Pages

Showing posts with label Bual Kosong. Show all posts
Showing posts with label Bual Kosong. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011

akhirnya tahun 2010 telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada semalam. kini 2011 telah menjelma dengan wajah baru. sana sini orang memperkatakan mengenai azam tahun 2011 ini. bagi aku azam untuk tahun ini macam azam tahun sebelum-sebelumnya. hoho. sangat tipikal kan azam aku. sebenarnya, tahun 2011 ini aku telah tetapkan beberapa senarai dalam wishlist aku. wishlist dengan azam 2 benda yang berlainan kan!!!
okey..untuk 2011 ini, buat pertama kalinya aku listkan wishlist aku. wishlist aku bukan dalam bentuk "erm..nak belajar sungguh-sungguh.." ataupun "aku nak jadi budak yang lebih baik" tak pun "semoga tahun baru ini membawa 1001 makna kepada diri aku" etc. sebenarnya aku nak capai beberapa benda untuk tahun 2011 ini. wishlist inilah yang bakal mendorong aku berusaha dengan kuat untuk mencapainya.

wishlist aku bermula dengan :
1) ingin menjadi salah seorang daripada kakitangan kerajaan ---> kene struggle betul-betul ini
2) ingin memiliki lappy baru ---> lappy lama dah macam uzur jer..chaiyok chaiyok
3) ingin melancong ke kepulauan Borneo ---> tak kira la Sabah ke Sarawak ke Brunei ke...
4) nak angkat satu PSP 3000...x pun XBox pun okey ---> teman dikala kebosanan
5) kalau ada rezeki lebih, nak angkat proton Inspira sebijik..

hoho..tue la 4+1 wishlist yang bakal aku kejarkan...walaupun nampak berat tapi akan aku usahakan untuk menggapainya...anda pula bagaimana???apa wishlist anda???jom kongsi bersama... :)

~Untuk melakukan sesuatuyang hebat, kita harus tidak hanya bertindak,
tetapi juga bermimpi~

Monday, November 1, 2010

November 2010

tup tap tup tap..hari dah masuk bulan baru...1 November 2010...maknnya dah 10 bulan sudah berlala..kalau orang pregnant bulan 1 dah beranak dah kan...okey la...so maksudnya semakin busy lah life aku...tapi aku suka busy...sebab ape???nanti kalau x busy, aku bosan...hehe...let's check it out event utk aku bulan November nie...

1/11 - baru jer settle urusan untuk lawatan adik-adik aku dr Medoi ke UTM Rabu ini..


3/11 - Lawatan SK LKTP Medoi ke UTM....ini adik-adik aku masa Kem Motivasi di sekolah mereka bulan March lepas...


@ Minggu exam UTM


@ 12/11 - Kemungkinan Educational Trip ke UTM oleh pelajar dari Gelang Patah dibawah tajaan Pelabuhan Tanjung Pelepas kelolaan Smart Camp...pergh...yg nie bnyk nk kene settlekan..


@ Hari Raya Haji - erm...nak balik kampung ke tak???


@ 27 - 28 /11 - rewang kat kampung...3 orang anak buah aku nak bersunat...
sape nak follow aku blk kg??merase rewang di kampung??hehehe...best :)
Ha..tue la serba sedikit yang dah masuk planner..tue belum lagi ad-hock planning...kang ade yang gi Pontian la g makan Steamboat la g maen bowling la...yang best nye miting dan miting...
pergh...busy kan..ngan tambah-tambah minggu exam...adoyai...tapi i looooikee!!!!

anda pulak mcm mana????

Thursday, October 28, 2010

Simpton Exam

alamak...rasanya dah lama aku tak berhupdate ini blog...rasa malas giler...lumrah la hidup sebagai seorang student...tambah-tambah sekarang dah nak masuk minggu exam..tue pun banyak keje lagi nak kene settle...so cakap pasal minggu exam nie, aku terbaca 1 note kat fb..tajuk nya "Simptom-simpton nak exam...".... jom baca sesama ")

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload


So..amacam...tepat tak ngan korang nyer life as a student????hoho...tepuk dada tanya sendiri.. gud luck r ntuk anda semua

Saturday, July 17, 2010

Akhirnya P1 W1max menjadi pilihan

Setelah beberapa hari memikirkan internet apakah yang saya ingin guna, akhirnya hari Rabu lepas masa JCard Day di Jusco Taman Universiti, Skudai, saya dengan rasminya telah melanggan P1 W1max. Mula-mula agak berat jugalah untuk melanggan W1max ini sebabnya coverage belum menyeluruh di Malaysia ini namun di kawasan UTM, agak mantap. Memang kalau nak bandingkan dengan Celcom @ Maxis, coverage 2 ini lagi meluas tapi bagi saya ia still tak meluas kalau tak sampai kat kampung halaman tercinta saya. Hehe. So, no point gak la kalau guna Celcom @ Maxis ini. Selamat lah kat kampung dah ada Streamyx.
inilah dia buah hati terbaru saya :)

pemandangan daripada bilik hostel...memang dapat coverage excellent la

So, setakat ini no problem la. Speed pun mantap. Download speed pun stabil dan yang paing best volume usage dia tinggi. Jadi, apa lagi. Potong potong potong

Wednesday, July 14, 2010

WiMax atau Celcom???

Kesabaran teruji pulak gara-gara Celcom BB yang lembab macam siput sedut tua. Memang geram betul. Menjelang petang sampai ke malam, gerenti Celcom BB yang aQ guna ini lembab. Sesiapa tahu tak sebab ape??? Walaupun pakai pakej yang 384, tapi tak kan la lembab giler kan... Nak pakai Streamyx, dok hostel. Hari tue dah pasang kat rumah kat kg, memang super mantap.
W1GGY 59

Celcom Basic

Sekarang ini tengah memkirkan samada nak curang dengan Celcom BB ini dan apply P1 WiMax pulak. Malam tadi masa berjala-jalan kat Jusco, tersinggah kat Booth WiMax ini. Tertarik nak pakai plan baru mereka, W1GGY59 yang mana speed 600Kbps, Volume Usage 8GB dan montly fee RM59... Jauh ketinggalan dengan Celcom yg speed 384, 5GB & RM68.

Agak-agak anda la, yang mana better????

Monday, July 12, 2010

Sorry - will be offline for a couple hour

Hari ini Mus akan kembali pulang ke UTM Skudai setelah hampir 3 bulan bercuti. Sepatutnya hari ini dah start kuliah namun Mus sambung cuti sehari bagi memberi laluan menyaksikan final World Cup. Selamat berbaloi menunggu semalamaan. Sepanyol menang. Mus malas nak ulas panjang-panjang pasal World Cup ini. Mesti korang semua dah tahu kan.
bukan bas ini yang Mus naik-gambar hiasan

So, untuk itu Mus memohon maaf terlebih dahulu jika tidak dapat membalas kunjungan anda semua untuk beberapa jam sehinggan jam 6 @ 7 malam. Doakan gar perjalanan Mus selamat dan tidak berlaku sebarang masalah yer.

Jumpa lagi. Sayang korang semua :)

Friday, January 29, 2010

kEmuNcUlan SeMula

daH LamA x UpdAte bloG niE...
Lupa SesAngat...AlaHAi...maKlum lA..
dAh Ade yg BarU, LuPa yg LamA..
2 La LumRah keHidupan...
So, UnTuk 1sT enTry taHun 2010 niE,
nIe jer DulU...wAt CuKup SyaRat JEr....
k...to Be conTinued....

AdiOs...

Thursday, September 3, 2009

betUL kE???

haha...betul ke???? apE tue???? saJE jeR wat geMpak... x De paPe pun..erM lamE dah XupdateS bloG nie...aLmaKlum la terlamPau bz... sejak 2,3 menJak nie macam-macam Isu timBul kat Serate pelusuk negaRa kita...xPe la..malas Nak campur...
Before That, nak wish duLu Selamat Hari Merdeka ke-52 uNtuk Malaysia....patriotik sunggUh aku... okey la nak Citer ckit.. ari tue aku gi Ayer Hitam...haha.. Beli kerepeK untuk Raye...
ade La beberApa jenis KerePek yg aku beli..KerepeK uBi PEdas, KerePek keLadi pedAs, kerePek baWang, KerepeK KAri, daN 4 jeNis kerePek yg x taw nameNyer....hoho... tapI sedih nyer 1 bungkus KerepeKKu telah Abez dikekah..huhu....

hoho..dAH 8.15....gotta to go..nak tengok wayaNg..hehe..Final Destination 4...
baLik kang aku share jaLAn citer nyer....

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan

Ramadhan datang lagi.. hari nie dah 2nd Ramadhan da..... Maknenye dah 5 tahun aKu menyambut Ramadhan di perantauan [ cis..bunyi cam duk oversea jer kan.padahal kat Johor jer ]...... erm x pe la.... dan hari pertama berpuase memang tersangatlah best.. bangun sahur kol 4.30.....tapi sahur ngan roti coklat+air teh jer.....xpe2....maklum r dok jauh....pas Subuh bantai tido..tapi b4 tidO tue terLayan Nur Kasih..cerita cam semakin best. Go go Adam.. Rebut cinta Nur..
Pas tue seharian la dok kat bilik jer tanpe berbuat pape... Pas Asar g Giant.... cis... ingatkan sikit la orngnyer kat Giant tue, rupe-rupenye same jer..
Pape pun sebelum masok 'penjara' blk, singgah jap kat Bazar Taman Sri Pulai...kat bazar pun x payah nk cakap la...ramai giler orng..sempat beli Nasi Ayam+Murtabak jer....

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban....

Sedih plak rasenye...... Skarang dah 15 hari dlm bulan Syaaban nie... Aku still same dngn hari-hari sebelum nie... Kali nie aku berazam aku nak berubah lagi.... Wish me a best of Luck ;)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

* aku terasa kerugian yg amat sngt kerna hari nie aku x berjaya mengawal nafsu amarah aku.... kesempatan nie, aku nak memohon jutaan kemaafan kpd mereka yg terkecil ahti dng skiap aku..

Monday, August 3, 2009

nO UpdaTes...

cis.....dah 2,3 hari aku x update...busy...busy.....
ntah ape yg busy nye la aku xtaw.....

hari jumaat ari tue [31/07] terpakse tidO kaT bilik member aku...
cis kunci tertinggal dlm bilik.....rum8 plak tiDo kat luar.....
pagi Sabtu plak g tournament Bowling SUKAM UTM 2009...
pergh....sengit2....bertag team dngn Ramli, Raja ngan Suhaimi, kiterong berjaya dptkan medal Bronze..jadilah....dpt juga menyumbang medal untuk kolej...
nanti aku updates gambo medal aku...hihi...

Erm 2,3 hari nie gak penat melayan FB ..melayan komen-komen gambo dlm FB tue...cis sekali teringat kenangan lame mase kat MRSM Taiping.....bnyk memories sweet+pahit......
thanx guys....

Tuesday, July 28, 2009

[ nTaH Ler......]

tajuk pun ntah ler....ape nak tulis ek kali nie....erm 1st sekali nak citer pasal ari nie..... cis kene bngun awal giler..nak amik rumate aku kat Sri Putri r....kol 3++ am dah bangun..pas tue die sampai kol 4++ am.... alang-alang terus stay up..sahur....keja pose Syaaban...
........bukak pose kat Tunku Impian...erm sedap..yg lawaknyer bley r plak pas air sampai, trus aku minum...cis..terlupa plak ari nie pose...tapi dah rezeki aku kot...then malam g ngajar tuition...mak aih....rase nk ngamuk jer ngan bdk yg aku ajar tue..dah r x wat keje yg aku kasi, bley plak request next class nak wat ari ahad malam...lantak ko la.....ko yg nak pandai@bo**h....ha..yg best nyer ari nie 'business' untung..Alhamdullilah....

Saturday, July 25, 2009

Percubaan Pertama

Salam semua.....

Ini adalah percubaan pertama aku ntuk join dlm dunia blogging nie... Entah la... Aku tengok cam best jer jadi blogger nie... Dah lama dah plan nak wat 1 blog tapi blum kesampaian... Dan inilah hasil pertama aku.. Dengan tittle 'Percubaan Pertama' ( cam tajuk album Aizat AF ) plak la kan, aku harap blog nie dpt la menjadi tempat ntuk aku berbicara x kira dngn kawan-kawan maya ataupun dngn diri sendiri...

TQ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...