Pages

Monday, February 4, 2013

Kembara Sabah 2013

Kembara makan angin aku untuk tahun 2013 bermula di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau sebelum ini, tahun 2012, 3x aku ke Sabah atas urusan kerja, tapi kali ini dapat juga akhirnya aku bercuti.

Tanggal 26-28 Januari 2013, semperna cuti Thaipusam aku terbang ke Sabah. Untuk kali ini, aku pergi ke sana bersama dengan mak dan kakak aku.
macam biasa, posing sebelum naik flight
Harga tiket masa aku beli, boleh kata murah la.. dalam RM 320++ untuk pergi-balik. Untuk penginapan, sebab malas nak pikir-pikir memandangkan aku pergi bersama mak dan kakak aku, aku tempah melalui Agoda.

Dan hotel yang aku tempah ialah Hotel Traveller. Lokasinya seperti berikut :
Hotel Traveller, Kota Kinabalu.
Shoplot 27&28 
Jalan Tugu Kampung Air, Kota Kinabalu, 
88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Tips : hotel bajet agak banyak di sekitar Kampung Air, Kota Kinabalu ini. Cuma Agoda tak masukkan yang lain. So, korang tak payah risau kalau tak sempat nak book :)

Ini contoh hotel lain, Hotel Sri Iskandar. Kawasan Kampung Air ini best jugak. Setiap malam ada Uptown kot.. Uptown yang sangat berbeza dengan uptown di K.L
Ingat Sri Iskandar di Perak :)
Hari pertama, tak de ke mana sangat la. Aku bawa mak ngan kakak aku meronda kawasan sekitar Kota Kinabalu jer. Melihat, pusing-pusing kehidupan di K.K la katakan.
Menghirup udara laut dalam berhampiran Jetty

Seterusnya, aku teringat nak pergi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Menurut lawam web mereka, www.mbr.sabah.org , "Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan."  
pemandangan dari luar yang sangat cantik
di ruang parking bahagia luar
Selepaas minum petang di Bazaar Al mubarak, berhadapan dengan masjid tersebut, kami pulang ke hotel.

Memandangkan perut sudah lapar, malamnya kami menapak ke tempat ikan bakar di pasar malam. Macam biasa, menunya adalah berunsurkan Seafood.
Sotong bakar
Ikan Putti
Udang Bakar
Ikan Ayam
serta..kangkung ikan masin
 Sangat kenyang sampai malas nak keluar restaurant. Lepas settle bayar, kembali menapak balik hotel sambil singgah pasar malam serta uptown di Kampung Air itu.
gatai tangan plak snap pic billboard di K.k
Tamat hari pertama... kesimpulannya, berpusing-pusing melihat kawasan sekitar K.K jer.. brsambung selepas ini

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...