Pages

Showing posts with label Kenduri. Show all posts
Showing posts with label Kenduri. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

< Majlis Pernikahan >

lepas malam berinai hari tue, maka hari Jumaat 03 Jun 2011, majlis pernikahan dijalankan di Masjid Lambor Kiri, Bota. Majlis dijalankan selepas solat Asar dan menambahkan kemeriahan pada hari itu, terdapat 2 pasangan lagi selain pasangan kakak aku yang menikah pada hari itu ; 1 pasangan adalah rakan sekelas aku mase sekolah rendah & 1 pasangan lagi ayah kepada kawan aku mase sekolah rendah juger :)

Dah..aku malas nak cerite panjang-panjang...check it out...
sebelum bertolak ke masjid, sempat la 2 3 keping bergambar..ini gambar bersama dengan mak sedare aku before bergerak ke masjid...
hoho...walaupun askar, muke tetap cuak sewaktu nak berjumpe tok kadi....
tok kadi sedang menerangkan ape ntah ler kat pengantin tue....yg baju biru tue la bawak kepada kawan aku yang nikah pada hari same
nie dah selesai...tengah nak sain surat lafaz taqliq kalau tak silap..
macam bese ler...upacara membatalkan air sembahyang...sambil menyarungkan cincin..
ha..tue la hantaran cincin nyer...
sebelum bergerak balik rumah, photog official soh bergambar jap kat kawasan parking kereta...erm aku pun menumpang ler snap 2 3 keping..
dah...jom balik rumah...minum petang.....

~~seterusnya bakal bersambung sekitar malam rebana & naik buaian pulak~~

Monday, June 13, 2011

< Malam Berinai >

Wah lamanya aku tak mengemas blog picisan sang bukan anak raja ini. Al-maklum la penyakit malas nak jenguk blog tiba-tiba menyerang sempena majlis perkahwinan kakak aku 04 Jun lepas. So, memandangkan event itu sudah selesai dengan selamatnya di dua-dua belah pihak, barulah aku berpeluang nak fokus kembali pada dunia maya ini...ai ceh ceh..macam blogger fofular la pulak...

Okey, sebagai permulaan, mai aku kongsi dengan korang serba sedikit gambar di malam berinai. Memandangkan majlis adalah hari Sabtu dan majlis nikah hari Jumaat, jadi dari hari Khamis dah mula sibuk di rumah aku....dan malam berinai di buat pada malam itu juga..
Mula-mula, tengok jer la pelamin nie dulu...ala-ala klasik gitu kan...maklum la, kami nie bukannya golongan artis kan...hee...okey; jadilah pelamin yang ditempah di Kg Gajah, Perak walaupun servis daripada mereka agak kureng sikit...erm...
dan malam tue juga, sebelum proses inai menginai dijalankan, sudah tentulah siapkan bunga paha @ bunga telur...nyum nyum..penat ooo aku merebus telur petang Khamis tue....
tue dia...kakak aku sedang menginaikan pengantin perempuan....so, dengan jayanya berjayalah menginaikan kedua-dua belah tangan dan kaki...ye ker..ntah ler...
nampak dalam kamera mak aih merah mak ngah tapi hakikatnya idak ler merah sesangat macam tue..hee...
ZOOM sikit...tue dia....dengan teliti ler mereka memakaikan inai..aku lupa pulak nak pakai...dah lama tak pakai inai nie...
dikala para ibu-ibu & bapa-bapa sedang sibuk menyediakan apa yang patut kat dapur & kat bawah, bebudak kecik nie bermain-main kat atas..tengok ler anak buah aku sorang nie berposing pulak kat pelamin..lenjan la..
Ha...tengok...kan aku cakap tadi yang semua ngan bizi kat sana sini..termasuk ler aku memegang portfolio sebagai photog...hee..
nie la pelapis anak dara...yang rambut macam Hantu Kak Limah tue sepupu aku dan yang berbaju merah hati tue anak buah aku lagi yer....
Ha...nie abang kepada budak yg macam Hantu Kak Limah tue..heehee...sibuk membantu membuat bungan paha la konon...
ha...nie budak jahat...sorang lagi anak buah aku....ai..macam lalat sungguh mereka yang kecik-kecik nie biler dibiarkan bersuka ria tanpa kawalan mak bapak mereka....
ha....dikala aku menangkap semua gambar nie, jam dah menunjukkan lebih dari pukul 12 am... oops lupa...aku tak cerita lagi pasal kelahiran anak buah aku sebulan yang lepas...next time yer..
oh....lena sungguh uncle aku sorang nie beradu...ha...kan dah kena snap ngan aku....

~~ okey...stop dulu...to be continue~~

Wednesday, May 18, 2011

:-: Pra Kenduri Kawen 1 ; Pencarian Homestay :-:

Salam semua. Memandangkan semalam adalah cuti umum iaitu Hari Wesak, aku ngan kakak aku telah menggunakan hari itu untuk mencari Homestay untuk family bakal abang ipar aku...oh lupa nak bagitaw yang seorang lagi kakak aku bakal menamatkan zaman bujangnya atau lebih senang nak cakap akan kawen pada 04 Jun 2011 ini. Okay, mungkin ada yang masih ingat lagi bulan November lepas, majlis pertunangan telah diadakan..ha..cer nengok dekat sini...
Sekali lagi, majlis kenduri & bersanding di pihak perempuan akan diadakan pada 04 Jun ini...so, dengan rasa rendah hatinya, aku menjemput la korang-korang semua datang ke rumah aku yer..alamatnya di Kg Teluk Sena, Lambor Kiri, Bota, Perak :)

Memandangkan pihak lelaki adalah dari negeri Kedah, so mereka akan bermalam di Perak la untuk satu malam..so, aku pun telah mencarikan sebuah rumah yang dijadikan Homestay di Seri Iskandar, Perak...lebih kurang 20 minit ke rumah aku...dah homestay itu adalah CAMELIA BISTARI HOMESTAY...
pintu masuk & garaj
selepas aku ngan kakak aku sendiri pergi melihatnya, kiteorang amat berpuas hati dengan keadaan rumah itu seperti yang telah diiklankan di internet. Memang besar, cantik dan selesa la untuk bermalam disitu.... Untuk makluman, kemudahan yang terdapat di homestay ini adalah 3 bijik bilik yang berair cond lagi + 2 bilik air...besar & cantik...
bilik-bilik yang terdapat disitu
Kelengkapan di dapur juga memang tip top..siap ada peti sejuk, mesin basuh, meja makan, kabinet ETC...memang lengkap cuma tak de barang dapur la...lemak la kan nak disediakan...
kawasan dapur
Bukan itu sahaja, ruang tamu juga amat selesa siap ada TV & Astro..Ruang solat juga terdapat di tengah-tengah kawasan rumah..
kawasan ruang tamu & ruang solat
Okey, so itulah serba sedikit iklan percuma dari aku untuk Camelia Bistari Homestay, Seri Iskandar, Perak. Dengan bayaran untuk satu malam sebanyak RM 200, memang amat berbaloi-baloi...oh lupa, kawasan sekitar homestay ini juga berdekatan dengan UTP, UiTM Seri Iskandar, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar ETC...so, kalau korang ke family korang ke atau sesape yang nak cari tempat bermalam untuk menghantar anak @ sedare ke kawasan berkenaan, tak pun sesaje nak bercuti ke Perak, korang boleh kontek seperti dibawah :
No.7, Jalan 1B 8,
Taman Iskandar Bistari,
326100 Seri Iskandar,
Perak Darul Ridzuan
017-5081903 (En Sabree) / 019-5082258 (Pn.Yoon)

~~Sekali lagi, jemput la datang masa majlis nanti yer~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...