Pages

Showing posts with label ETS. Show all posts
Showing posts with label ETS. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

:-: Train ETS Memang Cool :-:

Semalam, 06-Mei-2011 buat pertama kalinya aku menaiki Kereta api laju ETS KL-Ipoh... Tapi aku turun di Batu Gajah, Perak la...memang 1st time nak naik train nie, aku berasa sangat teruja wa cakap lu.. ye la ramai orang cakap best la, tak terasa goyang sangat la bla bla bla....

and at last, tepat jam 1045 train ini bergerak dari KL Sentral menuju ke arah Utara. Seriusly, aku tak sempat nak lelapkan mata sebab teruja kot.. dengan seat yang selesa, aircond yang cool dan apa lagi orang cakap pasal ETS nie, semua betul...
tapi yang aku dengar cerita, dari awal-awal operasi sampai semalam, asyik-asyik movie Harry Potter 1 jer dieorang pasang...ish-ish..pasang la cerita lain sikit :p . Kalau dah namanya train laju, memang laju la..siap ade terpapar lagi kat skrin tv tue speed semasa...dari serendah 90 km/h kot sampai mencecah 150 km/h pun ada...aku dapat snap 2,3 kali jer.
okey kepada yang belum mengetahui, train ETS ini ada 3 pakej - Platinum - Gold - Silver. Mula-mula aku tak sure gak la apa beza nya selain harga tapi bila tengok-tengok balik, pakej nie berbeza dari segi masa dan bilangan stesyen yang ia akan berhenti.
Untuk PLATINUM, kalau tak silap, trip perjalanannya sekali pagi dan sekali petang kot.. Harga tiket Ipoh --> KL Sentral & KL Sentral --> Ipoh adalah RM45. Train ini dia terus jer shot tanpa berhenti kat stesyen mana-mana.
Untuk GOLD (ini yang aku naik semalam - aku highlightkan dalam kotak merah tue!!) ada 8 trip perjalanannya kot.. kalau Platinum tak berhenti kat stesyen mana-mana kecuali last stesyen, Gold pulak berhenti di 6 stesyen terpilih ; Rawang - Tanjung Malim - Slim River - Kampar - Batu Gajah sebelum berhenti di last stesyen. Harga RM35 utk dari 1st stesyen ke last stesyen.
Tapi kalau nak save sikit, naiklah SILVER sebab harganya murah lagi iaitu RM25 dari KL Sentral - Ipoh...yang best nye, Silver boleh terus sampai Seremban dengan harga RM31 jer... Menarik giler tapi lagi bnyk stesyen la die berhenti..
servis pun tip top la...ha..tengok la air tin 100PLUS aku tue...siap krew train datang amek order tapi harga die memang mahal giler okey..setin 100PLUS tue jer dah RM2.80..wah...terkejut ingat free jer mase die datang amek order tue..hee~~
ha..sila la klik gambar diatas itu untuk melihat lebih jelas lagi pasal harga tiket...tak pun korang kalau dah malas sangat sila la ke website ETS ini. Tapi secara keseluruhannya, aku memang kasi 4.5 / 5 star utk train ini.... lepas ini IPOH -- PADANG BESAR mesti gempak gak....

~~aku dah naik, korang bila lagi???~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...