Pages

Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

White Sand Resortel, Hotel Bajet Mewah

Wow.. tetiba mencanak page view blog abg macho ini rentetan kisah benar PHUKET RM 240 :)

Alamak, buktinya sudah hilang.. hee.. By the way, baru saje aku check, godek-godek kat Asiago ini, ini contoh harganya. Boleh lagi murah kalau korang rajin godek-godek.. Nyum nyum..
Still mahal compare to yang aku dapat..lalala
Okey, kepada first timer yang sampai Phuket macam aku ini, memang sangat nube la. Tapi hasil risikan dan pembacaan, gagahkan juga take the challenge.

Jika korang berbackpackers berdua ke sorang ke, the best way to save money from airport to Phuket dengan menaiki mini bus. Mr Badrul Nizam, bila mau kasi gambar nie !!!!

Harga tiket minibus ini hanya 180 bath. Tempat beli tiketnya, hanya betul-betul di luar airport. Tak best nya minibus ini, dioerng akan kumpul sampai 10 orang, baru gerak ke Phuket. Selagi tak cukup, duduk la tunggu. Kiteorang hari itu dalam 15 - 20 minit juga la tunggu.

Oky, dari airport ke Patong (tempat hotel 4 star kami) mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ouch, tempoh hari ada satu kawasan tu, sangat jammed.

Tapi kalau korang banyak duit, boleh saja naik kereta. Lebih selesa dan mewah sikit :) . Hanya 800 bath sahaja. Bawah ejen yang sama.

Dan, inilah lah dia Hotel 4 star kami. White Sand Resortel. Korang boleh tengok websitenya juga di sini.

Sawadikap.. White Sand Resortel
Tu signage hotel. Tengok sikit dekonya. Ada 2 pahlawan seksi :)
Penjaga pintu
Hotel di Thailand ini istimewanya, korang boleh check in awal. Seawal korang sampai hotelnya. Kami sampai, terus sahaja diberikan fresh orange. Erm, pekat. Nyum nyum.

Bilik kami, di tingkat 4. Ta daa. Tengok sikit.
4 star okey !!!
Tu dia. Complete set. TV Samsung, coffee, peti sejuk, peti besi. Sangat berbaloi-baloi. Tengok sikit katilnya. Yer la, ini yang paling penting. Tempat nak betulkan tulang belakang.
See, tengok katilnya
Ops, tapi kami bukan gay yer walau ambil king size bed. Senang nak bermanja-mana [okey..muntah jap]. Kita lari ke toilet. sangat bersih.

Beginilah toiletnya.
Dan paling best, tingkat 4 itulah terletaknya swimming pool. Walawey, selamat bukan depan bilik. Sebelah-sebelah bilik kami sahaja.

Dapat cuci mata sekejap. Lalalala.
Swimming pool kecil molek
Okey, cukup untuk review hotel kami. Kami boleh kasi 4/5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati. Dan internetnya sangat superb laju !!

So, apa macam ?? Makah hati tak ??

Saturday, May 17, 2014

PHUKET : Percutian Murah, Haya RM 240

PHUKET ... salah satu destinasi pelancongan yang sangat aku ingin pergi. Dan tanpa diduga, aku dapat harga yang super duper murah. 

Tanggal 8-10 Mei 2014 lepas, aku telah selamat ber holiday di sana bersama sahabat kaki jalan, sahabat sekatil, sahabat se macam-macam lagi, Badrul Nizam.

Kasi line panas sikit, tengok gambar di bawah.
Details booking kami

Dan, paling sangat korang rasa sakit hati, semua ini hanya RM 240/pax. Di ulang RM 240/pax termasuk tiket flight AirAsia pergi-balik serta penginapan 3 hari 2 malam di White Sand Resortel, Patong.

Ushar sikit hotel ini 
Tu dia baq hang
Welcome to Phuket !!!
Okey, cukup dulu untuk preview entri holiday 3 hari 2 malam ke Phuket, Thailand. 

Mesti korang tertanya-tanya, wow, sungguh murah. Macam mana boleh dapat harga itu ???

Rajin-rajinkan diri ushar website : AirAsiaGo . Sangat berbaloi-baloi.

Coming up next, Review Hotel sikit.

Thursday, April 18, 2013

Travelog Sabah V2.0 : Hari Pertama

Untuk kali ini, aku cuba ringkaskan perjalanan untuk hari pertama Holiday @K.K. Flight kami seperti yang diceritakan pada entri lepas, Malindo Air menjadi pilihan kami.

Seawal jam 5.00 a.m, 5 April 2013 kami bertolak ke KLIA. Operasi Malindo Air ini di KLIA ya. Kami hampir tersilap lokasi apabila ayah Faiz, mungkin tersalah dengar :). Hampir sampai ke LCCT, baru Faiz mengingatkan kembali bahawa flight kami di KLIA. Sepantas kilat, bapa Faiz memecut. 

Departure time kami dari KLIA jam 6.50 a.m. Kami sampai di KKIA 1 jam 9.15 am. Sekali lagi ditekankan, Malindo Air di Sabah beroperasi di KKIA 1, bukan KKIA 2. Maklum la.. AA tak bagi kot :)

Sampai di KKIA 1, brother kereta sewa kami sudah tunggu. Ya, myVI sedang menanti. Desuuup, terus bergerak ke Bandar Kota Kinabalu. 
Walkaway di sekitar kawasan Jeti tepi laut
Lokasi pertama, kami berpusing-pusing sebentar di sekitar K.K sebelum berhenti di tepi jalan. Sekitar kawasan jeti kot. Walaupun jam baru 10 a.m, cuacanya sangat panas. Menghirup udara sambil bergambar.

Perut sudah lapar. Pusing-pusing lagi. Muka Uncle Tua KFC bermain-main di mata kami kerana sangat banyak outletnya di K.K. Memandangkan perut sangat lapar, lokasi yang dipilih di Wisma Merdeka.
Wisma Merdeka, gambar di ambil daripada web Sabah Edu
Sila tetapkan mindset anda. Anda berada di Kota Kinabalu. Oh, harga KFC nya pun turut berbeza dari Semenanjung. Agak mahal sedikit. Dan daripada tips di 4square, ada komen mengatakan parking di Wisma Merdeka paling mahal. Ya, Ku Akui.

Selepas mengisi perut, ronda sebentar di dalam mall Wisma Merdeka itu. Erm, honestly, kurang menarik tidak seperti Mall di K.L ataupun J.B. Namun, pekerja di situ sangat baik. Seorang pekerja wanita di kaunter pertanyaan siap tolong telefonkan bagi pihak kami untuk mendapatkan waktu operasi dan bayaran. 
Perjalanan ke Masjid Bandaraya Likas, masjid atas air
Memandangkan kedatangan kami pada hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Solat Jumaat, walaupun kami boleh mengambil rukhsah. Lokasinya, Masjid Bandaraya Likas. 

Selepas menunaikan solat Jumaat, kami berehat sebentar. Memandangkan badan agak letih ditambah dengan cuaca yang panas, kami ke bandar K.K kembali, mencari hotel bajet.

Hasilnya, kami menyewadi Hotel Bilton Inn. Hotel Bajet yang murah. RM 55/malam :). Bintang ??? Faham-faham jer la. Lokasi, Kg Air. Memang banyak hotel bajet.

Puas berehat, petangnya kami ke kawasan Signal Hill Observatory. Apa ada di sini ??? Mengikut cerita orang Sabah, kawasan tertinggi di Kota Kinabalu.
Santai di Signal Hill Observatory
Ya, memang betul. Kepada anda yang ingin ke sini, anda perlu mengikut jalan di kawasan Padang Merdeka. Agak mencabar sedikit, maklum la memanjat bukit.
Pemandangan indah Kota Kinabalu dari tempat tinggi
Selepas merakamkan beberapa kepingangan gambar, kami menuju ke Tanjung Aru. Tapi, sebelum itu, kami meronda-ronda di sekitar Kompleks Sukan Likas. Kompleks yang menempatkan stadium dan segala kemudahan sukan untuk negeri Sabah.

Terus ke Tanjung Aru. Lokasi Tanjung Aru ini berdekatan dengan terminal 2 KKIA. Sambil-sambil menikmati angin petang, merakam gambar di kawasan pantai.

Kami turut menikmati minum petang. Air kelapa muda versi Sabah.
Menikmati udara petang Tanjung Aru
Keistimewaan Tanjung Aru, antara tempat yang dikenali untuk melihat Sunset. Ya, kami turut tidak ketinggalan bersama-sama orang ramai lain menikmati keindahan Sunset. Subhanallah, sangat cantik !!!
Sunset @Tanjung Aru
Selepas puas menikmati keindahan Sunset di Tanjung Aru, destinasi seterusnya, Night Market. Kami menikmati juadah makan malam di sini. Hidangan yang kami pilihan semestinya berteraskan Seafood. 

Jika sebelum ini, dalam entri Kembara Sabah 2013, aku menikmati ikan bakar, tapi kali ini menukar citarasa.   Ikan siakap, sotong, tomyam dan sayur. Ala-ala juadah di Senibong, Johor. 
Hidangan makan malam di Night Market, KK
Kenyang perut, hati pun senang. Kami berehat sebentar di sekitar kawasan jeti. Mengambil udara malam sambil ber check in di 4square
Angin Malam di sepanjang kawasan jeti
Kami pulang ke hotel sebentar. Berehat dan bersiap diri. Kaki pun dah tersangat lenguh. Namun aktiviti malam masih belum berakhir.

Aktiviti terakhir, kami berjalan-jalan pusing Pasar Tamu a.k.a uptown kot di Kg Air. Mungkin faktor cuaca yang hujan renyai, tak banyak gerai buka pada malam itu. Namun, keinginan aku untuk merasa urut kaki, tercapai akhirnya. Syamim pun turut terbabit.
Ekspresi muka yang berbeza
Bagi aku, aku sangat berpuas hati dengan uruan brother ini. Walaupun konsep jalanan, sangat best. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk 2-2 kaki, aku respect juga brother ini. Banyak cerita turut dikongsi dengan beliau. Jangan lupa, cuba urutan daripada beliau jika ke Kg Air.

Selepas penat seharian berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat. Misi ke Pulau pula esok hari.

Tuesday, February 8, 2011

Di atas jambatan ke Marina Bay, Teluk Batik

virus MALAS aku masih lagi berleluasa dalam badan aku ini. Siapa ada anti-virus MALAS nie sila mesej aku. Mau beli :)

Lepas balik bermandi-manda di Teluk Batik hari tue, aku & anak buah aku berpusing-puisng menikmati keindahan kawasan Marina Bay, salah satu jalan alternatif jika ingin ke Pulau Pangkor. Biasanya, jika ingin ke Pulau Pangkor akan ikut jeti Lumut tapi sekarang di Marina Bay itu dah ada jeti baru tapi kene buat kad ahli.
aku & anak buah aku hanya berpusing-pusing di kawasan luar jeti sahaja sebab MALAS nak parking dan berhenti. Kami just berhenti di atas jambatan ke Marina Bay itu sahaja. See, the pictures of a fishermen di tasik buatan kot.
Sambil berparking atas jambatan, sempat jugaklah snap beberapa keping gambar. Gambar yang banyak dah tentulah gambar anak buah aku ini berposing la konon :p
Ha..sekeping jer dah cukup kot untuk gambar aku. Sekeping pun dah bernilai :)
Si Danial ini pun nak berposing macam aku gak tapi dari sudut yang lain. Layankan ajer!!
Tanpa disedari seekor Kelisa merah berjalan diatas jambatan itu. Sempat la aku menyenapkan sebagai bukti :p
kononnya nak posing ala-ala Titanic tapi apakan daya Kate tiada. Tambahan pula background hanya tasik buatan manusia.

Ok..daa..virus malas aku dah menyerang kembali. Jumpa lagi.

Tuesday, February 1, 2011

Jalan-jalan Teluk Batik

aisehman..Lama pulak rasanya tak berhupdate rumah ke-3 aku ni. Macam biasalah, alasan busy dengan komitmen lain sampai mengabaikan rumah ini kan. Kesian...naseb la badan
Okey, memandangkan kita dah masuk bulan Februari, dan hari ini (1 Feb) merupakan hari wilayah dan semperna cuti hari wilayah ini, aku telah pergi bermandi manda di Teluk Batik, Perak. Eh Perak pun sambut ke cuti wilayah ini???ha..cuba jawab dalam hati :)
Okey, kepada yang tidak mengenali Teluk Batek ini, mai aku ceritakan sedikit jer. Teluk Batik ini merupakan salah satu tempat peranginan di negeri Perak yang terletak di daerah Manjung. Lokasinya berdekatan jugak la dengan kawasan TLDM dan jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sesape nak pergi Pulau Pangkor, jom aku temankan :)
oops terlayan feeling jiwang pulak. Aku pergi Teluk Batek ini dengan sorang anak buah aku, Danial yang aku seludup bawak balik kampung dari Ampang hari Ahad lepas. So, bosan-bosan cuti hari wilayah ini, aku membuat keputusan untuk menyejukkan diri jer di Teluk Batik
dengan wajah yang penuh gigih dan bersemangat untuk bermandi-manda si Danial ini. Aku pun turut serta membuang masa di dalam laut yang boleh dikatakan amat bersih dan cantek. Selain daripada Teluk Batik ini, pantai Port Dickson dan Mersing merupakan tempat yang aku selalu sampai jugak..erk..selalu ke???
walaupun ombak kat Teluk Batik nie kecik jer, tapi amatlah best gak sebab tahap kemasinan air lautnya rendah..ye ke??erm tue daripada pemerhatian aku la bila nak comparekan dengan air laut di Port Dickson & Mersing.
macam biasa la kan. Kalau dah nama tempat peranginan especially tempat tue kat kawasan laut, gerai-gerai jualan cenderamata, T-shirt dan makanan teramatlah banyak. Memandangkan dalam wallet aku kekurangan dana, hasrat untuk mengankat bawak balik sehelai T-shirt yang agak menarik perhatian aku terpaksa aku cancelkan..tak pe, next time aku datang lagi
kat sini pun ada orang jual coral [seriusly aku sampai sekarang cuba ingati coral dalam Bahasa Melayu tue apa..]. Kesimpulannya, masa cuti hari wilayah 2011 ini aku menghabiskan masa itu berjalan-jalan ke Teluk Batik bersama anak buah aku. Anda pula macam mana?

Tinggal di Perak & Johor tapi berangan cuti hari wilayah kan!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...