Pages

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Travelog Sabah V2.0 : Hari Pertama

Untuk kali ini, aku cuba ringkaskan perjalanan untuk hari pertama Holiday @K.K. Flight kami seperti yang diceritakan pada entri lepas, Malindo Air menjadi pilihan kami.

Seawal jam 5.00 a.m, 5 April 2013 kami bertolak ke KLIA. Operasi Malindo Air ini di KLIA ya. Kami hampir tersilap lokasi apabila ayah Faiz, mungkin tersalah dengar :). Hampir sampai ke LCCT, baru Faiz mengingatkan kembali bahawa flight kami di KLIA. Sepantas kilat, bapa Faiz memecut. 

Departure time kami dari KLIA jam 6.50 a.m. Kami sampai di KKIA 1 jam 9.15 am. Sekali lagi ditekankan, Malindo Air di Sabah beroperasi di KKIA 1, bukan KKIA 2. Maklum la.. AA tak bagi kot :)

Sampai di KKIA 1, brother kereta sewa kami sudah tunggu. Ya, myVI sedang menanti. Desuuup, terus bergerak ke Bandar Kota Kinabalu. 
Walkaway di sekitar kawasan Jeti tepi laut
Lokasi pertama, kami berpusing-pusing sebentar di sekitar K.K sebelum berhenti di tepi jalan. Sekitar kawasan jeti kot. Walaupun jam baru 10 a.m, cuacanya sangat panas. Menghirup udara sambil bergambar.

Perut sudah lapar. Pusing-pusing lagi. Muka Uncle Tua KFC bermain-main di mata kami kerana sangat banyak outletnya di K.K. Memandangkan perut sangat lapar, lokasi yang dipilih di Wisma Merdeka.
Wisma Merdeka, gambar di ambil daripada web Sabah Edu
Sila tetapkan mindset anda. Anda berada di Kota Kinabalu. Oh, harga KFC nya pun turut berbeza dari Semenanjung. Agak mahal sedikit. Dan daripada tips di 4square, ada komen mengatakan parking di Wisma Merdeka paling mahal. Ya, Ku Akui.

Selepas mengisi perut, ronda sebentar di dalam mall Wisma Merdeka itu. Erm, honestly, kurang menarik tidak seperti Mall di K.L ataupun J.B. Namun, pekerja di situ sangat baik. Seorang pekerja wanita di kaunter pertanyaan siap tolong telefonkan bagi pihak kami untuk mendapatkan waktu operasi dan bayaran. 
Perjalanan ke Masjid Bandaraya Likas, masjid atas air
Memandangkan kedatangan kami pada hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Solat Jumaat, walaupun kami boleh mengambil rukhsah. Lokasinya, Masjid Bandaraya Likas. 

Selepas menunaikan solat Jumaat, kami berehat sebentar. Memandangkan badan agak letih ditambah dengan cuaca yang panas, kami ke bandar K.K kembali, mencari hotel bajet.

Hasilnya, kami menyewadi Hotel Bilton Inn. Hotel Bajet yang murah. RM 55/malam :). Bintang ??? Faham-faham jer la. Lokasi, Kg Air. Memang banyak hotel bajet.

Puas berehat, petangnya kami ke kawasan Signal Hill Observatory. Apa ada di sini ??? Mengikut cerita orang Sabah, kawasan tertinggi di Kota Kinabalu.
Santai di Signal Hill Observatory
Ya, memang betul. Kepada anda yang ingin ke sini, anda perlu mengikut jalan di kawasan Padang Merdeka. Agak mencabar sedikit, maklum la memanjat bukit.
Pemandangan indah Kota Kinabalu dari tempat tinggi
Selepas merakamkan beberapa kepingangan gambar, kami menuju ke Tanjung Aru. Tapi, sebelum itu, kami meronda-ronda di sekitar Kompleks Sukan Likas. Kompleks yang menempatkan stadium dan segala kemudahan sukan untuk negeri Sabah.

Terus ke Tanjung Aru. Lokasi Tanjung Aru ini berdekatan dengan terminal 2 KKIA. Sambil-sambil menikmati angin petang, merakam gambar di kawasan pantai.

Kami turut menikmati minum petang. Air kelapa muda versi Sabah.
Menikmati udara petang Tanjung Aru
Keistimewaan Tanjung Aru, antara tempat yang dikenali untuk melihat Sunset. Ya, kami turut tidak ketinggalan bersama-sama orang ramai lain menikmati keindahan Sunset. Subhanallah, sangat cantik !!!
Sunset @Tanjung Aru
Selepas puas menikmati keindahan Sunset di Tanjung Aru, destinasi seterusnya, Night Market. Kami menikmati juadah makan malam di sini. Hidangan yang kami pilihan semestinya berteraskan Seafood. 

Jika sebelum ini, dalam entri Kembara Sabah 2013, aku menikmati ikan bakar, tapi kali ini menukar citarasa.   Ikan siakap, sotong, tomyam dan sayur. Ala-ala juadah di Senibong, Johor. 
Hidangan makan malam di Night Market, KK
Kenyang perut, hati pun senang. Kami berehat sebentar di sekitar kawasan jeti. Mengambil udara malam sambil ber check in di 4square
Angin Malam di sepanjang kawasan jeti
Kami pulang ke hotel sebentar. Berehat dan bersiap diri. Kaki pun dah tersangat lenguh. Namun aktiviti malam masih belum berakhir.

Aktiviti terakhir, kami berjalan-jalan pusing Pasar Tamu a.k.a uptown kot di Kg Air. Mungkin faktor cuaca yang hujan renyai, tak banyak gerai buka pada malam itu. Namun, keinginan aku untuk merasa urut kaki, tercapai akhirnya. Syamim pun turut terbabit.
Ekspresi muka yang berbeza
Bagi aku, aku sangat berpuas hati dengan uruan brother ini. Walaupun konsep jalanan, sangat best. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk 2-2 kaki, aku respect juga brother ini. Banyak cerita turut dikongsi dengan beliau. Jangan lupa, cuba urutan daripada beliau jika ke Kg Air.

Selepas penat seharian berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat. Misi ke Pulau pula esok hari.

Monday, February 4, 2013

Kembara Sabah 2013

Kembara makan angin aku untuk tahun 2013 bermula di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau sebelum ini, tahun 2012, 3x aku ke Sabah atas urusan kerja, tapi kali ini dapat juga akhirnya aku bercuti.

Tanggal 26-28 Januari 2013, semperna cuti Thaipusam aku terbang ke Sabah. Untuk kali ini, aku pergi ke sana bersama dengan mak dan kakak aku.
macam biasa, posing sebelum naik flight
Harga tiket masa aku beli, boleh kata murah la.. dalam RM 320++ untuk pergi-balik. Untuk penginapan, sebab malas nak pikir-pikir memandangkan aku pergi bersama mak dan kakak aku, aku tempah melalui Agoda.

Dan hotel yang aku tempah ialah Hotel Traveller. Lokasinya seperti berikut :
Hotel Traveller, Kota Kinabalu.
Shoplot 27&28 
Jalan Tugu Kampung Air, Kota Kinabalu, 
88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Tips : hotel bajet agak banyak di sekitar Kampung Air, Kota Kinabalu ini. Cuma Agoda tak masukkan yang lain. So, korang tak payah risau kalau tak sempat nak book :)

Ini contoh hotel lain, Hotel Sri Iskandar. Kawasan Kampung Air ini best jugak. Setiap malam ada Uptown kot.. Uptown yang sangat berbeza dengan uptown di K.L
Ingat Sri Iskandar di Perak :)
Hari pertama, tak de ke mana sangat la. Aku bawa mak ngan kakak aku meronda kawasan sekitar Kota Kinabalu jer. Melihat, pusing-pusing kehidupan di K.K la katakan.
Menghirup udara laut dalam berhampiran Jetty

Seterusnya, aku teringat nak pergi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Menurut lawam web mereka, www.mbr.sabah.org , "Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan."  
pemandangan dari luar yang sangat cantik
di ruang parking bahagia luar
Selepaas minum petang di Bazaar Al mubarak, berhadapan dengan masjid tersebut, kami pulang ke hotel.

Memandangkan perut sudah lapar, malamnya kami menapak ke tempat ikan bakar di pasar malam. Macam biasa, menunya adalah berunsurkan Seafood.
Sotong bakar
Ikan Putti
Udang Bakar
Ikan Ayam
serta..kangkung ikan masin
 Sangat kenyang sampai malas nak keluar restaurant. Lepas settle bayar, kembali menapak balik hotel sambil singgah pasar malam serta uptown di Kampung Air itu.
gatai tangan plak snap pic billboard di K.k
Tamat hari pertama... kesimpulannya, berpusing-pusing melihat kawasan sekitar K.K jer.. brsambung selepas ini

Tuesday, January 29, 2013

Pekena Mee Udang di Pantai Remis, Perak

Salam bahagia, Salam Perak Aman Jaya. Tetiba pula macam slogan di Radio Perak. Okey, entri kali ini agak ringkas, maklum la entri sebelum terbang ke Sabah bercuti.

Cuti Thaipusam 2013 tempoh hari, aku terbang bercuti ke Sabah. Namun, satu hari seblum terbang, ada la seorang pak cik aku ini ajak pergi makan Mee Udang di Pantai Remis, Perak. Bukan Pantai Remis di Selangor yer.

Bila aku menggoogling, banyak keluar cerita pasai Mee udang Lipan, kalau di Pantai Remis tu la. Aku pun tak tahu la Mee Udang yang aku pergi ni adalah tempat yang sama atau bukan :) 
nie la Pak Cik yang membawa aku ke sana
Okey, dah namanya Mee Udang, memang aku order Mee Udang la. Tapi, memang Me Udang di sini amat berbeza sekali dengan Mee Udang Mak Jah yang popular tu. Kalau sama, tak da la istimewanya kedai tu kan :) .

Dan sememangnya, Mee Udang di kawasan Pantai Remis ini berasaskan Udang Lipan. Kat sana memang banyak kolam ternakan udang lipan ni. Marvelous!!
nie dia. Mee Udang yang aku order.

Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Mee Udang Mak Jah. Hasil kira-kira aku terhadap jumlah udang yang diberikan sangat banyak. Lebih kurang 12-18 ekor udang lipan.

Sangat berpuas hati kepada peminat udang seperti aku.
See, ada ketam a.k.a Mr Crab
Pak cik aku pula, order Mee Bandung Special. Memang special sangat bila sotong yang sepatutnya digandingkan dengan udang, kehabisan stok. Sebagai ganti, Ketam seperti dalam gambar itu sebagai Teman Pengganti (macam lagu Black pulak) sotong.
Memang tak muat pinggan mangkuk yang diberi
Hasilnya, memang sangat memuaskan hati aku. Memang akan datang lagi membawa sesiapa yang berminat nak makan Mee Udang Lipan. Hee
gadis ini ialah kakak aku :)
Tapi, aku terlupa pula nama kedai nya. Maklum la, perancangan ad-hoc :) . Jalan menghala ke kedai ini memang aku ingat. Lokasinya di kawasan kampung, kena lalu traffic light yang ada Public Bank. Itu jer landmark yang aku ingat.

Okey, sekian laporan ringkas makan-makan oleh Encik Azzam a.k.a Muz

Monday, January 17, 2011

Maxis Om Nom Nom Race yang tersangat la best

Seperti yang diwarkan sebelum ini, aku terpilih untuk menyertai Maxis Om Nom Nom Race yang telah berlangsung pada Sabtu lepas, 15 Januari 2011 di Modestos, CapSquare. Memang pengalaman yang sangat menarik dapat bersama-sama blogger-blogger lain menjayakan event Nuffnang dan Maxis ini. Seperti yang aku beritahu, teammates aku terdiri daripada SIMON, KAK PUTT & ILI dan nama team kami NASI LEMAK PEDAS.
Setelah taklimat dan penyerahan alat-alat yang diperlukan seperti iPHONE, Laptop & Maxis Broadband, semua peserta dibenarkan untuk mencuba. See, Simon, Ili & aku terus meninjau iPHONE yang diberikan
Ini adalah passport untuk kami bersama klue ke Venue pertama bersama talian hayat yang tidak boleh dibuka sama sekali melainkan jika terpaksa...kalau tak, point ke tolak..
Kami di venue pertama, Strabeery Field Cafe. Untuk cerita dan suasana di Stawberry Cafe ini, sila baca disini. Setiap venue, semua kumpulan dikehendaki menulis revies mengenai makanan, suasana serta hal-hal berkaitan dengan venue yang disinggahi dengan kreativiti sendiri. Semua venue, kami semua dikehendaki membuat aktiviti yang sama. Selain Strawberry Field Cafe, venue lain adalah Tarbush Delicacies di Sunway Piramid, Sate Kajang Haji Samuri, Restoran Thai Base dan akhir sekali Dancing Fish di Bangsar Shopping Complex. Silalah klik di restoran tersebut untuk melihat apa yang berlaku :)
Bagi aku, memang event ini tersangatlah best dan tersangatlah havoc. For the first time, aku berlari-lari dalam Sunway Piramid bersama laptop yang terbuka mencari venue restoran, tebalkan muka bertanya orang sekeliling venue-venue dan macam-macam ragam lagi sebijik macam Amazing Race yang dalam TV tue. See dalam kereta sempat lagi search restoran sambil edit-edit entry, FB dan Twitter. Memang syiokkkkk.
Walaupun tak memenangi hadiah utama atau kedua, tapi pengalaman bersama-sama blogger lain menyertai event ini amat menyeronokkan. Gambar diatas itu adalah pemenang hadiah utama melancong ke Hong Kong dan HTC seorang sebijik.
Yang lain-lain, dapatlah goodies beg daripada MAXIS sebagai sponsor utama event ini. Memang seronok sekali dapat menyertai event ini. Makanan yang disajikan untuk semua peserta juga amat memuaskan hati sampai teramatlah kenyang. Wah.nak lagi event macam ini :)
Bergambar kenangan bersama-sama blogger lain..kalau tak silap dari team MachoFoodWarriors yang amatlah sporting dan best...

Kesimpulannya, aku amat berterimakasih kepada Nuffnang & Maxis for organized this event yang sangat best. To teammates aku, SIMON, KAK PUTT & ILI, memang seronok la dapat bersama korang membentuk team NASI LEMAK PEDAS walaupun kita tak kenal kan. Event macam inilah yang menambahkan list kawan-kawan kita :)

~~en NUFFNANG, xde ke Buffered Earning utk kami :p~~

Saturday, January 15, 2011

Maxis Om Nom Nom - Dancing Fish

yes...akhirnya kami, Nasi Lemak Pedas sudah sampai venue yang terakhir.. venue apa??? sudah tentu lah Dancing Fish..kat mana Dancing Fish tue??
Sesiapa yang nak sampai sini, saya sertakan address :

Dancing Fish
Lot T120, T121 & T122
285, Jalan Maarof, 3rd Floor, Bangsar Shopping Centre,
Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur
Phone: 03 2095 6663
Fax: 03 2095 6662
Email: dancingfishrestaurant@gmail.com

why Dancing Fish?
Look here...

Kiutkan ikan ni? ;)

Suka ini!


Dan, diaorang reserved 1 tempat ni untuk kami.
Thank you, Dancing Fish!


sampai-sampai jer, kami telah disambut dengan girangnya oleh manager yang bertugas. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui, konsep Dancing Fish ini adalah Balinese, dengan tagline Malay-Indo Cuisine.

Dengan bantuan Maxis Finder301, dengan mudahnya kami sampai ke Dancing Fish dengan mudah.. Terima kasih Maxis Finder301 yang melancarkan misi Om Nom Nom ini.

Sekarang, kita terus ke menu yang telah dihidangkan untuk kami.

Sangat peramah dan mesra layanan diaorang ;) Terima kasih daun keladi, kami nak datang lagi!


Ikan Nila Goreng RM38.00

Boleh dimakan dengan nasi putih. Untuk additional, makan dengan ayam panggang, cumi-cumi pun laxat. I cannot help, ikan ini sangat sedap. This is MUST try ;)

Rating: 5/5


Si Ili yang happy jumpa sambal belacan :P



Sambal Terung RM9.90

Sedap! Makan dengan nasi putih yer, makan sama dengan Ikan Goreng Nila tau.

Rating: 5/5


Sambal belacan Ili cakap sedap!

Dalam restorant pun nyaman je, dengan muzik jazz yang menemani kami sepanjang kami nak makan ni :)


Oh, lain kali confirm datang lagi.


Simon cakap: ais krim durian dan kelapa kat sini ohhh sangat mantap. tak cukup kami dapat 2 je :P Nanti korang datang sini sila order ye. Must Try!

Thank you Dancing Fish!!

Maxis Om Nom Nom - Restoran Thai Base

Yeay kami dah sampai ke sini :D Tengok crew yang handsome bergaya tengah cop passport kami :P

Kami sampai kat mana? Sini!


Destinasi Ke-4

Restoran Thai Base
No 7-1 (1st Floor) Jalan Tanjung SD 13/2
Bandar Sri Damansara 52200 Selangor


Kali ini kami dapat menu yang sangat simple yet sangat sedap, sesuai untuk kami yang sampai untuk hi-tea ;)

penuh meja dengan makanan! bwahahhaha :P

Tak puas hati kan jauh-jauh, kita zoooom :)
Menu untuk pasukan Nasi Lemak Pedas


Nasi Goreng Cina RM5.00 ++

Mak aihhh, sedap. Ada udang, ayam, mix vegi dan semua yummeh!

Rating: 4/5


Mee Goreng Mamak RM5.00++

Mee Goreng Mamak ada ayam besar, ada sawi dan udang. Not bad :)

Rating: 4/5


Tom Yam Campur RM5.90++

Mus kata To Yam Campur sedap giler memang kaw abis sampai nak menangis makan sebab pedas. Ada sotong besar, udang dan masam masin manis semua cukup lengkap. Kaw giler!

Rating: 5/5

Agar-agar

Chinese Tea :)

Oh! Terbaik untuk minum petang. Simon dan Mus habis makan. Well, kat sini juga ada hiasan yang oldies dan meja diaorang pakai mesin jahit dow.

Ok, Om Nom Nom - next please....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...