Pages

Tuesday, February 1, 2011

Jalan-jalan Teluk Batik

aisehman..Lama pulak rasanya tak berhupdate rumah ke-3 aku ni. Macam biasalah, alasan busy dengan komitmen lain sampai mengabaikan rumah ini kan. Kesian...naseb la badan
Okey, memandangkan kita dah masuk bulan Februari, dan hari ini (1 Feb) merupakan hari wilayah dan semperna cuti hari wilayah ini, aku telah pergi bermandi manda di Teluk Batik, Perak. Eh Perak pun sambut ke cuti wilayah ini???ha..cuba jawab dalam hati :)
Okey, kepada yang tidak mengenali Teluk Batek ini, mai aku ceritakan sedikit jer. Teluk Batik ini merupakan salah satu tempat peranginan di negeri Perak yang terletak di daerah Manjung. Lokasinya berdekatan jugak la dengan kawasan TLDM dan jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Sesape nak pergi Pulau Pangkor, jom aku temankan :)
oops terlayan feeling jiwang pulak. Aku pergi Teluk Batek ini dengan sorang anak buah aku, Danial yang aku seludup bawak balik kampung dari Ampang hari Ahad lepas. So, bosan-bosan cuti hari wilayah ini, aku membuat keputusan untuk menyejukkan diri jer di Teluk Batik
dengan wajah yang penuh gigih dan bersemangat untuk bermandi-manda si Danial ini. Aku pun turut serta membuang masa di dalam laut yang boleh dikatakan amat bersih dan cantek. Selain daripada Teluk Batik ini, pantai Port Dickson dan Mersing merupakan tempat yang aku selalu sampai jugak..erk..selalu ke???
walaupun ombak kat Teluk Batik nie kecik jer, tapi amatlah best gak sebab tahap kemasinan air lautnya rendah..ye ke??erm tue daripada pemerhatian aku la bila nak comparekan dengan air laut di Port Dickson & Mersing.
macam biasa la kan. Kalau dah nama tempat peranginan especially tempat tue kat kawasan laut, gerai-gerai jualan cenderamata, T-shirt dan makanan teramatlah banyak. Memandangkan dalam wallet aku kekurangan dana, hasrat untuk mengankat bawak balik sehelai T-shirt yang agak menarik perhatian aku terpaksa aku cancelkan..tak pe, next time aku datang lagi
kat sini pun ada orang jual coral [seriusly aku sampai sekarang cuba ingati coral dalam Bahasa Melayu tue apa..]. Kesimpulannya, masa cuti hari wilayah 2011 ini aku menghabiskan masa itu berjalan-jalan ke Teluk Batik bersama anak buah aku. Anda pula macam mana?

Tinggal di Perak & Johor tapi berangan cuti hari wilayah kan!!

2 comments:

saya_arief said...

tak penah sampai ag teluk batik ni..
dengar2 citer owang je.

mr_mrs mikko said...

lama dah aku x pg tmpt mcm ni..
kalo pg pun..
x turun pantai..
tgk dari jauh rasa angin jaa..
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...