Pages

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

Populariti Harimau Muda yang Urmphh

nampaknya setelah hampir seminggu berlalunya final AFF Cup 2010, demam bola sepak di negara kita ini masih belum reda. memang suatu petanda baik demi masa depan bola sepak negara kan. pergh dah cam ahli politik pulak aku bercakap. kalau korang tak percaya, korang belek-belek la surat khabar, tak pun tengok dekat blog-blog. semua masih bercakap pasal pemain muda Harimau Malaya kita. sebut pasal Harimau Malaya, ada pula segelintir yang mempertikaikan penggunaan gelaran Harimau Malaya ini kerana tidak mencerminkan semangat satu Malaysia yang mana Harimau Malaya ini merujuk kepada semenanjung Malaysia sahaja. erm..aku tak nak komen sangat la pasal isu ini sebab bagi aku, kalau dah namanya Harimau Malaya, dah meliputi seluruh Malaysia termasuk la daripada kepulauan borneo. tapi kalau tukar jadi Harimau Malaysia pun ok jugak kan. sedap gak bunyi nya :)
harimau yang bakal mengaum lagi untuk tahun 2011
aku tertarik dengan satu artikel daripada Harian Metro hari ini berkaitan dengan populariti yang diterima oleh barisan Harimau Muda kita. cerita berkaitan dengan WAGs (Wife and Girlfriend) yang selalu dikaitkan dengan pemain EPL. pergh...sampai macam tue sekali tempias dan bahang kesan daripada kemenangan dalam AFF Cup lepas. memang saham Harimau Muda kita nie melonjak-lonjak naik la kan. nama-nama Khairul Fahmi, Sharul Idlan, Safee Sali, Mohd Muslim dan ramai lagi memang disebut-sebut setiap hari la. nasib la badan. memang rezeki dieorngkan.
barisan muda Harimau Malaya kita
dah la populariti mereka tiba-tiba naik mendadak, lepas nie confirm-confirm dapat durian runtuh yang beriban-riban kan. daripada tabung amanah yang dikumpul, wang kemenangan, imbuhan daripada FAM sendiri, mungkin daripada kerajaan sehinggalah kepada kerajaan negeri itu sendiri. maca, yang diterima oleh pemain yang lahir daripada Terengganu. memang berbaloi-baloi la usaha dan keringat mereka untuk negara kan. bila la aku dapat sumbangkan sesuatu macam dieorng nie untuk Malaysia :(
kenangan manis bersama Piala kan!!
satu jer harapan daripada aku dah seluruh rakyat Malaysia mungkin supaya Harimau Muda kita ini tidak terlena dengan populariti serta sanjunngan dan imbuhan yang diberikan. jadikanlah semua itu motivasi diri sendiri untuk terus menempa kejayaan di masa hadapan. sekalung tahniah diucapkan sekali lagi buat barisan Harimau Malaya kita yang masih muda itu..

~Tanah Tumpahnya Darahku~

Thursday, December 23, 2010

Final AFF Suzuki Cup

menjelangnya perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia pada hari Ahad ini, saban hari media kedua-dua negara rancak memperkatakan perihal kedua-dua kekuatan dan peluang pasukan masing-masing. tak percaya, sila beli surat khabar. memang suatu fenomena yang menarik kerana perang psikologi awal kedua-dua negara amat menarik. tambahan pula dengan adanya laman Facebook dan pelbagai lagi media elektronik, menambahkan lagi kerancakan perlawanan akhir yang diadakan secara timbal balik ini. Sebelum itu, hari ini tiket perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah mula dijual. erm..aku hanya mampu menyaksikan di kaca TV je la memandangkan pada tarikh tu aku berada di Port Dickson. tapi semangat 'Malaysia, Tanah Tumpah Darahku' tetap membara dalam diri :)dengan kejayaan pertama menjejak ke aksi final setelah 14 tahun, pasukan Harimau kita kali ini boleh dikatakan seperti pasukan Sepanyol dalam aksi Piala Dunia lepas [petikan daripada KOSMO] yang tewas pada perlawanan pertama tapi bangkit untuk perlawanan seterusnya sehingga menjulang piala dunia. semoga pasukan Harimau kita juga seperti itu akhirnya. dengan imbuhan yang semakin meningkat, semoga dijadikan sebagai motivasi kepada setiap pemain kita untuk menggapai kejayaan dan bukan menyerah kalah dengan mudah. kalau tewas, biarlah tewas dengan bermaruah bukan dengan budaya gaduh-gaduh atau emotional.

perang psikologi antara penyokong kedua-dua pasukan juga turut hangat dan semakin panas. korang semua search jer di FB, confirm ada pages yang rancak berbincang. memang tidak keterlaluan dikatakan bahawa fans kedua-dua negara amat membackup pasukan masing-masing. budaya ini memang harus diberi pujian namun janganlah sampai memburukkan pasukan satu lagi kan. kepada fans Harimau ini, jangan terikut-ikut dengan provokasi mereka. biar kita dengan cara kita yang memberi semangat dan motivasi tanpa jemu dan mengutuk pasukan lawan. BOLEH????mesti boleh kan..disini, aku nak seru lah kepada rakyat Malaysia yang berdekatan dngn SNBJ, pergilah sokong pasukan Harimau kita pada aksi pertama final AFF Suzuki Cup ini pada 26 Disember ini. Jika ada duit lebih, boleh sokong pada aksi kedua di Jakarta pada 29 Disember.hehe. kepada team Malaysia ini, kalah menang adat pertaningan. kami harap anda semua dapat menunjukkan aksi permainan yang menarik seperti dalam Semi final menetang Vietnam yang lepas. good luck untuk K.Rajagopal dan Safee Ali serta rakan-rakan - mus @azzam

~~MALAYSIA..tanah tumpahnya darahku~~

Thursday, February 4, 2010

John Terry VS Tiger Wood


Selepas isu skandal seks Tiger Wood tersiar seluruh dunia, sekali lagi isu yang sama tapi melibatkan orang lain pula semakin hangat diperkatakan seluruh dunia. Tak lain tak bukan skandal seks John Terry (JT), kapten The Blues (team favaurite aku tue!!!) merangkap kapten England (WC 2010 England Champion..).. Menurut sumber-sumber yang dibaca, skandal seks JT nie lagi teruk dari Tiger Wood yang mana jumlah wanita yang terlibat dngn JT adalah lebih ramai dari Tiger Wood. WoW WoW WoW WoW suatu yang amat menyedihkan dan menakjubkan. Takkan la lepas nie JT kena pergi pemulihan tabiat ketagihan seks nya.. Alamat hancur la The Blues aku kalau JT tak de!!! Walau apa pun, The Blues sekarang masih leading EPL. Go Go Chelsea.. Weekend ni kasi habiskan sisa-sisa perjuangan Arsengal pula..

p/s : ramai pulak tanya makna TINGGI MENITUS. Sorry la sebab aku pun tak berapa nak pasti makna sebenar nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...