Pages

Tuesday, March 29, 2011

.: Kembara Pulau Kukup ; Seronok :.

Segmen Kembara Makan Angin @puterapescado kali ini aku nak berkongsi dengan korang satu tempat yang agak best iaitu Taman Negara Johor ; Pulau Kukup yang terletak dekat-dekat dengan Tanjung Piai. Kalau tak tahu, sila Google Maps erk. Aku bersama-sama 4 orang lagi - Fahmie , Que, Rahimah, Fatin telah merealisasikan perjalanan Kembara Pulau Kukup ini dengan jayanya serta sungguh seronok sekali. Jom kita terjah kasi GEGAR!!!
Memandangkan ingin mengejar masa, seawal jam 8.00 pagi kami telah bersedia untuk bergerak ke Kukup yang terletak di daerah Pontian. Macam biasa lah, dah tak sempat sarapan, kami bersarapan di Kukup sajer la.. Bila lagi kan nak sarapan kat sana :)
Habis jer sarapan, terus pergi Jeti tapi mula-mula dah tersilap sebab pergi jeti international yang nak pergi Pulau Batam dan sekitarnya (kawasan Indonesia tue). Untuk sampai ke Pulau Kukup ini, kiteorang kena naik bot nelayan kot...haha..best...tiket RM 5 untuk pergi-balik. Memang care la bersiar-siar atas bot nelayan :)
Serba sedikit pemandangan yang berjaya di snap sepanjang perjalanan dari jeti Kukup ke Pulau itu. Memang sungguh cantik dan menarik sekali pemandangan kawasan sekitar. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, menambahkan lagi suasana keindahan alam ciptaanNya. Dalam masa 5-10 minit, sampailah kiteorang di jeti pulau.
Untuk menjelajah Pulau Sekangkang Kera ini (menurut Fahmie), bayaran adalah sebanyak RM 3 sahaja. Dan yang menariknya, kebetulan masa kiteornag pergi ini, air laut sedang pasang. So, dapatlah kiteorang melihat keadaan hutan paya bakau ini dikala air pasang. Cuma tak dapat nak naik bot untuk keluar dari dalam hutan itu jer la.
Okey..masuk-masuk jer lepas bayar tiket, terus nampak jambatan gantung. Anda berani tak?? haha..memang best la dapat menyusuri jambatan ini. Dengan auntie Chinese yang jaga kat kawasan itu sungguh baik dan berbudi bahasa, sempatlah kiteorang merakamkan 'bukti' bahawa kiteorang pernah sampai di jambatan gantung itu.
Perjalanan diterukan menjelajah dalam hutan paya bakau itu. Memandangkan masa kiteorang pergi ini air pasang, ketam dan ikan belacak sungguh banyak sekali bermain-main diatas darat. Aku tengok ikan belacak tue, memang geram giler..rasa nak tangkap dan bela jer tapi susah giler nak tangkapnya. Oh lupa, tidak dilupakan ular air yang banyak berehat-rehat diatas akar pokok bakau.

Di sini, jika korang pergi boleh jalankan aktiviti menanam anak pokok bakau dan nanti akan dipacak la itu projek korang. haha. Tapi kiteorang tak sempat nak buat memandangkan air pasang kan~ Lagi 1, kat sana macam biasa la akan diletakkan nama-nama saintifik untuk kita kenali jenis ke keluarga ke apa-apa mengenai paya bakau ini.
Dan semestinya kemuncak hutan paya bakau Taman Negara Pulau Kukup ini adalah menara peninjau yang tingginya 58 meter @ 4 tingkat...penat nak naik tangga tapi kene gagahkan... Macam biasalah menghabiskan masa diatas puncak manara itu dengan meninjau-ninjau sekitar Pulau Kukup itu.
Dah puas berehat-rehat diatas menara, kiteorang pun bergerak menuju ke jeti. Sementara menanti bot nelayan datang mengambil kami, macam biasalah kan~
Oh...ingatkan dah naik bot tue terus balik, rupa-rupanya singgah atas kelong dulu... (pura-pura tak tahu la kan). Yer memang dipakejkan. So, merasalah berada di atas kelong melihat ikan-ikan yang diternak secara sangkar. Masing-masing excited melihat gelagat ikan...hehe
So, hampir tamatlah sudah Kembara Pulau Kukup ini. Jap-jap, atas kelong tue siap ada kedai runcit lagi... Bila bot nelayan tue sampai, kiteorang teruskan perjalanan untuk ke tanah besar kembali... Yes... tamatlah sudah Kembara Pulau Kukup...Ingatkan nak teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya tapi semua dah exhausted!!

~~ Macam-macam ada di sekitar Kukup itu ~~

11 comments:

Thristhan said...

Looks like a great place to visit. Must check Pulau Kukup out when I travel there :)

ASSOYFINGER67 said...

Info bagus bro....aku baru tau..best ler kao...very nice entri dgn gambar sekali....bestTT!

pak long said...

salam...
dulu pi dah kat situ...tak berapa siap sepenuhnya...

afzan said...

nak kena pegi ni. tapi kalau bawak budak2 kecik ok ke kat sana?

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Thristan : yes... very nice place :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ bro assoy : ..haha..tetibe wa nak wat segmen Kembara Makan Angin... :0

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ pak long : ...erm..skarang dah okey ckit... tapi bese la kan..hutan paya bakau

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ afzan : ..bawak dak kecik??erm boleh kot tapi kalau dak yang lincah susah nk kontrol..takot jatuh nnt.. nnt x dpt nak nek jambatan gantong :)

sumanje said...

Salam...
Singgah di hari rabu...
Jemput singgah sini....Thanks
Sumanje blogger baru..
salam kenal...
maaf ganggu...

!~~~~~Sumanje~~~

quemisu said...

DaeBak!!!
mus...nak gambo2 tu...ti aq gi bilik ko amik...

tiga lalat said...

sonoknyer gi pulau kukup tuuh., ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...