Pages

Showing posts with label Adik-adikku. Show all posts
Showing posts with label Adik-adikku. Show all posts

Monday, March 21, 2011

.: Final - Adik-Adikku Musim 2 :.

Setelah bersiaran selama 30 episod secara rakaman, sebentar tadi baru sahaja tamat Rancangan Realiti TV Adik-Adikku Musim Kedua yang menyaksikan 7 orang penda'ie kecil yang petah menyampaikan pidato dengan penuh mantap dan petah sekali walaupun umur masih mentah. Rancangan Adik-Adikku ini dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama RTM. Bermula dari pusingan awal yang menampilkan 16 orang penda'ie cilik sehingga peringkat akhir yang menampilkan 7 orang yang terbaik. Jika musim pertama mengangkat adik Wajih sebagai juara, jom lihat keputusan penuh untuk musim kedua Program Adik-Adikku ini ;

JOHAN
MUHAMMAD AMIRUL MUNIR AZLIN ( 10 TAHUN )
SUNGAI PETANI, KEDAH


NAIB JOHAN
SYAFIQAH FASIHA AHMAD SAFRI ( 12 TAHUN )
SUNGAI PETANI, KEDAH

TEMPAT KETIGA
ZAID NAJMUDDIN ZUL AKMAL ( 12 TAHUN )
KUALA LUMPUR

SAGUHATI
IFFAH AHMAD HILMI ( 12 TAHUN )
ALOR SETAR KEDAH

MUHAMMAD 'AMMAR MUKHLIS ABD MOHSIN ( 13 TAHUN )
ALOR SETAR KEDAH

SITI NUR ALIA SAFRI ( 12 TAHUN )
MERLIMAU, MELAKA

MUHAMMAD ABDUSSALAM MOHD NIDZOMUDDIN ( 12 TAHUN )
SHAH ALAM, SELANGOR

Memang agak lumyan juga hadiah yang dimenangi oleh para pemenang namun bukan hadiah yang menjadi persoalan namun impak program ini kepada masyarakat Islam khusunya. Semoga kelahiran 16 orang lagi penda'ie cilik ini bakal merubah masa depan negara.
Berita-berita lain, anda boleh baca di Budiey dan website JAKIM. Gambar-gambar yang disiarkan disini aku ambil dari website JAKIM :). Tahniah juga kepada para murabi mereka yang gigih mendidik para da'ie cilik ini.

~~ Adik-Adikku, Insya Allah Boleh!!! ~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...