Pages

Showing posts with label Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Fotografi. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

White Sand Resortel, Hotel Bajet Mewah

Wow.. tetiba mencanak page view blog abg macho ini rentetan kisah benar PHUKET RM 240 :)

Alamak, buktinya sudah hilang.. hee.. By the way, baru saje aku check, godek-godek kat Asiago ini, ini contoh harganya. Boleh lagi murah kalau korang rajin godek-godek.. Nyum nyum..
Still mahal compare to yang aku dapat..lalala
Okey, kepada first timer yang sampai Phuket macam aku ini, memang sangat nube la. Tapi hasil risikan dan pembacaan, gagahkan juga take the challenge.

Jika korang berbackpackers berdua ke sorang ke, the best way to save money from airport to Phuket dengan menaiki mini bus. Mr Badrul Nizam, bila mau kasi gambar nie !!!!

Harga tiket minibus ini hanya 180 bath. Tempat beli tiketnya, hanya betul-betul di luar airport. Tak best nya minibus ini, dioerng akan kumpul sampai 10 orang, baru gerak ke Phuket. Selagi tak cukup, duduk la tunggu. Kiteorang hari itu dalam 15 - 20 minit juga la tunggu.

Oky, dari airport ke Patong (tempat hotel 4 star kami) mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ouch, tempoh hari ada satu kawasan tu, sangat jammed.

Tapi kalau korang banyak duit, boleh saja naik kereta. Lebih selesa dan mewah sikit :) . Hanya 800 bath sahaja. Bawah ejen yang sama.

Dan, inilah lah dia Hotel 4 star kami. White Sand Resortel. Korang boleh tengok websitenya juga di sini.

Sawadikap.. White Sand Resortel
Tu signage hotel. Tengok sikit dekonya. Ada 2 pahlawan seksi :)
Penjaga pintu
Hotel di Thailand ini istimewanya, korang boleh check in awal. Seawal korang sampai hotelnya. Kami sampai, terus sahaja diberikan fresh orange. Erm, pekat. Nyum nyum.

Bilik kami, di tingkat 4. Ta daa. Tengok sikit.
4 star okey !!!
Tu dia. Complete set. TV Samsung, coffee, peti sejuk, peti besi. Sangat berbaloi-baloi. Tengok sikit katilnya. Yer la, ini yang paling penting. Tempat nak betulkan tulang belakang.
See, tengok katilnya
Ops, tapi kami bukan gay yer walau ambil king size bed. Senang nak bermanja-mana [okey..muntah jap]. Kita lari ke toilet. sangat bersih.

Beginilah toiletnya.
Dan paling best, tingkat 4 itulah terletaknya swimming pool. Walawey, selamat bukan depan bilik. Sebelah-sebelah bilik kami sahaja.

Dapat cuci mata sekejap. Lalalala.
Swimming pool kecil molek
Okey, cukup untuk review hotel kami. Kami boleh kasi 4/5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati. Dan internetnya sangat superb laju !!

So, apa macam ?? Makah hati tak ??

Tuesday, April 9, 2013

Cerita Benar mengenai Malindo Air

"Singa Terbang"
Untuk entri kali ini, khas aku tulis buat penyedia perkhidmatan penerbangan terbaru yang beroperasi di Malaysia, Malindo Air. Cerita benar, berdasarkan pengalaman aku sendiri menjadi penumpang Malindo Air.

Pada 5-7 April lepas, aku bersama dua orang sahabat daripada Kelab Smar Camp UTM, telah terbang ke Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air. Ya, aku sangat teruja untuk menaikinya memandangkan perkhidmatannya di Malaysia sangat baru.
Tiket Ringkas Malindo Air
Dengan tagline ''Not Just Low Cost", pengalaman menaiki pesawat Malindo ini sangat berbeza dengan penyedia perkhidmatan tambang rendah yang lain. :)

Beroperasi di KLIA, menambahkan gah nya perkhidmatan Malindo Air ini.
Pramugari Malindo dengan kebaya gitu!!!
Setiap penyedia perkhdmatan, sudah tentu mempunyai identiti tesendiri. Begitu juga Malindo Air ini. Pramugari mereka berpakaian kebaya belah kot!!!! Untuk pramugara, tidak kelihatan. Mungkin laluan lain.

Untuk trip kali ini, apa yang boleh aku katakan, pramugari mereka sangat ramah. Dan yang bestnya, siap bersembang ringkas dengan aku (maklum la, aku duduk seat belakang sekali...). Dan masa pulang ke Kuala Lumpur, pramugarinya siap tegur "eh..macam kenal jer..". Oh, so sweet !!!
Refreshment yang disediakan ; Sandwich dan Air Kosong
Stop cerita pasal pramugari, kita tengok dari segi servis. Untuk pengetahuan anda semua, buat masa sekarang masih tiada lagi servis jualan makanan di dalam pesawat seperti AirAsia. Namun, sebagai mungkin kaedah promosi, mereka menyediakan refreshment ringan seperti gambar di atas.

Tentunya, refreshment ini Free of Charge. 
Travel info di paparan skrin
Untuk mendapatkan info perjalanan, semuanya boleh didapati di skrin di sea penumpang. Sangat best dengan nilai tambahan yang diberikan walaupun Malindo Air ini menawarkan tambang murah.
Info ringkas buat penumpang
Siap dengan masa dan jarak disertkan buat penumpang. Mana la tahu kan. Nak update dalam blog ke, nak ceritakan kepada orang kampung nanti ke :)
Travel info koordinat kot
Mungkin paparan skrin seperti dalam gambar itulah yang menjadi panduan atau rujukan Kapten. 
Pilihan movies untuk ditonton
Bagi mengelakkan kebosanan buat penumpang, siap boleh tengok cerita lagi dalam flight ini. Walaupun senarai movies masih sedikit, namun usaha mereka menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penumpang sangat memuaskan.

Sempat juga aku menonton movie "Heart" lakonan Acha Sepriasa dengan Irwan Syah tu :)
List game yang disediakan
Keterujaan aku semakin terserlah bilamana bukan sahaja filem dan TV Series sahaja disediakan, malahan ada juga game PC yang boleh dimain. Aiyooo...memang aku tak tidur la sepanjang 2 jam setengah perjalanan ke Kota Kinabalu tu.
kantoi plak berchatting
 Dan tambah menarik, aku siap berchatting dengan penumpang lain untuk ajak battle game... hee hee hee..
Bagai seorang businessman plak
Ha, itulah serba sedikit pengalaman aku bersama Malindo Air ini. Pertama kali menggunakan perkhidmatan mereka, aku rasakan sangat berbaloi-baloi dan sangat selesa.
Ayuh, buat tempahan sekarang di http://www.malindoair.com/en
Selagi masih ada promosi, anda amat digalakkan untuk merasai sebagaimana apa yang aku telah rasa. Sangat berbaloi-baloi. 

Sebelum terlupa, daftar masuk bagasi juga ditawarkan percuma sehingga 15kg untuk kelas ekonomi dan 20kg untuk kelas perniagaan.

Tips : Jangan Lupa bawa EARPHONE sendiri bersama menaiki kapal terbang ini

Friday, February 15, 2013

Kinabalu Park yang double COOL

Haiyoo.. berjanggut sudah menunggu saat aku nak sambung cerita jalan-jalan ke Sabah tempoh hari.. Untuk entri ini, aku share serba sedikit suasan di Kinabalu Park.

Kinabalu Park, tempat mulanya korang nak daki Puncak Kinabalu. Bermula disinilah, korang akan menyusuri jalan-jalan yang berduri untuk menawan puncak kinabalu.
Selamat Datang ke Taman Negara Kinabalu
See, korang tengok la pix yang pertama, atas sekali ni. Begitu tinggi dari jalan raya yang sememangnya tinggi dengan tempat tamannya. 
Kawasan bawah Taman negara Kinabalu
So, macam biasa la. Berposing sakan dulu di kawasan parking bawah. Walaupun cuaca panas, tapi disebabkan paras ketinggiannya dah tinggi, udaranya sangat sejuk. Nyaman.
Ala-ala Dejavu di Kinabalu
Sempat lagi untuk aku bersama-sama pelancong yang aku bawa untuk berposing pulak di kawasan kinabalu   park ini.

Sebelum terlupa, untuk masuk sahaja ke kawasan Kinabalu Park ini, bayaran RM 3 untuk seorang dikenakan. Murah la kan... 
me and my sister
 Ok, pihak management kinabalu Park, sila ambil 2 orang model ini untuk dijadikan Duta anda. Hehe
Me berwassap my sister jadi model
Candid mencandid adalah amalan baik untuk anda yang suka bercamera. Tetiba mengarut akibat pengaruh cuaca sejuk di atas sana.
sambil call Pn Rahimah dan memikir next plan
Macam biasa lah. Antara rujukan aku bila ke sana sudah tentu BFF aku, pn Rahimah a.k.a Nora. Maklum la orang ada mertua di Sandakan :)
the only pix yang kami ber3

Tadaaa... tamatlah sudah cerita di sebalik Dejavu di Kinabalu. Lokasi Taman Negara Kinabalu ini sangat strategik walaupun terpaksa turun naik banjaran.

Inginku tawan pulak puncak kinabalu lepas ni :)

Thursday, September 29, 2011

:: Aku ada Baby Baru ::

penat cari idea untuk tulis entri baru ini. sekali muncul idea untuk bocorkan rahsia yang ak ada baby baru. setelah sekian lama mensurvey sana sini, akhirnya lahirlah baby yang diberi nama NIKON D5100.
baby NIKON D5100 ak nie baru lepas pantang. dah berumur 1 bulan ++ tapi ak masih belum habis belajar sifat dia...hehe... maklum la busy dengan kerja lain sampai terabai NIKON ak nie dok bertapa dalam beg dia
apa???kenapa tak beli D90 ke D7000 ke???alamak...kalau la duit ak ada 3k - 4k, sah-sah la angkat yg lagi power kan...wat masa ini itu jer yang termampu..D5100 ni pun OK what!!!
Tengok tue siap LCD Skrin die boleh putar alam...hoho...pas tue features dia pun menarik. harga pulak berpatutan la dengan level ak yang baru nak mendalami dunia DSLR yang semakin menjadi kegilaan ramai nie kan.
okey..kepada korang-korang yang rasa nak memiliki sebijik DSLR ini, satu tips jer dari aku, beli berdasarkan kemampuan bajet anda. hehe. jangan terlalu comparekan antara jenama dia macam kenapa NIKON, kenapa bukan CANON ke SONY ke walaupun kita berhak memilih.

bagi aku, ak memang peminat NIKON. kalau before nie cuma ad digital Kamare Nikon L6 sahaa tapi sekarang L6 itu dah ada sedara baru :) .oh selamat tinggal Canon 500D [before nie guna DSLR abang aku jer..maklum la tak mampu]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...