Pages

Saturday, November 15, 2014

Time Capsule Retreat , Hotel Kolong Mewah

Sebenarnya, dah lama rasa malas nak hupdate vlog picisan ini. Tapi gagahkan juga.

 Dan lepas ini, hanya tertumpu kepada cerita holiday, event or sewaktu dengannya.

Cerita Phuket nanti sambung. Gambar baru dapat. Terus cerita Time Capsule Retreat jer.

*********************************************************************************

Pintu Gerbang ke Sungai Lembing
Idea nak pergi merasai tidur dalam kolong ini bilamana banyak blog dan traveller dah share pengalaman mereka tidur & bergambar disekitar kawasannya.

Dan, akhirnya aku dan buddy travel aku, Mr Budd telah pun berjaya menjadi salah seorang penginap di hotel kolong ini.

Welcoming Signboard
Destinasi kami, Time Capsule Retreat yang terletak di Sg Lembing, Pahang.

Perjalanan kami dari Shah Alam ke Sg Lembing ini memakan masa hampir 4 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Untuk ke sini, korang perlu Exit Kuantan dan terus ambil simpang ke kanan.

Pengalaman Tidur dalam Kolong 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apakah yang menaiknya tentang Time Capsule Retreat ini. Time Capsule ini memberikan kelainan kepada anda untuk menikmati tidur di tempat yang masih asing lagi.

Kebiasaannya, ramai akan berkhemah atau tidur dalam hotel/bilik . Namun, di Time Capsule ini, 'hotel' nya dihasilakn denngan ubah suaian Kolong. 

Suasana Malam di Kolong
Terdapat 9 buah kolong di sini yang terdiri kepada 2 jenis pemandangan. Jenis pertama adalah kepada yang suka bermain dengan bayang-bayang & jenis kedua khas untuk yang suka pemandangan hutan.

Setiap kolong ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, aircond serta plug.

Pemandangan dalaman kolong
Terdapat 4 buah tandas kongsi untuk penyewa.

Tandas kongsi di luar
Boleh berendam
Close Up Tandas kosing
Bermain Teknik Silhouette

Disebabkan Mr Budd ini seorang yang suka bergambar, kami memilih jenis kolong yang boleh bermain dengan bayang-bayang atau Teknik Silhouette. 

Teknik Silhouette yang kurang menjadi
Berbekalkan hanya kamera hanset, pelbagai aksi boleh dirakamkan. 

He is Mr Budd
Pantry & Bilik di Rumah

Selain penginapan jenis kolong, terdapat juga penginapan di dalam bilik. Bilik yang disediakan didalam rumah turut disewa kepada yang inginkan lebih privasi.

Katil dalam bilik di rumah
Pantry terbuka juga menyediakan ruang untuk berbual pessis seperti anda berada di kedai kopi. Korang boleh memasak, buat air panas dan ber BBQ di sini.

Rumah yang turut disewakan
Ruang pantri untuk ber chit chat
Tempat Menarik di Sekitar

Selain Time Capsule ini, kawasan sekitar Sg Lembing ini menawarkan pelbagai lagi tempat menarik untuk dilawati. Sg Lembing yang terkenal dengan lombong bijih timah ini turut memberikan peluang kapada pengunjung untuk merasai pengalaman masuk ke dalam terowong lombong bijih timah.

Sila baca sendiri
Memandangkan niat kami hanya menginap di Time Capsule, kami hanya merakamkan suasana sekitar lombong bijih timah ini. Mungkin, next time akan merasai pengalaman itu :)

Selain menerokai lombong bijih timah, terdapat pelbagai aktiviti outdoor yang menarik untuk dicuba. Antaranya seperti Air Terjun Pelangi, ATV, Bukit Panorama, Jambatan Gantung dan pelbagai pakej menarik untuk di cuba.

Tempahan Awal Time Capsule

Untuk korang yang ingin merasai tidur dalam kolong, Time Capsule ini perlu dicuba. Tempahan awal perlu dibuat jika korang nak datang hujung minggu.

Pintu masuk yang masih belum siap sepenuhnya
Korang boleh hubungi terus Miss Tan di talian 013 - 963 8888 dan bayaran serendah RM 119 untuk satu malam.  

                             ***********************************************

Next entri, info & tips adhock retreat ni :)

Jangan lupa follow Insagram aku di @Muz_Azzam :)

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...