Pages

Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label Luahan Perasaan. Show all posts

Friday, April 1, 2011

:: Orang berbudi, kita berbahasa tapi kalau tak reti bahasa???::

Ha..awal-awal bulan dah rasa nak marah jer.. teruskan jer la.. cerita ini pasal Pantry di asrama. Macam biasa la kan...di hostel kan ada pantry sama la di hostel aku ini. Walaupun kecil tapi selesa la nak cuci-cuci pinggan ke nak main masak-masak ke... ceritanya bermula dah agak lama tapi aku dah geram sangat la dengan orang yang tak reti bahasa ini. Straight to da point jer la.

Dekat asrama aku ini ataupun terus kat aras aku, ada 2 bilik nie International Student @ foreigner duduk..mereka dari Turkey dan bilik aku berjiran dengan bilik dieorang. Boleh dikatakan tiap-tiap malam geng-geng dieorang melepak sambil pasang lagu kuat-kuat (dah la suara dieorang memekak) dan yang aku paling panas setiap malam dieorang guna pantry tue untuk masak MAGGI GORENG perasa MEE SEDAP tue...masak berbungkus-bungkus..

Okey, fine nak masak tue tak salah tapi lepas masak tue, dieorang tinggalkan sampah (lebihan meggi, plastik-plastik wrapper, kulit bawang dan ETC) kat pantry tue cam tue jer...lagi sakit hati biler habis makan, pinggan mangkuk dieorang tinggal dalam sinki TANPA dibasuh...DAMN + SH!T sungguh perangai mereka..
gambar sekadar hiasan dr Google
Tahap kekotoran lebih teruk dari gambar kat atas tue.. apa dieorang ingat ada maid yang nak basuh??? rakan-rakan satu aras ngan aku nie pun dah muak dengan perangai dieorang...dah guna, tinggal cam tue jer..bengang bengang..
alangkah bestnya kalau pantry tue jadi cam nie**
aku tak de la harap dieorang bersihkan sampai berkilat cam gambar kat atas tue, tapi at least bersihkan lah seperti sebelum dieorang guna..sekali lagi aku cakap, ini bukan kali pertama tapi boleh dikatakan setiap malam...memang rasa sakit hati jer kalau korang nak guna pantry tue nak masak air ke nk cuci mug ke... an at last.. aku kuarkan NOTIS pagi tadi tempek kat Pantry.Notis tue sebijik macam aku kepilkan disini..dan menjelang tengah hari sampai ke saat ini, pantry tue dah bersih seperti sedia kala.. aku memang nekad giler lepas nie kalau dieorang buat lagi perangai TAIK cam tue, memang aku buang terus bende-bende yang dieorng tinggalkan kat pantry tue dalam tong sampah.. wakakakakakaka... kalau korang, apa tindakan korang??? dah 2, 3 kali aku sound tapi tak makan saman..amek ko~~

~~ seriusly, aku memang anti dengan dieorang nie!!! ~~

Friday, February 18, 2011

Improve la service itu wahai internet provider!!

Tengah hari tadi connection internet aku terputus hampir 1 jam. Aku dengan hangin satu badan terus call hotline mereka di talian 1-300-800-888. Dan ini bukan kali pertama aku menelefon hotline ini memandangkan kejadian connection terputus ini selalu berlaku. Apa yang aku paling tak suka bila call mereka ini, sebelum kita dapat bercakap dengan customer service mereka, iklan yang didendangkan terlalulah lama. Aku ulang, iklan yang mereka dendangkan terlalulah lama sampai aku selalu naik menyampah menunggu. Tambah buruk lagi, tiba-tiba keluar suara operator ;
"maaf, semua pegawai khidmat pelanggan kami sedang sibuk"
; oh sungguh damn sekali la wahai service provider.
Aku terpaksa tunggu hampir 5-8 minit untuk bercakap dengan CSO (customer service operator) mereka bagi mengadu problem itu. Memang diakui la kerjaya CSO ini memerlukan kesabaran yang tinggi bila berhadapan dengan pelanggan yang tahu hak seperti aku ini :) tapi sebagai provider yang konon-konon canangkan paling pantas la paling stabil la paling itu paling ini sepatutnya servis tue kasi la betul-betul kaw.

So, CSO yang disambungkan kepada aku tadi goreng sana goreng sini memberi alasan. Tower yang modem aku receice signal tue jauh la ; suruh aku pusing modem supaya frekuensi dapat dalam range ; reset modem ; ping sana sini ; etc. Semua tue gagal memberi jalan keluar and CSO tue kata dia nak sambungkan talian aku ke 2nd desk mereka. Tup tup kena tunggu iklan lagi. Tunggu punya tunggu 2nd desk mereka not available. Damn sh!t betul. Dia suruh tunggu lagi untuk cuba sekali lagi. Iklan lagi. Then still tak dapat nak cakap ; so CSO tue beri la solution itu ini dengan report case number. Kalau still tak boleh, dia suruh call hotline tue lagi with telling them the report number.
Damn it sekali lagi. Aku cakap la ;
"why saya yang kena kontek?Sepatutnya awak la yang follow up this case with ur customer".

Terdiam dia sambil memberi janji manis yang mereka akan follow up. Aku tambah lagi ;
"u know what, kalau pasal lambat bayar bil, u terus call bagitahu yang bil dah lewat la pa la tapi kalau servis teruk, u all senyap. Apa kes!!"

Then, they promise to follow up with the case report katanya. Ha, puas hati aku dapat lepaskan kemarahan atas perkhidmatan mereka yang tak professional itu. Next time aku akan ceritakan pasal 3 kejadian tak masuk akal aku bersama agent provider ini

~Habis hampir RM10 credit phone aku bercakap dngn dieorang dlm masa 31 minit~

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011

akhirnya tahun 2010 telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada semalam. kini 2011 telah menjelma dengan wajah baru. sana sini orang memperkatakan mengenai azam tahun 2011 ini. bagi aku azam untuk tahun ini macam azam tahun sebelum-sebelumnya. hoho. sangat tipikal kan azam aku. sebenarnya, tahun 2011 ini aku telah tetapkan beberapa senarai dalam wishlist aku. wishlist dengan azam 2 benda yang berlainan kan!!!
okey..untuk 2011 ini, buat pertama kalinya aku listkan wishlist aku. wishlist aku bukan dalam bentuk "erm..nak belajar sungguh-sungguh.." ataupun "aku nak jadi budak yang lebih baik" tak pun "semoga tahun baru ini membawa 1001 makna kepada diri aku" etc. sebenarnya aku nak capai beberapa benda untuk tahun 2011 ini. wishlist inilah yang bakal mendorong aku berusaha dengan kuat untuk mencapainya.

wishlist aku bermula dengan :
1) ingin menjadi salah seorang daripada kakitangan kerajaan ---> kene struggle betul-betul ini
2) ingin memiliki lappy baru ---> lappy lama dah macam uzur jer..chaiyok chaiyok
3) ingin melancong ke kepulauan Borneo ---> tak kira la Sabah ke Sarawak ke Brunei ke...
4) nak angkat satu PSP 3000...x pun XBox pun okey ---> teman dikala kebosanan
5) kalau ada rezeki lebih, nak angkat proton Inspira sebijik..

hoho..tue la 4+1 wishlist yang bakal aku kejarkan...walaupun nampak berat tapi akan aku usahakan untuk menggapainya...anda pula bagaimana???apa wishlist anda???jom kongsi bersama... :)

~Untuk melakukan sesuatuyang hebat, kita harus tidak hanya bertindak,
tetapi juga bermimpi~

Wednesday, September 29, 2010

SAH mykad tak detect!!!

salam semua...kalau semalam aku menulis dngn penuh emosi, hari ini lain pulak...semalam disebabkan geramnya dngn karenah pegawai bank CIMB Taman Universiti tue sampai terbawak-bawak masa call customer survice utk P1 W1Max..cerita tue nnt dulu...nie nak cerita masa buat kat ATM lagi...

ok..tadi aku telah pergi ke CIMB UTM Skudai siap dngn bawak surat beranak & buku bank...sekali sampai mak aih ramai nye...TAPI alangkah terkejutnya aku pak ga tue terus kasi borang kat aku then lepas isi terus jer ke meja pegawai tepi tue TANPA susah-susah amek num..see..beza dngn CIMB T.U...then pegawai tue pun dngn lemah lembut tny apa masalah kad bla bla bla dngn penuh senyuman...sempat buat lawak lg...
then check mykad aku memang tak detect...terus jer aku kasi 3 dokumen tue..dlm mase 5 minit dah sah pegawai tue suruh hantar semua tue terus ke kaunter 2..pegawai kaunter 2 pun dngn cepat menyiapkan kad and 2-3 minit terus panggil aku, suruh amek number giliran urusan data..kejap jer terus number aku naik..total tak sampai 15 minit, siap...

aku amat bertuah dan berbangga dngn sistem yg CIMB UTM ini buat...mesra pelanggan, pantas dan cepat...pegawai-pegawai pun memang baik melayan pelanggan yg bermacam-macam terutama pelanggan asing (student foreigner)...lagi satu...kat CIMB UTM nie dah la ramai aweks-aweks...hehe...kan senang kalau kita buat kerja dngn muka yg penuh senyuman...baru la sejuk hati pelanggan kita...credit to them...

p/s : so..sekarang aku nak g beli seluar jap...tapi memang SAH la cip mykad aku dah xley pakai

Tuesday, September 28, 2010

Cip my kad - berkualiti ke???

first of all....entri ini ditulis dngn penuh beremosi sikit...so, sorry kpd yg terasa...tadi aku pergi CIMB Bank cawangan Taman U untuk buat kad ATM aku yg baru. entah kenapa tetiba jer kad ATM aku device failure...tension tension...so, pergi la ke CIMB tue untuk buat kad baru..tunggu dekat 20 minit, baru turn aku (tulis kat tv dlm bank tue, average utk seorang customer ~5 minit jer)...awal-awal lagi orang tue cakap "tukar kad, kene bayar RM 12"....aku tak kisah la kene bayar ke ape ke TAPI cuba la professional sikit wahai pegawai-pegawai bank...at least tanya "kenapa nak tukar?"..geram betul..

then, die minta mykad & ATM kad tue...tetiba pegawai tue mintak surat beranak...WTH aku nak bawak surat beranak ke bank...aku tahu la protokolnye nak 3 dokumen...aku hanya ada mykad ngan lesen jer...kad matrix student tak nak plak...geram betul aku...TAPI sebab utama nak 3 dokumen sebab mykad aku tak boley baca...sekali lagi WTF punya mykad...tak sampai setahun aku buat baru tak kan dah rosak...baru 2@3 bulan aku buat ATM kad Maybank, okey jer...
sekadar gambar hiasan

so, persoalannya...cip mykad tue berkualiti atau tak???aku cukup hangin tadi...ingat mykad baru aku nie okey la tapi still tak boley baca tadi...erm tak tahu la CIMB punya reader rosak ke atau memang mykad rosak...no wonder la hari tue terbaca kat paper yg rakyat Malaysia masih tak gunakan mykad tue secara meluas...cuba bayangkan kalau segala bende dlm mykad tue macam lesen, passport, TOUCH n Go, akaun bank etc...tetiba jadi cam kes aku... tak boleh baca...kan naya tue..cuba korang baca sini

so, sekarang nie terpaksa la aku suruh kakak aku geledah cari surat beranak aku...dan adakah aku perku tukar lagi mykad yg canggih tue?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...