Pages

Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Sekali Lagi Masuk Sinar Harian :)

simple entri, program yang mus handle sekali lagi masuk paper Sinar Harian. kalau sebelum ini cerita pasal Kem Extavaganza dan SK Kg Maju Jaya-part 1 telah mus ceritakan dalam entri ini, kali ini cerita yang dibawa mengenai SK Kg Maju Jaya-part 2.
walaupun bukan cerita yang boom seperti cerita kejayaan mus dalam perniagaan ke cerita gossip ke tapi secara pysikologinya berita-berita yang dipaparkan boleh meningkatkan motivasi dalam diri adik-adik peserta khususnya dan diri mus dan kawan-kawan amnya. (^_*)

Thursday, August 12, 2010

Secebis Berita di Sinar Harian

nampak nya hari ini dah masuk hari kedua Ramadhan. semalam 1st Ramadhan, Johor cuti. namun, mus tak pergi mana-mana disebabkan hujan turun dengan lebat dah begitu lama sehingga ke petang hari. semalam juga dengan perasaan yang seronok mus nak ceritakan yang program di SK Kampung Maju Jaya - part 1 masuk Sinar Harian. :) . cerita lanjut boleh dibaca disini.
untuk di SK Kampung Majua Jaya ini, mus bertindak sebagai pengarah program dengan dibantu oleh Rahimah, sebagai penyelaras xtvt. sebelum ini, berita mengenai Kem Extravaganza 2010 juga telah dimuatkan dalam surat khabar yang sama dimana mus bertindak sebagai ketua fasi dan Rahimah sebagai Ketua Modul.
oh...memang tidak disangkakan sekali bahawa program-program yang kami jalankan turut mendapat sedikit liputan..hehe..kami jadikan liputan seperti ini sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk kami terus maju ke hadapan dalam berkhidmat untuk masyarakat tatkala kami bergelar pelajar. selepas raya ini, 3 program khidmat pendidikan sedang menanti

p/s : selepas ini ada lagi berita program akan disiarkan :)

p/s/s : xtvt Khidmat Pendidikan ini akan dikurangkan semperna bulan Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...