Pages

Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label Bulan Islam. Show all posts

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

alhamdullillah sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan bulan yang sungguh istimewa tidak lain tidak bukan bulan Ramadhan. mungkin semua insan sudah sedia maklum bahawa bulan Ramadhan ini satu bulan yang mulia. seharusnya kita sebagai umat Islam yang sejati seharusnya mengambil peluang dipertemukan dengan bulan yang penuh berkat ini dengan mengisi aktivit yang berfaedah.
namun, tadi masa mus pergi Jusco Taman U, Jusco disitu telah memasang lagu raya. bagi mus alangkah kurang sopan bagi kita sebagai umat Islam memasang lagu raya tatkala bulan Ramadhan pun baru bermula. bukan tidak boleh, tetapi mus pernah dengar bahawa kita sepatutnya menghormati dan menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan cara yang berhikmah...sepatutnya perkara seperti ini tidak harus berlaku...entah la...
kesempatan ini, mus mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan kepada seluruh umat Islam. semoga Ramadhan kali ini membawa sejuta makna dalam kehidupan kita. kerjalah segala peluang dan amalan yang diperintahkan dengan hati yang ikhlas. semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi.

"ahlan wa sahlan ya Ramadhan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...