Pages

Showing posts with label Worldwide News. Show all posts
Showing posts with label Worldwide News. Show all posts

Thursday, July 15, 2010

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Berita ini saya dapat semasa membaca Malaysiakini. Ini saya petik sedikit mengenai berita itu :

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Untuk membaca selanjutkan, baca sini.

Erm...no komen la pasal berita ini...lepas nie confirm bakal kecoh :o

Thursday, July 8, 2010

Polis periksa kemaluan Ariel


erm dalam tengah syok membaca kisah kemenangan Sepanyol pagi tadi, tetiba aQ tertarik dengan 1 berita di Kosmo Online pasal kisah si Ariel Peterporn tue. Berita di Kosmo itu menceritakan tentang ujian pengecaman fizikal ke atas Ariel bagi mengesahkan kesahihan klip video lucah yang tersebar meluas. Ini aQ quotekan sikit pasal berita itu

JAKARTA - Polis Indonesia telah melakukan ujian pengecaman fizikal menyeluruh untuk mendapatkan maklumat bagi mengenal pasti pelaku klip video lucah yang membabitkan penyanyi Ariel Peterpan, pengacara Luna Maya dan Cut Tari, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap polis, Marwoto Soeto semalam menyatakan, ketiga-tiga selebriti tersebut menjalani pemeriksaan anatomi tubuh, bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

"Kami periksa bahagian dalam dan luar, baik yang dapat dilihat dengan mata kasar atau sebaliknya. Semuanya kami periksa, misalnya kakinya berapa sentimeter, tangannya berapa sentimeter dan bentuk tubuhnya juga diukur," kata Marwoto.

Menurutnya, alat kelamin Ariel turut diperiksa dalam ujian tersebut.

Berdasarkan hasil ujian fizikal itu yang dibocorkan kepada media tempatan, panjang zakar Ariel adalah 21 sentimeter.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan media itu Marwoto berkata:" (Panjang kemaluan Ariel) mungkin kurang satu sentimeter daripada 21 sentimeter. Saya tidak pasti. Itu kerja forensik," ujarnya sambil ketawa.

Giler details polis dekat Indonesia tue buat siasatan kes Ariel nie sampai seluruh inci tubuh kene periksa. Nasib badan la kan.

Saturday, June 26, 2010

Ariel 'Peterporn' Homoseks???

Uish...tetibe terkejut pasal isu nie...ye la kan..lepas kecoh pasal cerita si Ariel nie merakamkan 32 video porno, 4 drpd video itu dilakukan bersama lelaki. Biar betul!!! OMG.. Drpd Berita Harian tadi, polis masih lagi menyiasat kes video Ariel dan Luna & Cut Tari.

Berhubung cerita video homoseks tue, Ariel menafikan dan mendakwa yang perkara itu sengaja diada-adakan jer...erm xtaw la kan kebenarannye... Kita tunggu lah kebenarannya.

Kalau lah isu ini betul, lagi panas dan bertambah 'popular' la si Ariel nie kan. And skarang nie Mesti 'hunter' video gay kat luar tue gigih mencari kan video nie...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...