Hampir 3 bulan kot mereka menunggu saat untuk menerima keputusan SPM 2010, akhirnya hari ini segala persoalan telah terjawab. oh..teringat kenangan 6 tahun lepas saat mengambil keputusan SPM 2004 :) . Menurut laporan Utusan Malaysia ; Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.
So, macam biasalah berita untuk daripada MRSM lambat sikit...tapi tak pe...segala penantian sudah terjawab kan wahai calon-calon. Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah dan teruskan kecemerlangan itu dan yang paling penting, jangan lupa diri :) dan bagi yang tidak mendapat keputusan yang diimpikan, janganlah cepat berputus asa. Ingatlah rezeki Allah itu Maha Luas dan tidak pernah putus. Dan yang paling penting, jangan lupa ibu bapa, guru dan mereka yang menjadi tulang belakang anda selama ini.So, mulai saat ini sudah boleh la merancang hala tuju. Bagi aku, pilihlah jalan yang kita minat bukan ikut orang sebab nanti kita juga yang merana kot. Kalau kita minat bidang perguruan, teruskan dengan minat itu dan sama juga dengan bidang-bidang lain. Dapatkanlah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan keputusan tetap dari diri sendiri. Dah tercakap motivasi pulak.
Sepanjang tahun 2010 juga, aku sempat bersama-sama menyertai program yang melibatkan calon SPM 2010 seperti dari SMK (Agama) Kuala Abang, Kem Extravaganza Skor Bestari 2010, Kem Motivasi SMK Semenchu serta Khimat Pendidikan Sekolah Tinggi Kluang & Seri Lalang. Semoga adik-adik semua sukses dan bersyukur dengan keputusan yang di perolehi :). Selepas ini banyak lah iklan-iklan biasiswa untuk dipohon. Jangan ketinggalan.....

