Pages

Showing posts with label Kem. Show all posts
Showing posts with label Kem. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

eXtraVaganza 2012 - Bahagian 2 MANTAP

ok... ini adalah sambungan cerita sebelum ini. Untuk entri ini, aku nak sambung cerita eXtraVaganza untuk Part 2. Dah macam cerita Harry Potter plak kan. Ade Part 1, Part 2. By the way, macam aku inform sebelum ini, part 2 ini alah khusus untuk calon SPM pulak.
sekali lagi... banner gergasi eXtraVaganza 2012

Seriusly, XV'12 - Part 2 ini memang aku amat bersemangat giler nak datang. Cuti dah apply awal-awal dan boleh dikatakan kalau ada laut memisahkan antara K.L dan J.B, aku sanggup berenang... nie gara-gara ada sebilangan kecil bekas peserta eXtraVaganza 2010 dulu la.. Sekarang dah naik Form 5 kan....

Kalau XV'10, aku ketua fasi, untuk XV'12 - PArt 2 ini, Aiman Hakim pulak yang jadi Ketua Fasi...
Ketua Fasi XV'12 dan Ketua Fasi XV'10 (aku la tue!!!)
so, sekali lagi, aku jadi fasi kumpulan. Kalau Part 1, aku bersama Kak Malin, kali ini aku dipasangkan dengan Kak Haja. wooo... seriusly urus setia XV'12 nie saje betul nak suruh 'Otai' nie kasi 'ajar' dia...hehehe... Aku on jer, Fasi kan kena flexible !!!

Nie dia... Haja yang merangkap partner aku untuk Laicikang

Untuk kali ini juga, aku diamanahkan untuk menjaga Pendaftaran bersama Jannah.. :) . Kombinasi yang mantap bila urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Dan duduk jaga pendaftaran, macam jaga front desk gak la... Awal-awal lagi ada ex-peserta 2010 datang tegur aku....*wink wink....tetiba kenangan 2010 berputar-putar !!!!


Secara keseluruhan, aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini lebih kurang sama jer dengan PArt 2 hari tue. Tapi untuk kali ini, sedikit perubahan dibuat untuk slot jungle trekking dengan menggantikan dengan 'Slot Password'

Jom, kita ushar dulu apa yang terjadi dari mula-mula sehingga tamat.

Macam biasa..sesi pengenalan para fasilitator
Slot pertama, macam biasa - Ice-breaking... istimewanya ice-breaking untuk XV'12 ini adalah rata-rata peserta tertipu dengan kewujudan klue di fail mereka bagi sesi pembentukkan kumpulan.

Selepas makan malam dan solat Maghrib, slot teknik menjawab soalan peperiksaan mengambil tempat...erm semua nya diuruskan oleh Tutor Skor Bestari kecuali set up kawasan.

Selepas minum malam, aktiviti kedua - First War @ War games... cam ner cara main ???? Rahsia.. hanya mereka sahaja yang terlibat yang tahu :)
seronok dalam War Games yer..
Saat pulang dari medan Perang
Aku amat berbangga dengan anak buah aku - Laicikang @ Grey kerana berjaya merampas 4 bendera !!! Tahniah guys... selepas ditindas oleh Awan Nano kan!!!!

Taman aktiviti malam, terus tidur dan fasi, masa untuk post mortem !!!

Aktiviti pagi hari kedua dimulakan dengan sambungan teknik menjawab soalan. Macam biasa, fasi hanya memantau pergerakan slot sahaja.

Kalau eXtraVaganza 2012 - Part 1 ada jungle trekking, untuk Part 2 telah diganti dengan Aktiviti Password. Merungkai jawapan melalui soalan daripada Detektif Conan!!!
cubaan memecahkan Password
Detektif sedang mencuba pecahkan kod rahsia
strategi..how ???
Ada yang berjaya merungkai, ada juga yang tidak berjaya. Okey, sebelum terlupa, mari kita lihat serba sedikit suasana ketika Sultan negara menjajah negara lain.

Dan semestinya, negara Laicikang menjadi sasaran 9 negara lain. Sebab apa ????? itu kena dijawab oleh Sultan dan anak-anal buah mereka. Penasihat Sultan hanya tersenyum sahaja!!!!
tue dia... Sultan yang dimusuhi banyak negara

saat panas...sesi jajah negara 
Sementara sesi semakan jawapan untuk aktiviti password dijalankan, 'otai-otai' Smart Camp turut mengisi masa terluang dengan Refreshment ringkas buat santapan peserta.
bila Otai ambil alih pentas, inilah jadinya!!!
Cop...iklan jap... inilah negara Laicikang aku. Sungguh bergaya abg fasinya....opss..
Nie dia... royal Family of Laicikang !!!!
Mereka inilah yang selalu menjadi taruhan untuk negara lain bagi merampas tanah jajahan Laicikang.... kesian.. peace yooooo!!!!
Laicikang yang ramai 'musuh' .. Ilham, kau tax de :P
Okey, teruskan dengan aktiviti kem.... Pizza Time....walawei... memang havoc giler bila setiap negara sedaya upaya menyiapkan pizza kegemaran petugas. Pada masa yang sama juga, mereka perlu mendekorasikan kedai Pizza maya mereka.. stressss
Bagus budak-budak ini beratur nak beli bahan Pizza
Lai lai..masing-masing fight untuk jual pizza
Ditambah pulak, ada geng Black Market menjual dan Membeli Pizza. Hahaha... memang ada yang kena tipu la dengan geng Black Market ini... pengajaran : ikutlah saluran yang betul!!!!
abang-abang Black Market...yeehaa
Sesi petang diteruskan dengan persiapan dan latihan untuk malam kebudayaan. Tugasan telah diberikan pada  awal kem. Masing-masing struggle kot nak menang... takut kena jajah!!!!
sesi latihan malam kebudayaan
Masanya telah tiba... inilah 3 negara yang aku rasa boleh tahan persembahan.... Kreativiti, kecomelan watak dan yang paling penting, 'bahan' untuk orang-orang tertentu... wakakaka
sweet sngat VC Blue City ini :P
Bila Nyamuk VS Gajah
Kasi gegar sikit :p
Kasi close up sikit tenaga untuk eXtraVaganza 2012 ini.... bersiap sedia untuk Night Walk...
Tenaga XV'12 bersama Tutor SB
Untuk Night Walk, trek diubah ke trek yang lain sedikit berbanding dengan Part 1 tempoh hari. Alasan ????
Biarlah rahsia....

Hari terakhir, dimulakan dengan eXplorace... Masa untuk mengajar peserta tentang sesuatu. Sekali lagi, aku kene jaga Check Point tugasan IQ sikit..tahu lah kan IQ aku tinggi, sampai kene jaga tugasan IQ.. bersama Zulic, terlebih dahulu kiteorang kenekan pra-tugasan... apa dia??

Yergh...tentulah menyanyi lagu 'ANAK ATAK TAK WA' / 'INIK ITIK TIK WI' / 'ONOK OTOK TOK WO' ataupun 'UNUK UTUK TUK WU' dan akhirnya kena pergi cium Tok Wi mereka...wakakaka
ala tomei-tomeinya mereka berposing
nah..dah kene explorace
Penat kot memikirkan apa tugasan yang perlu dilakukan...tapi jelas terpancar di muka aku yang suci ini, kepuasan dapat 'kenekan' mereka...heehheeee
cari idea untuk kenakan 'mereka'
Sebelum tamat juga, buat kali terakhir, peserta bersama fasilitator menyanyikan lagu tema eXtraVaganza 2012 - Part 2 ini...'Kau Di Hatiku'...sungguh bermakna buat family eXtraVaganza 2012 ini
Harum semerbak kasturi....
Sebelum berpisah, sebagai sedikit kenangan indah dalam kehidupan, semua peserta dan fasilitator memahatkan memori 3 hari 2 malam dalam sekeping gambar yang cukup bermakna!!!!!

Sayonara eXtraVaganza 2012...
Semoga adik-adik eXtraVaganza 2012 bakal mencipta sesuatu yang memberikan kemaslahatan kepada diri, keluarga, agama, negara dan bangsa. Kami doakan agar adik-adik ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Jumpa lagi..... Sayonara eXtraVaganza 2012....

Wednesday, July 18, 2012

Extravaganza 2012 - Bahagian 1

Bila sebut jer eXtraVaganza, aku seriusly akan tersenyum dan teringat dengan Kem Motivasi eXtraVaganza Skor Bestari & Smart Camp. Ya... tahun 2012 ini, sekali lagi aku berkesempatan untuk menyumbang tenaga. Tahun 2011, agak kecewa sedikit kerana tidak dapat menyertainya kerana Majlis Perkahwinan kakak aku.
Banner eXtraVaganza 2012 - Giant Size kot
Okey, before aku teruskan laporan ringkas dari otai...otai lah sangat... jom ushar - ushar jap sekitar eXtraVaganza 2010 dulu .... :) check-it out di sini, sini, sini

Untuk eXtraVaganza 2012, tahun kedua dijalankan secara dua bahagian. Bahagian pertama untuk calon UPSR dan PMR sahaja manakala calon SPM untuk bahagian dua. Berbanding eXtravaganza 2010, hanya sekali harung sahaja - UPSR, PMR & SPM... fuhhhh....

Tengoklah suasana waktu pendaftaran ini ...
Peserta sedang menunggu giliran pendaftaran
Hamek ko... sekali kerna serbu kot...
Untuk entri ini, aku just ceritakan untuk bahagian pertama - UPSR & PMR. eXtraVaganza 2012 ataupun short name nya - EX'12 untuk Part 1 ini berlangsung pada 29 Jun - 1 Julai 2012 bertempat di Hutan Rekreasi UTM. Hutan yang meninggalkan 1001 kenangan untuk semua yang terlibat. Yer dop ??????

Sesi Pertama selepas pendaftaran - Ice breaking kot !!!
time for ice-breaking
Untuk kali ini, seramai hampir 180 peserta terlibat bersama lebih kurang 25 orang fasilitator & urus setia. Untuk kali ini, aku bertindak sebagai abg fasi kumpulan jer... bersama partner fasi... Cim Malin :) . Menerima pula hampir 20 orang adik-adik yang pelbagai latar belakang tapi tak pe. Layan.

Sebenarnya, aku malas nak bercerita panjang. Biarkanlah gambar-gambar yang menceritakan. Before tu, jom la tengok jap Otai-otai ini bergambar.. Peace Yoo !!!

Biler otai SC bergabung
Sambil-sambil beraktiviti dengan fasilitator, Kem inin agak unik juga kerana turut diselitkan teknik menjawab soalan yang sepenuhnya diuruskan oleh Tutor Skor Bestari sendiri.

kalau tak silap, gambar budak di bawah ini adalah grup aku kot... ke ade fasi lain ngaku grup die :P
Nampak tak pandangan nakal
Tentunya malam pertama, adalah War Games !!! Get ready semua negara untuk berperang.... dah nama pun perang, memang ada la yang injured pada malam itu.. dan siapa lagi kalau bukan aku yang menjadi Doktor untuk merawat mereka !!!!!
Time for war !!!
Team Kuning
Team Merah
Selepas hari pertama, hari kedua dimulakan dengan slot teknik menjawab lagi. ish ish... kalau tak dapat nak jawab soklan pas nie, memang la kan!!!!

Habis teknik menjawab, jungle trekking pula... dan yang bestnya jungle trekking nie, hanya dua kumpulan jer yang betul ikut laluan trek yang sebenar... yang lain ??? sesat kot.... ponat aku ngan Buroq kejar, mencari dieorang...adei...!!! tapi tak pe...
Bergabung.. meletup.. Jungle Treakking
Mana team lelaki nie Kak Mlin ????
Sesat-seat pun, at least dapat la balik awai kan!!! Boleh rehat lama... dua grup depan tue la letih :P ...

Balik jungle trekking, lepas lunch terus aktiviti Pizza .... Memang havoc kot Pizza time nie... Nak tau ape itu Pizza Time ???? Tanya la adik-adik peserta tue sendiri.. bukan Pizza Hut, bukan juga Pizza Domino's tapi Pizza Smart Camp..
Team dekorasi untuk Pizza
Alamak...tomei nya team dekorasi
Bang ... pizza dari kami
Lambatnya team pizza nak kasi duit !!!!
Tamat aktiviti Pizza, semua kumpulan dibenarkan untuk berhat seketika sebelum dilepaskan untuk aktiviti bebas/rehearsal untuk XV'12 Nite.... dah tentulah Malam Kebudayaan...

Amat kreatif mereka menunjukkan bakat, sampai ada juga yang menjadi 'Bahan' abg Fasi :)
eXtraVaganza Nite !!!
Tamat XV Nite, aktiviti kemuncak yang ditunggu-tunggu .... Night Walk.... wargghhhhhhhhhh.... Night Walk 2012 inilah yang paling stress untuk dihabiskan ...Majoriti peserta walaupun muka ganas tapi dalam hati ada taman rupanya.

Sampai jam 5 a.m ... diulang 5 a.m kot baru la aku berjaya melepaskan orang terakhir untuk pulang ke tapak  kem secara seorang diri. argh...... stress kot dibuat budak-budak ini... penakut juga rupanya :P
Masing-masing muka seronok TAPI ......
Muka happy sebelum menangis !!
Muka-muka 'ganaz'
Serikandi XV'12 part 1
Grup Oren yang gagal nak troll aku !!!
Hari terakhir, eXplorace de vaganza mengambil tempat... dan aku ditugaskan untuk tugasan yang peserta kena berfikir kritikal sedikit untuk melakukannya... adeiii...
Bende wajib bila eXplorace gagal buat task
Yer.. gapo die??? Tak denga la
Ramai yang gagal menyelesaikan task simple ini
Fuyoooh.... BBoy kot
Sebelum tamat, ini jerlah gambar yang aku ada buat masa ini untuk grup ak - Banana-zai @ Biru Muda .... okey la kan daripada tak de :P
Last But not least tribute utk grup aku !!!
dan juga Kak Malin :)
ape yang boleh aku komen untuk eXtraVaganza 2012 - Part 1 ini : AWESOME !!!!!
Nie lah dia... keluarga besar eXtraVaganza 2012 - Part 1
Jumpa lagi yer adik-adikku...... jom nyanyi lagu Program sesama ....

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia

Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita

Mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya Selamanya setia

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...