Pages

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Monday, May 16, 2011

:-: Selamat Hari Guru ; Pada Bahu Ini :-:

Pada bahu ini,
Yang digelarkan cikgu,

Diletakkan seribu harapan

Oleh ibu oleh bapa yang datang

Dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa

Disandar jua
"Cikgu, anak saya tidak pandai!

Wahai cikgu tunjukkanlah dia!

Berapa ribu saya sanggup sediakan!

Cuma diharap dia mara kehadapan!

Maksudnya dalam pelajaran!
"


Cikgu dengan wajah girang
Terima tanggungan yang bukan kepalang

Harapan besar akan ditunaikan
Lalu anak-anak yang tiada dosanya

Dicalit pelbagai warna

Dicampur-aduk dengan seribu ragam

Di sekolah cikgu kata itu

Di rumah ibu kata ini

Di jalan kawan kata itu

Di dalam bas abang kata ini

Banyak kali jua TV kata sana

Warna-warna itulah bercelaru di kepalanya

Warna-warna itulah menjadikan Cikgu

kadang-kadang keliru dalam membantu

kadang-kadang membuatkan ayah keliru
Dan kepala anak menjadi satu


Lalu pada bahu ini seorang Cikgu

menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang

memilih warna yang semakin sukar diadukan

Dan selepas habis segalanya

Jiwa raganya, semangat nuraninya

Malah dirinya diberikan untuk mendidik anak bangsanya

Dan di hari kejayaan, si ibu berkata :
"Anak saya pintar dan rajin...

Sebab itulah dia berjaya !!
"


Dan di hari kegagalan, si ibu pun berkata :

"Cikgunya malas-malas belaka...

Tidak pandai mengajar...

Lantas anak saya gagal
!!"


Tak apalah cikgu

Semua mereka itu anak-anak orang

Cikgu hanya menumpang tuah
Kiranya
Suatu masa nanti bangsa ini dapat
Bangun
Berdiri megah dengan anak watan
Dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam...

Aku amat terharu setiap kali membacakan puisi ini. Puisi ini aku kongsikan dengan korang semua adalah nukilan cikgu aku kalau tak silap dan dimuatkan dalam majalah maktab aku setiap tahun. Dan dikesempatan ini, sempena Hari Guru 2011 ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru aku yang pernah mengajar dan mendidik aku untuk menjadi seorang manusia.

Dan teristimewa buat cikgu-cikgu dari SK Lambor Kiri (1994-1999), SMK Lambor Kiri (Januari-Mac 2000), SMK Raja Chulan, Ipoh (April 2000), MRSM Gerik (2000-2002) serta MRSM Taiping (2003-2004) aku ucapkan jutaan TERIMA KASIH.


~~Geng : Biler nak ReU lagi???~~

Wednesday, March 23, 2011

.: Tahniah Buat Calon SPM 2010 :.

tetiba keluar gambar calon SPM 2004
Hampir 3 bulan kot mereka menunggu saat untuk menerima keputusan SPM 2010, akhirnya hari ini segala persoalan telah terjawab. oh..teringat kenangan 6 tahun lepas saat mengambil keputusan SPM 2004 :) . Menurut laporan Utusan Malaysia ; Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.
So, macam biasalah berita untuk daripada MRSM lambat sikit...tapi tak pe...segala penantian sudah terjawab kan wahai calon-calon. Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah dan teruskan kecemerlangan itu dan yang paling penting, jangan lupa diri :) dan bagi yang tidak mendapat keputusan yang diimpikan, janganlah cepat berputus asa. Ingatlah rezeki Allah itu Maha Luas dan tidak pernah putus. Dan yang paling penting, jangan lupa ibu bapa, guru dan mereka yang menjadi tulang belakang anda selama ini.

So, mulai saat ini sudah boleh la merancang hala tuju. Bagi aku, pilihlah jalan yang kita minat bukan ikut orang sebab nanti kita juga yang merana kot. Kalau kita minat bidang perguruan, teruskan dengan minat itu dan sama juga dengan bidang-bidang lain. Dapatkanlah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan keputusan tetap dari diri sendiri. Dah tercakap motivasi pulak.

Sepanjang tahun 2010 juga, aku sempat bersama-sama menyertai program yang melibatkan calon SPM 2010 seperti dari SMK (Agama) Kuala Abang, Kem Extravaganza Skor Bestari 2010, Kem Motivasi SMK Semenchu serta Khimat Pendidikan Sekolah Tinggi Kluang & Seri Lalang. Semoga adik-adik semua sukses dan bersyukur dengan keputusan yang di perolehi :). Selepas ini banyak lah iklan-iklan biasiswa untuk dipohon. Jangan ketinggalan.....
~teringat zaman persekolahan di MRSM Taiping~

Monday, January 3, 2011

Back to school

hari ini bermulalah sesi persekolahan baru bagi sesi 2011. dan bermulalah kembali rutin harian para pelajar sekolah setelah hampir sebulan lebih berehat. pada tahun 2011 ini, 3 orang anak buah aku bakal memulakan alam persekolahan di sekolah rendah dan menengah. untuk sekolah rendah, Nur Aleeya Aleesya @ Esya ngan Ahmad Dinie @ Dinie bakal melangkahke darjah satu dan abang kepada si Dinie, Ahmad Danial @ Nyal melangkah ke tingkatan satu. so sekarang 7 daripada 10 orang anak buah aku dah bersekolah.... :) anak aku???kawen pun belum, cam ner nak ade anak kan..cukuplah berkongsi cerita pasal anak buah jer....~~
Danial yang semakin menginjak remaja!!
rasanya aku ada cerita pasal di Nyal nie dalam entri masa keputusan UPSR 2010 diumumkan. walaupun si Nyal nie mendapat 5A tapi tawaran untuk ke SBP tak dapat. MRSM masih belum keluar. seronok la dia sebab dia memang tak nak duduk asrama. hampes betul. so, buat masa sekarang, si Nyal nie belajar la di SMK Dato' Ahmad Razali, Ampang. tak pe..PMR nanti masih ada kan... sekarang dia dah nak masuk alam remaja la katakan...dah sekolah menengah~~ :P
Esya & Danial masa kat Port Dickson hari tue
seterusnya si Esya pulak...perangai si Esya nie lebih kurang macam si Nyal nie masa mula-mula sebelum masuk sekolah. dah nampak 'taring' untuk maju dengan jayanya di sekolah rendah. belum masuk darjah satu lagi, dah pandai membaca dengan lancar sekali...bukan tue saje, soalan matematik darjah 2 @ darjah 3 senang-senang jer dia boleh buat. so, harap-harap dapat la dikekalkan seterusnya terus berjaya..Esya nie belajar di SK Bota Kiri, Bota yang juga sekolah tempat mak dia mengajar~~
Esya & Dinie masa raya tahun lepas..
kucing tue pun dah mati
seorang lagi anak buah aku yang masuk darjah satu si Dinie..adik si Nyal..walaupun adik-beradik tapi perangai totally different..yang pertama teramat la malas. tue sebab la membaca pun tergagap-gagap lagi. yang dia tahu main jer kejenye..kepada en Yop (abang aku)dan pn Kak Yong (kakak ipar aku la tue) sila take note...kalian lebih tahu kan!!! ok..si Dinie nie bersekolah di SK Ampang, Ampang...

tue la serba sedikit perihal anak buah aku yang bakal menempuh alam baru persekolahan bermula hari ini. acik mus doakan kalian semua berjaya dalam kehidupan. tetiba feeling zaman sekolah dulu-dulu. dari SK Lambor Kiri ke MRSM Gerik ke MRSM Taiping sekarang di UTM, itulah perjalanan persekolahan aku :)

~Zaman sekolah zaman emas~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...