lokasi apabila ayah Faiz, mungkin tersalah dengar :). Hampir sampai ke LCCT, baru Faiz mengingatkan kembali bahawa flight kami di KLIA. Sepantas kilat, bapa Faiz memecut. 

Departure time kami dari KLIA jam 6.50 a.m. Kami sampai di KKIA 1 jam 9.15 am. Sekali lagi ditekankan, Malindo Air di Sabah beroperasi di KKIA 1, bukan KKIA 2. Maklum la.. AA tak bagi kot :)

Sampai di KKIA 1, brother kereta sewa kami sudah tunggu. Ya, myVI sedang menanti. Desuuup, terus bergerak ke Bandar Kota Kinabalu. 
Walkaway di sekitar kawasan Jeti tepi laut
Lokasi pertama, kami berpusing-pusing sebentar di sekitar K.K sebelum berhenti di tepi jalan. Sekitar kawasan jeti kot. Walaupun jam baru 10 a.m, cuacanya sangat panas. Menghirup udara sambil bergambar.

Perut sudah lapar. Pusing-pusing lagi. Muka Uncle Tua KFC bermain-main di mata kami kerana sangat banyak outletnya di K.K. Memandangkan perut sangat lapar, lokasi yang dipilih di Wisma Merdeka.
Wisma Merdeka, gambar di ambil daripada web Sabah Edu
Sila tetapkan mindset anda. Anda berada di Kota Kinabalu. Oh, harga KFC nya pun turut berbeza dari Semenanjung. Agak mahal sedikit. Dan daripada tips di 4square, ada komen mengatakan parking di Wisma Merdeka paling mahal. Ya, Ku Akui.

Selepas mengisi perut, ronda sebentar di dalam mall Wisma Merdeka itu. Erm, honestly, kurang menarik tidak seperti Mall di K.L ataupun J.B. Namun, pekerja di situ sangat baik. Seorang pekerja wanita di kaunter pertanyaan siap tolong telefonkan bagi pihak kami untuk mendapatkan waktu operasi dan bayaran. 
Perjalanan ke Masjid Bandaraya Likas, masjid atas air
Memandangkan kedatangan kami pada hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Solat Jumaat, walaupun kami boleh mengambil rukhsah. Lokasinya, Masjid Bandaraya Likas. 

Selepas menunaikan solat Jumaat, kami berehat sebentar. Memandangkan badan agak letih ditambah dengan cuaca yang panas, kami ke bandar K.K kembali, mencari hotel bajet.

Hasilnya, kami menyewadi Hotel Bilton Inn. Hotel Bajet yang murah. RM 55/malam :). Bintang ??? Faham-faham jer la. Lokasi, Kg Air. Memang banyak hotel bajet.

Puas berehat, petangnya kami ke kawasan Signal Hill Observatory. Apa ada di sini ??? Mengikut cerita orang Sabah, kawasan tertinggi di Kota Kinabalu.
Santai di Signal Hill Observatory
Ya, memang betul. Kepada anda yang ingin ke sini, anda perlu mengikut jalan di kawasan Padang Merdeka. Agak mencabar sedikit, maklum la memanjat bukit.
Pemandangan indah Kota Kinabalu dari tempat tinggi
Selepas merakamkan beberapa kepingangan gambar, kami menuju ke Tanjung Aru. Tapi, sebelum itu, kami meronda-ronda di sekitar Kompleks Sukan Likas. Kompleks yang menempatkan stadium dan segala kemudahan sukan untuk negeri Sabah.

Terus ke Tanjung Aru. Lokasi Tanjung Aru ini berdekatan dengan terminal 2 KKIA. Sambil-sambil menikmati angin petang, merakam gambar di kawasan pantai.

Kami turut menikmati minum petang. Air kelapa muda versi Sabah.
Menikmati udara petang Tanjung Aru
Keistimewaan Tanjung Aru, antara tempat yang dikenali untuk melihat Sunset. Ya, kami turut tidak ketinggalan bersama-sama orang ramai lain menikmati keindahan Sunset. Subhanallah, sangat cantik !!!
Sunset @Tanjung Aru
Selepas puas menikmati keindahan Sunset di Tanjung Aru, destinasi seterusnya, Night Market. Kami menikmati juadah makan malam di sini. Hidangan yang kami pilihan semestinya berteraskan Seafood. 

Jika sebelum ini, dalam entri Kembara Sabah 2013, aku menikmati ikan bakar, tapi kali ini menukar citarasa.   Ikan siakap, sotong, tomyam dan sayur. Ala-ala juadah di Senibong, Johor. 
Hidangan makan malam di Night Market, KK
Kenyang perut, hati pun senang. Kami berehat sebentar di sekitar kawasan jeti. Mengambil udara malam sambil ber check in di 4square
Angin Malam di sepanjang kawasan jeti
Kami pulang ke hotel sebentar. Berehat dan bersiap diri. Kaki pun dah tersangat lenguh. Namun aktiviti malam masih belum berakhir.

Aktiviti terakhir, kami berjalan-jalan pusing Pasar Tamu a.k.a uptown kot di Kg Air. Mungkin faktor cuaca yang hujan renyai, tak banyak gerai buka pada malam itu. Namun, keinginan aku untuk merasa urut kaki, tercapai akhirnya. Syamim pun turut terbabit.
Ekspresi muka yang berbeza
Bagi aku, aku sangat berpuas hati dengan uruan brother ini. Walaupun konsep jalanan, sangat best. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk 2-2 kaki, aku respect juga brother ini. Banyak cerita turut dikongsi dengan beliau. Jangan lupa, cuba urutan daripada beliau jika ke Kg Air.

Selepas penat seharian berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat. Misi ke Pulau pula esok hari.

Tuesday, March 29, 2011

.: Kembara Pulau Kukup ; Seronok :.

Segmen Kembara Makan Angin @puterapescado kali ini aku nak berkongsi dengan korang satu tempat yang agak best iaitu Taman Negara Johor ; Pulau Kukup yang terletak dekat-dekat dengan Tanjung Piai. Kalau tak tahu, sila Google Maps erk. Aku bersama-sama 4 orang lagi - Fahmie , Que, Rahimah, Fatin telah merealisasikan perjalanan Kembara Pulau Kukup ini dengan jayanya serta sungguh seronok sekali. Jom kita terjah kasi GEGAR!!!
Memandangkan ingin mengejar masa, seawal jam 8.00 pagi kami telah bersedia untuk bergerak ke Kukup yang terletak di daerah Pontian. Macam biasa lah, dah tak sempat sarapan, kami bersarapan di Kukup sajer la.. Bila lagi kan nak sarapan kat sana :)
Habis jer sarapan, terus pergi Jeti tapi mula-mula dah tersilap sebab pergi jeti international yang nak pergi Pulau Batam dan sekitarnya (kawasan Indonesia tue). Untuk sampai ke Pulau Kukup ini, kiteorang kena naik bot nelayan kot...haha..best...tiket RM 5 untuk pergi-balik. Memang care la bersiar-siar atas bot nelayan :)
Serba sedikit pemandangan yang berjaya di snap sepanjang perjalanan dari jeti Kukup ke Pulau itu. Memang sungguh cantik dan menarik sekali pemandangan kawasan sekitar. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, menambahkan lagi suasana keindahan alam ciptaanNya. Dalam masa 5-10 minit, sampailah kiteorang di jeti pulau.
Untuk menjelajah Pulau Sekangkang Kera ini (menurut Fahmie), bayaran adalah sebanyak RM 3 sahaja. Dan yang menariknya, kebetulan masa kiteornag pergi ini, air laut sedang pasang. So, dapatlah kiteorang melihat keadaan hutan paya bakau ini dikala air pasang. Cuma tak dapat nak naik bot untuk keluar dari dalam hutan itu jer la.
Okey..masuk-masuk jer lepas bayar tiket, terus nampak jambatan gantung. Anda berani tak?? haha..memang best la dapat menyusuri jambatan ini. Dengan auntie Chinese yang jaga kat kawasan itu sungguh baik dan berbudi bahasa, sempatlah kiteorang merakamkan 'bukti' bahawa kiteorang pernah sampai di jambatan gantung itu.
Perjalanan diterukan menjelajah dalam hutan paya bakau itu. Memandangkan masa kiteorang pergi ini air pasang, ketam dan ikan belacak sungguh banyak sekali bermain-main diatas darat. Aku tengok ikan belacak tue, memang geram giler..rasa nak tangkap dan bela jer tapi susah giler nak tangkapnya. Oh lupa, tidak dilupakan ular air yang banyak berehat-rehat diatas akar pokok bakau.

Di sini, jika korang pergi boleh jalankan aktiviti menanam anak pokok bakau dan nanti akan dipacak la itu projek korang. haha. Tapi kiteorang tak sempat nak buat memandangkan air pasang kan~ Lagi 1, kat sana macam biasa la akan diletakkan nama-nama saintifik untuk kita kenali jenis ke keluarga ke apa-apa mengenai paya bakau ini.
Dan semestinya kemuncak hutan paya bakau Taman Negara Pulau Kukup ini adalah menara peninjau yang tingginya 58 meter @ 4 tingkat...penat nak naik tangga tapi kene gagahkan... Macam biasalah menghabiskan masa diatas puncak manara itu dengan meninjau-ninjau sekitar Pulau Kukup itu.
Dah puas berehat-rehat diatas menara, kiteorang pun bergerak menuju ke jeti. Sementara menanti bot nelayan datang mengambil kami, macam biasalah kan~
Oh...ingatkan dah naik bot tue terus balik, rupa-rupanya singgah atas kelong dulu... (pura-pura tak tahu la kan). Yer memang dipakejkan. So, merasalah berada di atas kelong melihat ikan-ikan yang diternak secara sangkar. Masing-masing excited melihat gelagat ikan...hehe
So, hampir tamatlah sudah Kembara Pulau Kukup ini. Jap-jap, atas kelong tue siap ada kedai runcit lagi... Bila bot nelayan tue sampai, kiteorang teruskan perjalanan untuk ke tanah besar kembali... Yes... tamatlah sudah Kembara Pulau Kukup...Ingatkan nak teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya tapi semua dah exhausted!!

~~ Macam-macam ada di sekitar Kukup itu ~~

Tuesday, February 1, 2011

Jalan-jalan Teluk Batik

aisehman..Lama pulak rasanya tak berhupdate rumah ke-3 aku ni. Macam biasalah, alasan busy dengan komitmen lain sampai mengabaikan rumah ini kan. Kesian...naseb la badan
Okey, memandangkan kita dah masuk bulan Februari, dan hari ini (1 Feb) merupakan hari wilayah dan semperna cuti hari wilayah ini, aku telah pergi bermandi manda di Teluk Batik, Perak. Eh Perak pun sambut ke cuti wilayah ini???ha..cuba jawab dalam hati :)
Okey, kepada yang tidak mengenali Teluk Batek ini, mai aku ceritakan sedikit jer. Teluk Batik ini merupakan salah satu tempat peranginan di negeri Perak yang terletak di daerah Manjung. Lokasinya berdekatan jugak la dengan kawasan TLDM dan jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sesape nak pergi Pulau Pangkor, jom aku temankan :)
oops terlayan feeling jiwang pulak. Aku pergi Teluk Batek ini dengan sorang anak buah aku, Danial yang aku seludup bawak balik kampung dari Ampang hari Ahad lepas. So, bosan-bosan cuti hari wilayah ini, aku membuat keputusan untuk menyejukkan diri jer di Teluk Batik
dengan wajah yang penuh gigih dan bersemangat untuk bermandi-manda si Danial ini. Aku pun turut serta membuang masa di dalam laut yang boleh dikatakan amat bersih dan cantek. Selain daripada Teluk Batik ini, pantai Port Dickson dan Mersing merupakan tempat yang aku selalu sampai jugak..erk..selalu ke???
walaupun ombak kat Teluk Batik nie kecik jer, tapi amatlah best gak sebab tahap kemasinan air lautnya rendah..ye ke??erm tue daripada pemerhatian aku la bila nak comparekan dengan air laut di Port Dickson & Mersing.
macam biasa la kan. Kalau dah nama tempat peranginan especially tempat tue kat kawasan laut, gerai-gerai jualan cenderamata, T-shirt dan makanan teramatlah banyak. Memandangkan dalam wallet aku kekurangan dana, hasrat untuk mengankat bawak balik sehelai T-shirt yang agak menarik perhatian aku terpaksa aku cancelkan..tak pe, next time aku datang lagi
kat sini pun ada orang jual coral [seriusly aku sampai sekarang cuba ingati coral dalam Bahasa Melayu tue apa..]. Kesimpulannya, masa cuti hari wilayah 2011 ini aku menghabiskan masa itu berjalan-jalan ke Teluk Batik bersama anak buah aku. Anda pula macam mana?

Tinggal di Perak & Johor tapi berangan cuti hari wilayah kan!!

Friday, December 31, 2010

Holiday ke Port Dickson

salam semua...hampir seminggu aku tak beronline...Jumaat lepas, aku ngan family aku pergi bercuti...tue la alasan yang boleh aku kasi kpd korang semua...bercuti kemana???ha..dari Perak nie aku pergi bercuti ke Kuala Lumpur-Port Dickson-Kuala Lumpur balik before pulang ke Perak..ha..memang penat..terutamanya masa kat Port Dickson tue...3 hari 2 malam aku berkampung di Port Dickson..oh lupa..di PD tue, aku stay di PNB Ilham Resort, Teluk Kemang.. resort yang banyak kali aku dah g...
apa yang menariknya Ilham Resort nie erk?erm xde ape pun yang menariknya cuma rate resort nie jer yang murah sebab abang aku staff PNB..so 2 malam kat situ baru RM180..kalau harga biasa satu malam jer dah RM500++...tu jer kelebihannya...setiap tahun, destinasi nie jer la yang menjadi pilihan..erm..bosan kan~~so, malas nak cerita panjang-panjang, sini aku nak share sikit-sikit la gambar masa kat Ilham Resort tue..
nie masa aku ngan anak buah aku nak naik tengok rumah api Rachado..tinggi tu
~Esya~
nak gak snap berlatar belakangkan Selat Melaka
macam berada di Tembok Besar China kan~
pantai PD yang tak berapa nak bersih...hehe

so, sekarang dah boleh la nak berBW dngn kerapnya...mood holiday dah makin mengurang..so kesempatan nie aku nak ucap tahniah kepada Team Harimau kita yamg telah memenangi Piala AFF 2010 buat kali pertama kan..memang mantap game hari tue...tak lupa juga aku nak wish happy new year kepada semua :)

~Selamat Menyambut Tahun Baru 2011~

Thursday, December 16, 2010

SmartCampers' Day Out - finale

alamak..SmartCampers' Day Out the series dah nak melabuhkan tirainya..dah masuk part 4.. so sila ke Part 1, Part 2 & Part 3 jika mahu mengikuti kisah SmartCampers' Day Out ini :) .. tour ke Zoo Johor sudah, makan mee rebus sudah, main archery sudah, main boWling sudah, berkarok sudah & sekarang masa utk berKACANG POOL dan xtvt seterusnya...
dari Danga City Mall, kami telah shot terus ke Medan Selera Plaza Larkin dekat dngn bomba.. orang JB mesti familiar kan..apa yang menariknya??tentulah KACANG POOL nye..mungkin korang tak pernah dngr atau tak kenal apa itu KACANG POOL..before nie aku ada la cerita masa aku gi makan kacang pool..lihat sini bagi melihat dngn lebih jelas..one week before SmartCampers' Day Out ini, aku ngan Aiman & Apek dah g makan..Aiman dngn yakin kata kacang pool nie macam kacang rebus..biler dah sekali rasa, nak lagi,,betul tak Apex???
macam biasa, kalau pergi sini, aku akan order la kacang pool & ABC..memang mantap gandingan 2 nie.. so 10 orang kami pun makan la dngn muka yg penuh selera.. squad yg lain tak ingat plak minuman apa yg dieorng mintak :P ..dum dam dum dam, maka habislah makanan yang di order itu dengan licinnya..so, masa nak gerak ke destinasi seterusnya, si Apex terserempak la dngn anak muridnya..maklum la..sape tak kenal Apex..masa nak blk juga la kasut yg si Nora pakai buat hal lagi..adeh..tapi kembara day out ini tetap diteruskan ke Jusca Tebrau City..
sampai jer Jusco Tebrau City ini, ada la pulak OSIM ke OGAWA buat pameran barangan urutan mereka. si Apex ngan Que amatlah excited untuk mencuba kerusi urutan kat situ yang percuma. tidak ketinggalan Fahmi juga mencuba sehinggakan wallet beliau tercicir kerana terlampau excited..hehe..tapi disebabkan orang JB ini amat baik hati, insan yang jumpa wallet itu telah memberikan kepada kaunter pengumuman..thanx to God, tak de ape yang hilang..
kat Jusco Tebrau City ini, kiteorng tengok wayang..cerita UNSTOPPABLE..dasyat wo..sape yg belum tengok, sila tengok..lepas Maghrib terus tengok wayang..sambil tunggu tue, sempat lagi la kami berposing sakan..tapi kenapa erk gamba kasut akan disnap??? sila berikan jawapan yg rasional..lepas habis cerita tue, kiteorng terus shot ke Stulang pulak for dinner session and the closing activity..guess what???mr Acad nak sponsor.. :)
mesti ramai tak tahu kan kat mana Stulang itu..okey, actually Stulang tue tempat makan seafood macam Senibong..tapi lokasi Stulang nie dekat jer dngn TheZone, komplex Bebas Cukai di JB. so, silalah datang yerk.. tengoklah muka-muka excited yang menunggu masa utk membaham ikan sotong udang dan sebagainya..tak percaya???
see...dengan siakap masak steam & sweet sour, udang goreng butter, sotong goreng tepung, tom yam seafood, sayur apa ntah, air buah dan sebagainya memang membuka selera..for the 1st time aku dapat beat Aiman ngan Nora..haha..lihatlah..betapa licinya pinggan mangkuk di depan Apek setelah kami berjuang bersama-sama :)...
jam pun hampir ke 12am, maka tamatlah SmartCampers' Day Out ini..aku cukup seronok dan amat bertuah dapat join mereka semua ini dalam beraktiviti..sungguh happening & interesting day with u guys..kesimpulannya, 'Sayangilah Orang Yang Menyayangi Kita Daripada Menyayangi Orang Yang Kita Sayang'..moga kita dapat ber day out lagi guys..daa~~

p/s : gambar-gambar terpaksa dikecilkan & digabungkan menjadi 1 page...gambar nak masuk banyak sangat :P
~~JOM CUTI-CUTI MALAYSIA~~

Monday, December 13, 2010

SmartCampers' Day Out - part 3

yeay..kita bertemu lagi dlm rancangan SmartCampers' Day Out..sekarang dah masuk part 3..dh jadi cam cerita Harry Potter @ TV Series American plak kan..padahal cerita pasal jalan-jalan mengisi masa lapang @ cuti jer..okey..kalau Part 1 cerita pasal Zoo Johor & Part 2 pasal tragedi mee rebus serta bermain archery, utk part 3 kita teruskan dngn cerita bowling & karok..let's check it out yo!!
setelah tamatnya game archery yg dimonopoli oleh mr Acad, seterusnya utk membalancekan kelenguhan tangan kiri masa pegang busar panah, kiteorng terus ke pusat bowling..ha..nie dah tentulah favaourite game aku..lupa, b4 nie si Aiman tue kata soh guna ganti nama dia Si Jejaka Berspek Hitam...okey..no hal..utk game bowling nie, Acad plak bertindak sbgai photographer.. siot jer x nak maen bowling..tapi cantek w00 gambar yg beliau snapkan..x caye, jom ushar~~
okey..terus jer..kami bermain 1 game jer..maklum la time constraint..utk team 1 terdiri drpd Ain, Mar, Que ngan Fahri..sila rujuk gambar diatas..dngn semua beraksi gaya sportmen & sportwomen kot :p~ ..cuma Mar jer xde dlm koleksi utk aksi balingan beliau..sbb ape???erm no komen..utk skor dr kumpulan nie, sila besarkan gambar..kang aku tulis, ada yg x puas hati plak.. so not bad la kami bermain bowling ini :P
bagi team 2, sudah tentulah terdiri drpd Nora, Adam (apex la tue), Aiman Si Jejaka Berspek Hitam dan tentulah aku (Azzam)...so, shot-shot yg diambil oleh Mr Acad amat cantek dan pandai bermain dng angel..puji sikit nie..korang besarkanlah gambar itu utk melihat..x pun add beliau di FB utk melihat lagi gambar..okey..seperti biasa..utk skor..sila lihat sendiri..aku cuma memberi skor aku jer..144 jatuhan pin..alamak..satu pencapaian yg boleh dikategorikan memuaskan :)
abes jer game bowling, ha...nie ntok test suara pulak kan..macam bese..ke family karaoke la.. terus amek bilik VIP kot..besar punyer...maklum la, nak nyanyi dngn family la katakan.. dngn hanya RM20 sejam, bg kami cukup berbaloi dan puas sebabkan timeframe yg perlu diikuti.. kalau dah masuk bilik karok nie, nak tak nak semua kena nyanyi la kan~~ walaupun suara sedap ke kurang sedap ke, belasah jer..janji feel ada..dah jadi cam juri pulak aku :)
so, macam-macam lagu & aksi berjaya dirakam ketika penyanyi amatur ini mendendangkan lagu pilihan masing-masing..so, kalau ade orang kata suara tue tak sedap ke ape ke, biaq pi la kan.. kalau sedap, dah tentu la masuk AF ke kuarkan album sendiri ke..tol tak???sebagai motivasi kpd diri sendiri utk elakkan orang berkata suara aku tak sedap..hehe..wee~~okey.. cukup sejam ++ bernyanyi secara automatiknya sistem disitu berhenti..
macam bese..kalau tak meninggalkan sesuatu 'jejak' tak sah la xtvt itu kan..maka kami pun bergambar la dihadapan family karaoke itu sebagai kenang-kenangan..sementara menunggu waktu Asar, sempat la berposing sakan..lau x caya, lihatlah sendiri aksi-aksi kurang terlampau itu..kalau nk jadi model ke pelakon ke mungkin boleh dipertimbangkan.. Apek ngan Que sempat lagi mengurutkan badan mereka di kerusi urut OSIM itu..okey..utk part 3 berhenti setakat ini.. part seterusnya sekitar kacang pool..apa??KACANG POOL??nak tahu apa itu kacang POOL, tunggu..x pun ushar sini...daa~~

~~JOM CUTI-CUTI 1MALAYSIA~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...