Pages

Showing posts with label perayaan. Show all posts
Showing posts with label perayaan. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Duit Kertas Baru dalam tangan

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk bulan Ogos. Dan hari ini juga sudah 11 hari kita berpuasa. Mungkin belum terlambat untuk ak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Memandangkan tempoh hari, Bank Negara telah mengumumkan akan mengeluarkan Duit kertas baru, ak pun turut excited nak merasa pegang duit baru itu. Nah, akhirnya setelah lebih sejam ak menunggu giliran di Maybank Taman Melawati, akhirnya berjaya juga ak memperolehinya.

Tak caya ???? Jom ushar.... jeng jeng...

Lai lai.... Seringgit Sekeping
Tak Cukup Seringgit ??? Nah 10 hengget..
Welcome back not RM20.. sngt cool
sama tapi tak serupa.. material dah laen
Okey, tapi terkilan sebab duit RM 5 sudah kehabisan.... ya, baru tiga hari cawangan Taman Melawati ini memulakan operasi tukaran duit ini, RM 5 sold out...aissshhh... Stress tak dapat...
duit nie la yg SOLD OUT... Cik Fizz, sila cepat tukarkan utk sy !!!!
Dan selamatlah ada seorang sahabat yang baik hati sanggup menolong untuk mendapatkan not RM 5 itu esok hari di bank lain. Menurut pegawai bank itu tadi, jika cawangan bank itu telah kehabisan duit baru, maka tiada stok lagi. Senang citer, kene gi cawangan lain la kalau gigih juga nak dapatkan.

Okey, cukup sahaja entri pertama bulan Ogos 2012 ini. Malas nak tulis panjang-panjang. Mood happy, tengah belek-belek duit baru ini.

p/s : BTW jemputlah datang ke rumah raya ini kalau nak duit raya dari ak :)

Monday, May 16, 2011

:-: Selamat Hari Guru ; Pada Bahu Ini :-:

Pada bahu ini,
Yang digelarkan cikgu,

Diletakkan seribu harapan

Oleh ibu oleh bapa yang datang

Dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa

Disandar jua
"Cikgu, anak saya tidak pandai!

Wahai cikgu tunjukkanlah dia!

Berapa ribu saya sanggup sediakan!

Cuma diharap dia mara kehadapan!

Maksudnya dalam pelajaran!
"


Cikgu dengan wajah girang
Terima tanggungan yang bukan kepalang

Harapan besar akan ditunaikan
Lalu anak-anak yang tiada dosanya

Dicalit pelbagai warna

Dicampur-aduk dengan seribu ragam

Di sekolah cikgu kata itu

Di rumah ibu kata ini

Di jalan kawan kata itu

Di dalam bas abang kata ini

Banyak kali jua TV kata sana

Warna-warna itulah bercelaru di kepalanya

Warna-warna itulah menjadikan Cikgu

kadang-kadang keliru dalam membantu

kadang-kadang membuatkan ayah keliru
Dan kepala anak menjadi satu


Lalu pada bahu ini seorang Cikgu

menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang

memilih warna yang semakin sukar diadukan

Dan selepas habis segalanya

Jiwa raganya, semangat nuraninya

Malah dirinya diberikan untuk mendidik anak bangsanya

Dan di hari kejayaan, si ibu berkata :
"Anak saya pintar dan rajin...

Sebab itulah dia berjaya !!
"


Dan di hari kegagalan, si ibu pun berkata :

"Cikgunya malas-malas belaka...

Tidak pandai mengajar...

Lantas anak saya gagal
!!"


Tak apalah cikgu

Semua mereka itu anak-anak orang

Cikgu hanya menumpang tuah
Kiranya
Suatu masa nanti bangsa ini dapat
Bangun
Berdiri megah dengan anak watan
Dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam...

Aku amat terharu setiap kali membacakan puisi ini. Puisi ini aku kongsikan dengan korang semua adalah nukilan cikgu aku kalau tak silap dan dimuatkan dalam majalah maktab aku setiap tahun. Dan dikesempatan ini, sempena Hari Guru 2011 ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru aku yang pernah mengajar dan mendidik aku untuk menjadi seorang manusia.

Dan teristimewa buat cikgu-cikgu dari SK Lambor Kiri (1994-1999), SMK Lambor Kiri (Januari-Mac 2000), SMK Raja Chulan, Ipoh (April 2000), MRSM Gerik (2000-2002) serta MRSM Taiping (2003-2004) aku ucapkan jutaan TERIMA KASIH.


~~Geng : Biler nak ReU lagi???~~

Thursday, November 18, 2010

Demam Harry Potter

salam semua...dalam kemeriahan umat Islam menyambut aidiladha semalam, aku hanya menyambutnya sebagai seorang perantau...ai ceh ceh...macam dok oversea plak...padahal dok Johor...tapi Johor dngn Perak jauh tue...nak balik jauh kot...next week nak balik lagi...so pengalaman beraya di hostel amat-amat tak best...dimulakan dngn sembahyang sunat...terasa sebak plak mendengar takbir raya kat masjid...
mesti pelik kan..kenape plak tibe-tibe muncul set mcValun lunch ayam goreng mcD???erm inilah juadah aku semalam...orang makan lemang ke serunding ke daging ke tapi aku hanya makan mcD...tue pun 2.30 baru g makan...hujan lebat melanda Skudai...tapi memang dah berniat nak makan mcD semalam...hehe...sebenarnya en3 ini nak cerita pasal gambar poster kat bawah ini...jeng jeng jeng....
apa itu???takkan tak perasan kot...ya... Harry Potter & The Deathly Hallows...hoho...demam Harry Potter kembali lagi...masa pusing-pusing dekat MBO semalam terus teringat cerita Harry Potter ini...terus angkat 1 tiket...short sinopsis untuk part 1 ini la kan pasal Voldermort dan geng-geng Death Eater hampir konker dunia dan sedang memburu Harry and the geng...utk part 1 ini, Mud Eye, Menteri, Toby etc mati...hoho..tercerita banyak pulak...kang mengamuk fans Harry sebab aku dah tercerita sikit...so...apa lagi...g panggung book tiket sebab memang ramai sesangat orang tengok cerita ini semalam....

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha

sekali lagi kite dipertemukan dengan hari raya aidiladha ataupun biasa orang kata hari raya haji. tahun ini buat pertama kalinya aku beraya di luar kampung halaman. so, malas nak touching-touching nie..

SALAM AIDILADHA BUAT SELURUH UMAT ISLAM

p/s : kambing biri-biri yang bakal dikorbankan di UTM

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya

Salam Aidilfitri buat semua

Maaf Zahir & Batin

Semoga lebaran kali ini membawa 1001 makna buat lita semua
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...