Pages

Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label World Cup 2010. Show all posts

Friday, July 9, 2010

Spain VS Netherlands & Paul VS Mani

Salam Israk Mikraj dari saya untuk semua pembaca. Nampaknya World Cup 2010 sudah semakin sampai ke puncaknya. Pelbagai cerita dan aksi menarik telah mewarnai pertandingan bola sepak yang teragung ini. Bermula dengan Vuvuzela, kelesuan pemain-pemain sehingga membawa kepada kecederaan serta penyingkiran pasukan handalan dunia. Dan mungkin yang paling popular sekarang cerita Mr Paul, si Sotong Kurita yang di katakan pyskik.

Sekarang bukan sahaja Mr Paul yang popular, rupa-rupanya Mr Paul dah ada pesaing. Mr Mani, si Burung Kakaktua. Memang fenomena betul binatang 2 ekor nie sekarang. Mungkin Mr Mani nie belum totally popular macam Mr Paul tapi sekarang mungkin golongan Kurita sedang bermusuhan dengan golongan Kakaktua nie. Ye la... Mr Paul pilih Spain Mr Mani pula pilih Netherlands.
Memang kaki judi kat luar sana untung besar ikut cakap Mr Paul. Mr Mani pulak baru nak naik sejak ramalan tepatnya untuk 4 pasukan ke Semi Final benar belaka. Lepas nie, harga sotong dengan harga burung kakatua naik melambung la kan. Masing-masing nak bela. Saya pun nak bela la :)
So, sekarang saya tetap sokong Mr Paul. Yergh... Maksudnya Spain bakal juara. Bukan nak perkotak katikan Belanda, tapi kalau dah minat Spain tak kan nak kata Belanda menang kan!! Bukan juga terpengaruh dengan ramalan Mr Paul tapi sebab keyakinan itu. Hoho, ingat kita sebagai seorang Islam jangan terlalu mengkagumi kebolehan Mr Paul ini yerk. Bagi saya, saya anggap fenomena Mr Paul & Mr Mani ini hanyalah sebagai penarik dalam mewarnai World Cup 2010. Adios !!!
pilihan Mr Mani

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Juara World Cup 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...