Pages

Showing posts with label Cerita Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Cerita Motivasi. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

:: Kesian Mat Jenin ::

Salam hujung minggu. Apa plan hari ini???Open house ??? Lepak rumah ??? Lepak ofis??? okey bagi ak, hari ini nak g ofis untuk siapkan peralatan untuk Program re-CODE ; Transformasi Insan Super KPTM . Nak join???hehe...sedang membaca status kawan-kawan kat FB tadi ada la ternampak 4,5 orang yang mereply komen kawan mereka dengan ayat :
"angan-angan Mat Jenin jer tue"
"nak jadi Mat jenin ke???"
"berangan jer lebih..hehe"
dan macam-macam lagi la yang berkaitan dengan Mat Jenin. bukan hari ini sahaja, malahan dah lama ak nampak dan ak pun pernah cakap benda yg sama suatu ketika dulu. :)
tapi kenapa Mat Jenin pulak dikaitkan dengan angan-angan kita??seringkali kalau kita nak berangan-angan, orang sekeliling akan katakan ungkapan-ungkapan itu kan. Selepas beberapa siri program motivasi dan pelbagai program aku join, barulah ak sedar sesuatu di sebalik cerita Mat Jenin iitu. Mungkin semua orang dah tahu tapi tak menyedari jer.
kalau dihikayatkan, Mat Jenin ini seorang pemuda yang amat cekap memetk buah kelapa. pada suatu hari, die memanjat pokok kelapa dan apabila sampai ke puncak nya, dia berangan menjadi kaya dengan memetik buah kelapa bermula dengan sebijik hingga beribu-ribu bijik dan meminang anak raja, membuka ladang dan sebagainya.

Sedang dia melayan angan-angan nya, dia terlupa yang dia berada di puncak pokok kelapa dan terlepas lalu jatuh ke Bumi dan meninggal dunia. Mulai dari situ, bermulalah cerita negatif berhubung dengan angan-angan. Ramai yang mengangap angan-angan itu hanyalah suatu mimpi kosong sahaja disebabkan kononnya mengambil ikhtibar daripada kisah Mat Jenin.

Ramai yang menganggap itu suatu pengajaran namun hanya segelintir yang mempersoalkan "jika Mat Jenin tak mati, adakah impian itu tak tercapai???". Ramai yang menganggap itu adalah satu kegagalan. Wal hal, jika ditakdirkan Mat Jenin terus hidup tidak mustahil angan-angannya tercapai bukan!!!

Kita lihat insan-insan ini. Semua yang mereka hasilkan adalah bermula dengan 1 angan-angan.
adakah anda tahu aset Apple ini adalah 3x ganda aset USA??
semuanya bermula dengan angan-angan anak luar nikah ini!!!
proton nasional, KLCC, jambatan P.Pinang ; antara mercu tanda yg amat berharga di Malaysia..yg hanya bermula dengan sebuah angan-angan

okey, cukup setakat itu. Cuma nak triggerkan sedikit minda ak ini di hujung minggu...

Monday, April 11, 2011

:: Smart Camp <---> SMK Seri Lalang ::

salam semua...dah 3 hari aku menghilangkan dari dunia maya ini..aiceh ceh.. bukan apa, aku terlibat dengan 1 aktivti kelab Smart Camp yang aku chenta ; program Educational Trip SMK Seri Lalang to UTM. Program ini adalah anjuran bersama kelab Smart Camp dengan kerjasama pihak sekolah SMK Seri Lalang.

Educational Trip ini adalah berbeza sedikit dengan kem-kem yang aku sertai sebelum ini kerana program ini adalah 2 in 1 iaitu lawatan ke sekitar UTM serta sedikit aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK). Dan objektif utama program ini adalah membuka minda dan memberi peluang kepada para peserta merasai kehidupan sebagai pelajar IPT terutama UTM.
bergambar di sebuah pesawat lama di Makmal Aeronautik
Antara tempat yang telah dilawati adalah Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Fakulti Sains, Makmal aeronautik, Tasek UTM, tour 1 UTM, dan pelbagai lagi kawasan dan bangunan yang terdapat di UTM ini.
Selain lawatan, aktiviti LDK yang telah dijalankan adalah seperti ice-breaking, aktiviti i-maze, Maju ke Depan, riadah dah pelbagai lagi aktiviti yang menarik bagi mendekatkan diri mereka bersama ahli kumpulan serta fasilitator.
Ketika aktivti LDK dalam kumpulan

Beriadah ke Tasek UTM

Semangat walaupun panas terik di petang hari

Ketika slot Muhasabah @ phyco drama

Bersama sebuah lagi pesawat lama TUDM

Dengan jumlah peserta seramai 75 orang pelajar yang terdiri daripada pemegang biasiswa BKP dan BKDO serta 8 orang guru pengiring, seramai 19 orang urus setia dan fasilitator meluangkan masa untuk bersama-sama menjaga kebajikan para peserta.
antara barisan fasilitator kacak bergaya dengan baju koporat mereka
bukan sahaja baju koporat, ada juga t-shirt rasmi Smart Camp :)

Secara keseluruhannya, aku amat bertuah dan berbangga sekali lagi dapat menyertai program seumpama ini. Selain berkongsi cerita dan pengalaman bersama adik-adik ini, program seperti ini jugalah yang merapatkan lagi aku dengan keluarga Smart Camp itu.
khas utk group aku :)
Memandangkan masa bersama kumpulan yang terhad, aku bersama partner fasi aku, Alia tak sempat nak bergambar 1 kumpulan..tapi aku createkan 1 collage gabungan aku, Alia dan adik-adik kumpulan aku yang terdiri drpd 9 orang ; Haziq, Amirul, Bad, Saifullah, Liyana, Afidah, Huda, Nadzira, Wati.

~~ Seronok + exhausted + sempoi ~~

Thursday, March 10, 2011

.: Iklan : Jemputan Menyertai Program My Personality My Future "Mind Power" :.

Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai satu program berbentuk motivasi diri yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling & Kerjaya, UTM Johor Bahru yang bertajuk "Mind Power" yang bakal disampaikan oleh seorang motivator terkenal ; Encik Osman Affan. Kepada mereka yang ingin mengenali lebih dekat siapa Osman Affan itu, boleh layari Fanpage beliau.
Terdapat 3 slot penting yang bakal dijalankan oleh beliau bersama-sama team beliau. Secara ringkasnya, slot tersebut adalah :

Slot 1 : Mind Power - Membina Minda Cemerlang
Objektif : Memahami kepentingan kekuatan minda untuk menjadi mahasiswa/i cemerlang.
Aktiviti : Latihan dalam nota. Perbincangan dan tayangan Video-video pendek.
Skill : Teknik "self Motivation", dan teknik menulis matlamat.
Skill : Teknik Law of Attraction : Gratitude & Visualisation.

Slot 2 : Membina Sikap Asertif dalam Belajar
Objektif : 1) Mewujudkan rasa tanggungjawab untuk belajar dan bijaksana dalam
memberikan prioriti untuk fokus pada pelajaran dalam diri mahasiswa/i
berbanding aktiviti seharian lain.
2) Mewujudkan celik akal dalam diri peserta bahawa mereka mempunyai potensi
untuk cemerlang dalamakademik jika mereka memberi fokus untuk berjaya
3) Memperkenal dan mengaplikasi teknik mudah untuk belajar seperti :
Konsep Bahasa Memori, Akronim, Akrostik dan Audionim ; Teknik cerita
kreatif dan Flash Card ; Teknik Nombor Ceria

Slot 3 : Membina Ketahanan Diri (Resilience) Dalam Belajar
Objektif : 1) Membina keyakinan dan jati diri yang mantap dalam diri peserta supaya tidak
mudah berputus asa.
2) Memberi ilmu dan kemahiran berkaitan teknik pengurusan diri dan masa
berkesan meliputi tanggungjawab pada diri, tuntutan akademik tugasan
persatuan/organisasi, dan ahli masyarakat.
3) Berkongsi ilmu berkaitan teknik asas pengurusan tekanan dan komunikasi
berkesan.
Yuran penyertaan adalah RM 10 sahaja yang meliputi pakej makan minum, sijil dan bahan ceramah (kebiasaan yuran penyertaan adalah RM20++). Tempat adalah terhad. Inilah peluang bagi anda diluar sana untuk meningkatkan motivasi belajar dalam diri anda. Ayuh sertainya.

Segala maklumat yang lengkap terdapat dalam poster ataupun anda boleh melayari Fanpage PKK. Dan jika anda malas nak tanya mereka, boleh terus bertanyakan melalui saya (^_^) melalui komen pun boleh. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan keutamaan diberikan kepada mahasiswa UTM.

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011

akhirnya tahun 2010 telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada semalam. kini 2011 telah menjelma dengan wajah baru. sana sini orang memperkatakan mengenai azam tahun 2011 ini. bagi aku azam untuk tahun ini macam azam tahun sebelum-sebelumnya. hoho. sangat tipikal kan azam aku. sebenarnya, tahun 2011 ini aku telah tetapkan beberapa senarai dalam wishlist aku. wishlist dengan azam 2 benda yang berlainan kan!!!
okey..untuk 2011 ini, buat pertama kalinya aku listkan wishlist aku. wishlist aku bukan dalam bentuk "erm..nak belajar sungguh-sungguh.." ataupun "aku nak jadi budak yang lebih baik" tak pun "semoga tahun baru ini membawa 1001 makna kepada diri aku" etc. sebenarnya aku nak capai beberapa benda untuk tahun 2011 ini. wishlist inilah yang bakal mendorong aku berusaha dengan kuat untuk mencapainya.

wishlist aku bermula dengan :
1) ingin menjadi salah seorang daripada kakitangan kerajaan ---> kene struggle betul-betul ini
2) ingin memiliki lappy baru ---> lappy lama dah macam uzur jer..chaiyok chaiyok
3) ingin melancong ke kepulauan Borneo ---> tak kira la Sabah ke Sarawak ke Brunei ke...
4) nak angkat satu PSP 3000...x pun XBox pun okey ---> teman dikala kebosanan
5) kalau ada rezeki lebih, nak angkat proton Inspira sebijik..

hoho..tue la 4+1 wishlist yang bakal aku kejarkan...walaupun nampak berat tapi akan aku usahakan untuk menggapainya...anda pula bagaimana???apa wishlist anda???jom kongsi bersama... :)

~Untuk melakukan sesuatuyang hebat, kita harus tidak hanya bertindak,
tetapi juga bermimpi~

Tuesday, August 24, 2010

Sekali Lagi Masuk Sinar Harian :)

simple entri, program yang mus handle sekali lagi masuk paper Sinar Harian. kalau sebelum ini cerita pasal Kem Extavaganza dan SK Kg Maju Jaya-part 1 telah mus ceritakan dalam entri ini, kali ini cerita yang dibawa mengenai SK Kg Maju Jaya-part 2.
walaupun bukan cerita yang boom seperti cerita kejayaan mus dalam perniagaan ke cerita gossip ke tapi secara pysikologinya berita-berita yang dipaparkan boleh meningkatkan motivasi dalam diri adik-adik peserta khususnya dan diri mus dan kawan-kawan amnya. (^_*)

Monday, August 16, 2010

Isnin - Gembira 3 dalam 1

salam keceriaan di minggu baru. kali ini mus nak buat ucapan setinggi-tinggi terima kasih la kepada beberapa pihak yang memberikan berita baik pada hari ini. alangkah bahagianya..ceh ceh ceh...berangan lebih plak aku...

PIHAK PERTAMA - Telekom Malaysia
Terima kasih la mus nak ucapkan kepada pihak TM yang bekerja dengan sungguh efiesyen sekali. Hari Sabtu lepas, kakak mus di kg telah call mus bagitahu yg modem wireless & internet Streamyx kat rumah tak boley pakai. Maybe modem terbakar sebab kilat. So, tengah hari Sabtu tue terus call TM di talian 100 untuk buat report. Then, tengah hari ini, sekali lagi kakak mus call bagitahu yang TM datang rumah dan bagi modem wireless baru. Alhamdullillah. Memang pantas mereka bekerja.

PIHAK KEDUA - Pn Hadayah
ok...kepada sesiapa yang tak tahu, beliau merupakan 'mentor' mus di U ini. Hehe. Beliau call tadi memberitahu yang nanti akan diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Daerah (D.O) Johor Bahru. Ish...dapat la makan free dengan D.O JB..thanx puan.

PIHAK KETIGA - mr nuffnang
erm kalau sebut pasal nuff ini mesti cerita la cerita pasal Buffered Earning (BE) kan. erm nampaknye mus pun dah dapat BE ini...actually ini yang 2nd time tapi yang masa 1st time tak perasan...
Alhamdullillah...sekarang kene gigih lagi kasi up trafik...kasi BE nie gemuk-gemuk, raya nanti boleh sembelih..hehe...ingat tak nak kuarkan cerita pasal BE tapi ramai orang kata, BE senang nak lekat lepas ini..betul ke???apa salahnya kita mencuba kan...hehe..kalau ada, tue namanya rezeki:)
buat pertama kalinya nak dedahkan sedikit pendapatan selepas 2x cash out :).....erm setkat 2 helai t-shirt Giordano lepas la...hehe...terima kasih kepada semua pengunjung dan pengklik atas bantuan anda. sayonara..daa..selamat berpuasa dan berbual puasa :)

Tuesday, July 13, 2010

Salam Syaaban - Sedikit Motivasi

Hari ini pejam celik pejam celik sudah masuk 1 Syaaban. Sungguh cepat masa berlalu. Jom sama-sam kita pertingkatkan amalan ita bagi kemaslahatan bersama. :) Dalam meronda-ronda mencari bahan bacaan berkaitan bulan Syaaban ini, saya terjumpa satu video di youtube yang serba sedikit mengingatkan saya bahawa banyakkanlah membuat kebaikan.

Walaupun klip ini pendek, namun ia berjaya mengingatkan saya tentang hukum alam. Apa yang boleh saya simpulkan :
"What you give, you get back"

Selamat menyambut bulan Syaaban yang mulia ini :). Mari kita sama-sama tingkatkan amalan kita.

Tuesday, July 6, 2010

eXtrvaganza 2010 da bOOm

"Semangat baru..
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku..
Hanya untukmu.."

jogging ke balai cerap
Terngiang-ngiang lagi lirik lagu EXTRANAGANZA ini kat telinga aQ. inilah kem motivasi UPSR, PMR & SPM Pusat Tuisyen Skor Bestari yang aQ & the geng handle weekend hari tue. peserta lebih kurang 180++ bersama 23 orang fasi & urusetia. memang mencabar betul. tapi kem ini memang best & meletup smpai kami semua exhausted tapi itu langsung tidak melemahkan semangat kami utk meneruskan xtvt yg kami rancang utk adik-adik ini.
adik-adik yg best giler
3 hari 2 mlm kami rasakan begitu singkat tapi kami sedaya upaya melakukan yg terbaek utk adik-adik ini. segala objektif yg dirancang harap-harap dptlah dicapai. aQ sekali lagi bertindak sbgai ketua fasi dpt melihat adik-adik ini semua dahagakan ilmu. dngn bantuan fasi kumpulan, secara tidak langsung mereka dpt membuka minda dngn pelbagai pertanyaan yg berlegar-legar dlm fikiran adik-adik ini. inilah tugas kami sbgai fasi.
yeezaa..ngah tunggu adik-adik yg lambat utk didenda..hehe
kadang-kadang adik-adik fasi ini 'takut' dan 'malu' utk bertanya kpd guru-guru disekolah. dan di kem seperti ini, pelbagai persoalan mereka hampir terjawab. itulah reaksi dr mereka kpd kami. xtvt yg kebnyakkan dilakukan dlm LDK bnyk diselitkan dngn kata-kata smngat dan pengalaman fasi sendiri sbg pembakar semnagt utk adik-adik ini.
khusyuk betul adik-adik ini..
sekali lgi, semoga adik-adik dari Kem eXtravaganZa 2010 ini success dlm peperiksaan yg bakal menyusul selepas ini. abng-abng & akak-akak fasi mendoakan adik-adik dipermudahkan dlm menjawab soalan peperiksaan nnt.berehat di balai cerap
salah satu xtvt :)
p/s : memang mencabar betul kem ini..dngn peserta yg pelbagai peringkat, keadaan hutan rekreasi yg hujan selama 3 hari, memang mengajar diri fasi juga agar mental turut kena kuat.
p/s/s : semoga ketemu lg wahai adik-adik ku :)

keindahan UTM dr balai cerapan UTM

Thursday, July 1, 2010

Kem Remaja Bersamamu TV3 & UTM

okey..hari nie sedar tak sedar dah 1 July. dah start 2nd half la utk tahun 2010. kali ini nak cerita pasal Kem Remaja Bersamamu TV3 & UTM yg telah diadakan selama 3 hari di UTM IC, Kuala Lumpur. sekali lagi, aQ jadi fasi utk program nie..pengalaman baru akQ dlm beraktiviti dngn 1 produksi stesyen Tv. memang menarik walaupun amat letih.

utk pengetahuan anda semua, peserta kem remaja ini terdiri drpd anak-anak dr rancangan bersamamu itu sendiri. seramai hampir 100 orng peserta telah aQ dan team-team aQ uruskan. dan dari program ini, mengajar aQ bnyk bende baru yg mungkin x dpt di luar sana. ramai orng yg beranggapan bahawa program bersamamu ini hanya 1 bentuk program komersial namun sebenarnya adalah tidak. teringat aQ 1 kiasan "kita tak tahu gula itu manis selagi kita x merasanya". mcm tue gak la utk anak-anak program bersamamu ini. bila aQ bersembang dan selami hati mereka, rasa hndk menangis pun ada. kecil-kecil lg terpaksa menempuh hidup yg susah.

okey,,itu juz sampingan jer..selama 3 hari berprogram, pelabagai xtvt telah kami jalankan utk mereka. erm tak perlu la aQ nak detailkan. korang layan jer la gamba2 nie.

senamrobik utk crossover MHI
antara LDK yg telah dijalankan
eh..ade di Sri Pentas plak :)
bersama host Bersamamu..cik Fieka
Ally Iskandar pun ade :p

feel free to visit album program ini dr aku di FB aku utk gambo yg lain2.

bagi aQ, inilah antara pengalaman yg tak dpt dilupakan la...special thanx to Topek, Tikah, Che-Pah utk kerjasama kamu semua serta team PKK UTM yg tekah menjemput aQ dan team 404 utk program ini.

p/s : malam tadi program ini telah disiarkan di slot Bersamamu TV3 jam 9.30 pm.

p/s/s ; arap lepas ni ade lg la program yg mcm ini..boley interprame dlm TV lagi ;)

Wednesday, May 12, 2010

Sekitar Kem Kepimpinan Pemimpim Pelajar SMK Semenchu, Kota Tinggi

Seperti yang aku bagitahu sebelum ini, pada 7-9 Mei lepas sekali lagi aku telah mengikuti satu lagi kem iaitu Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar SMK Semenchu, Kota Tinggi. Bertindak sebagai fasilitator bagi pelajar seramai 122 pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber, objektif kem ini adalah untuk membentuk sahsiah dan peribadi dalam diri pelajar. Pelbagai aktiviti telah kami rancang dan jalankan demi membantu pihak sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti melawat ke fakulti, lawatan ke Pusat kaunseling & kerjaya, team building, lawatan ke perpustakaan, leadership dan bermacam-macam lagi.

riadah pagi bersama fasi & peserta


lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah


refreshment berlakon patung


memang sporting abes la adik-adik ni :)


team building 1 - membuat kusyen belon

team building 2 - kerjasama ketua dan anak buah


gambar kenangan bersama guru dan pengawas sekolah


gambar kenangan bersama guru dan pengawas pusat sumber sekolah

gambar kenangan bersama guru

Walaupun terasa amat letih melayan pelbagai kerenah peserta-peserta ini, aku berasa amat seronok kerana dapat menyumbang sesuatu kepada mereka. Mereka ini perlu pendedahan kepada dunia luar sebagai pendorong dan motivasi diri untuk megorak langkah jauh ke hadapan. Semoga adik-adik SMK Semenchu ini akan terus berjaya pada masa hadapan. Kami para fasilitator mendoakan adik-adik semua berjaya dalam bidang yang diceburi.

p/s : banyaknyer gambar kali ini. Nie pun tak masuk lagi gambar-gambar aktiviti lain :)

Thursday, April 8, 2010

Majalah Solusi - Panduan Hidup Bersyariat


Mungkin ada yang masih tidak menyedari kehadiran Majalah Solusi yang semakin mendapat sambutan. Kepada yang masih tidak mengenali majalah ini, disini muS ceritakan serba sedikit mengenai majalah ini. Bagi muS, Majalah Solusi ini merupakan sebuah majalah motivasi serta fardu ain. Terdapat pelbagai isu terkini yang dibincangkan dari sudut Islam. Sebagai contoh, isu terbaru (April 2010-isu 18) menceritakan 'Di Sebalik Iqra', muS tertarik dengan satu artikel bertajuk 'Jangan Ambil Al-Quran Hanya Bila Terdesak'. Pengolahan isu yang dibawa dalam majalah ini amat menarik untuk dibaca. Isu-isu lepas ada membicangkan mengenai 'Membina Keyakinan Diri' serta ada juga isu 'Ibu bapa Derhaka?'. Memang menarik dan tidak rugi memiliki Majalah ini. Terdapat juga kata-kata motivasi yang menarik dikongsi seperti 'Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu', 'Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu' dan pelbagai lagi.

Anda boleh melawati http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut. Selamat membaca.

Wednesday, March 31, 2010

Kembali dr Dungun

Setelah berkampung di SMKA Kuala Abang, Dungun selama 3 hari, akhirnya pulang juga ke Johor. Pelbagai pengalaman menarik di sana. Apa-apa pun, cabaran menghandle program kepimpinan di sebuah sekolah agama amat menarik. Selain daripada latar belakang, masalah bahasa juga menjadi cabaran namun semuanya masih berjalan dgn lancar. Nikmatilah gambar-gambar ini







lagi gambar SMKAKA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...