Pages

Showing posts with label Bende Best. Show all posts
Showing posts with label Bende Best. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Simpton Exam

alamak...rasanya dah lama aku tak berhupdate ini blog...rasa malas giler...lumrah la hidup sebagai seorang student...tambah-tambah sekarang dah nak masuk minggu exam..tue pun banyak keje lagi nak kene settle...so cakap pasal minggu exam nie, aku terbaca 1 note kat fb..tajuk nya "Simptom-simpton nak exam...".... jom baca sesama ")

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

p/s; aku rasa even budak pandai yang dah score markah carry marks pon study menggelabah jugak. Cuma diorang steady lagi la dari student yang study last minit. Muehehe. Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Cepat je die nak naik darah. Sebab hormone dia semua tengah berlaga-laga. Otak pun dah overload


So..amacam...tepat tak ngan korang nyer life as a student????hoho...tepuk dada tanya sendiri.. gud luck r ntuk anda semua

Friday, August 20, 2010

Maxis Hot Tiket

apa itu Hot Tiket? kepada sesiapa yang tak tahu lagi, Hot Tiket ini macam kad topup biasa jer tapi ini keluaran istimewa dari Maxis untuk penggunanya semperna meraikan kedatangan Syawal. yang bestnya, banyak kelebihan kalau topup menggunakan Hot Tiket ini. salah satu nya boleh tebus 2 ketul ayam KFC. apa specialnya Hot Tiket ini?? okey kita tengok gambar ini.
120 minit setiap rangkaian,setiap hari ; 300 sms setiap rangkaian, setiap hari ; 10 hari tempoh sah ; semua ini bernilai RM15.....oops ade lagi PERCUMA waktu buka puasa waktu solat dan resipi Chef Wan :)
Ha.tue buktinya kita boleh tukar dengan 2 ketul ayam KFC... Hot Tiket ini juga terdapat dalam RM8 & RM10 juga...tapi kalau beli yg RM10, kena ada 2 tiket untuk tebus 2 ketul ayam tue...tapi kalau beli yang RM15, guna 1 tiket jer...yang RM8, erm x tahu..

ha itulah serba sedikit promosi perayaan yang ditawarkan oleh Maxis. so, untuk maklumat lanjut, boleh check kat website dieorng hotlink.com.my

p/s : harap en Celcom jangan stopkan B.E disini sebab saya promote Maxis :) ...sayang 2-2 sebab saya pakai 2-2 number (^_^)

Sunday, August 15, 2010

Haiwan apakah ini?

salam keceriaan di hari minggu. nampak nya hari ini dah hari ke-6 kita berpuasa. semoga puasa dan amalan kita diterimaNya. kali ini mus nak kongsikan pengalaman masa di SK Kg Maju Jaya - part 2 minggu lepas. semasa kemas-kemas kertas dan fail yang berselerak ini, tetiba terjumpa kertas-kertas hasil daripada adik-adik masa program hari itu. dan apa lagi bantai gelak besar la melihat hasil kerja adik-adik itu. jom kita layan.
aktiviti ini dinamakan telefon rosak. mula-mula kami telah memberikan 2 teks pendek mengenai cerita Samad & Mak Bedah serta cerita Siput Sedut. macam-macam cerita yang telah diolah oleh peserta yang terakhir. tapi teks tue ntah tertinggal kat sekolah kot. then, kami telah melukis 1 gambar haiwan comel seperti gambar diatas dan memanggil orang pertama dan terakhir dalam setiap barisan untuk mengingati gambar tersebut. dah hasilnya....
ha...inilah hasil untuk kumpulan 1-4. memang tergelag besar kami melihat hasilnya. kumpulan 1 dah jadi ular yang berkaki, kumpulan 2 itik yang berkepak lalat bersongkok, kumpulan 3 dah jadi tenggiling dan kumpulan 4 dah jadi rama-rama cacat...haha...pecah perut kami melihatnya
masuk kumpulan 5, dah jadi macam lembu, kumpulan 6 dah jadi seperti teddy bear, kumpulan 7 dah jadi kelawar perut bulat dan kumpulan 8 dah cam raksasa cerita ultraman jer...sebagai juri professional, mus dan Nora sukar nak pilih kumpulan yang mana menetapi ciri-ciri yang diperlukan. akhirnya juri jemputan yang terdiri daripadamurid darjah 1 telah mengutuskan kumpulan 6 menang.


hadoi...setiap kali tengok jer gambar ini, memang berguling-guling macam tenggiling (bak kate Shin Chan). inilah kesan jika komunikasi yang tidak berkesan berlaku didalam sesuatu organisasi. aktiviti ini bukan saje-saje tetapi mempunyai motifnya yang tersendiri :). sayonara

Tuesday, August 3, 2010

Jamuan Makan Malam XV10

seperti yang telah dirancang, pada 31 Julai iaitu Ahad lepas, mus dan para barisan fasilitator Kem Extravaganza 2010 (XV10) bersama-sama meraikan kejayaan menganjurkan kem tersebut dengan jamuan makan malam di Senibong, tempat yang mus telah ceritakan sebelum ini. memang best...makan besar dan paling best FREE !!! seramai 23 orang telah pergi berkonvoi dngn 7 bijik kereta..wow..banyak tue...sorry kepada Que, Didi & Nita coz korang tak dapat bersama-sama..
inilah menu utama kami malam tersebut...sang siakap masam manis...memang tip top la...kalau sebelum ini masa pergi survey, mus telah mencuba siakap 3 rasa, tapi pada malam ini, siakap masam manis...utk 23 orang makan, kami telah menempah 4 ekor siakap yg ini..'AAAAAAAAA' memang kekenyangan la....bukan setakat siakap jer...
ha...kat meja mus duduk ini complete set...ada siakap, udang butter, sotong goreng tepung, lala pedas, tomyam siput...eh sayur plak tak de..hehe...sayur meja lain...dan air laici...tak menang tangan mus utk menghabiskan semua makanan....hehe
setelah abes makan, tibalah sesi suprise utk Nora..kebetulan bufday dia..cam biasa.. mus bertindak sebagai pengarah lakonan, buroq (yg baju hitam) sebagai pelakon utama dengan bantuan Apex & Fahmi...ha..tengok la muka Nora..cuak...ops lupa..idea adal disumbangkan oleh Aris...cuma telah diolah oleh tuan pengarah..hehe..tpi watak tambahan dr pekerja restoran telah mencacatkan sedikit drama sebabak malam tue :p
sesi penyampaian hadiah dr Aiman...si junior yg bakal menggantikan senior-senior yg bergetah ini..hehe..Aris yg berada disebelah kiri aku tue la yg telah mengeluarkan idea utk jalan cerita drama sebabak yg hampir mencuakkan si Nora...:) suka gambar ini sebab ada 3 in 1....macam nescafe pulak...apa yg 3 ini 1 ini???ha..cuba ler teka :P
seperti biasa..setelah habis berxtvt iaitu makan-makan, drama sebabak, serta pesta krim kek, time for picture....macam-macam gaya boley dilihat masa sesi bergamba..oh..tak sempat nak share gambar banyak-banyak...thanx to Imran atas kesudiannya utk menjadi photographer pada malam tersebut...maybe kalau anda ingin melihat & merasai detik-detik malam itu, boleylah lihat gambar-gambar di FB beliau...sayonara Senibong...nnt bulan Ramadhan pulak kami datang lagi... ::))

Saturday, July 17, 2010

Akhirnya P1 W1max menjadi pilihan

Setelah beberapa hari memikirkan internet apakah yang saya ingin guna, akhirnya hari Rabu lepas masa JCard Day di Jusco Taman Universiti, Skudai, saya dengan rasminya telah melanggan P1 W1max. Mula-mula agak berat jugalah untuk melanggan W1max ini sebabnya coverage belum menyeluruh di Malaysia ini namun di kawasan UTM, agak mantap. Memang kalau nak bandingkan dengan Celcom @ Maxis, coverage 2 ini lagi meluas tapi bagi saya ia still tak meluas kalau tak sampai kat kampung halaman tercinta saya. Hehe. So, no point gak la kalau guna Celcom @ Maxis ini. Selamat lah kat kampung dah ada Streamyx.
inilah dia buah hati terbaru saya :)

pemandangan daripada bilik hostel...memang dapat coverage excellent la

So, setakat ini no problem la. Speed pun mantap. Download speed pun stabil dan yang paing best volume usage dia tinggi. Jadi, apa lagi. Potong potong potong

Wednesday, July 14, 2010

WiMax atau Celcom???

Kesabaran teruji pulak gara-gara Celcom BB yang lembab macam siput sedut tua. Memang geram betul. Menjelang petang sampai ke malam, gerenti Celcom BB yang aQ guna ini lembab. Sesiapa tahu tak sebab ape??? Walaupun pakai pakej yang 384, tapi tak kan la lembab giler kan... Nak pakai Streamyx, dok hostel. Hari tue dah pasang kat rumah kat kg, memang super mantap.
W1GGY 59

Celcom Basic

Sekarang ini tengah memkirkan samada nak curang dengan Celcom BB ini dan apply P1 WiMax pulak. Malam tadi masa berjala-jalan kat Jusco, tersinggah kat Booth WiMax ini. Tertarik nak pakai plan baru mereka, W1GGY59 yang mana speed 600Kbps, Volume Usage 8GB dan montly fee RM59... Jauh ketinggalan dengan Celcom yg speed 384, 5GB & RM68.

Agak-agak anda la, yang mana better????

Wednesday, May 5, 2010

Exam exam dan exam

Nampaknya musim exam di IPT telah berakhir (UTM la) dan hampir ke penghujungnya bagi IPT lain. Jadi macam mana anda menghadapi kertas peperiksaan anda itu??? Mungkinkah ada student menjawap seperti gambar di bawah???
ataupun seperti ini???

atau yang ini??

ke macam ini???

macam ini kot???

ataupun sampai tahap kritikal seperti ini???

Dah apa-apa pun, good luck untuk rakan-rakan seperjuangan yang masih ada lagi paper. Selamat bercuti dan apa plan cuti ini??? :)

Sunday, May 2, 2010

Hutan Bandar JB & Kacang Pool

Semperna cuti hari Ahad, aQ telah join member aQ - Fahmi, Que & Nuar untuk berjogging di Hutan Bandar JB. Ada yang pernah sampai sini tak? Meh sini aQ ceritakan sedikit la pasal Hutan Bandar JB ini. Hutan Bandar ini merupakan kawasan rekreasi berkonsepkan hutan dalam bandar. Tempatnya memang menarik. Memang setiap hari ramai pengunjung datang beriadah disini dan pada hujung minggu lagi la ramai, macam aQ pergi tadi. Macam-macam aktiviti ada kat sana. Macam gambar tue latihan ala-ala taichi kot. Memang aQ pergi tadi ada la. Pergh penat penat berjogging 2 round.

Ok lepas penat berjogging, kami telah pergi menikmati makanan yang sedap di Medan Selera Bomba [orang-orang JB mesti tahu..] Makanan yang dimaksudkan itu adalah Kacang Pool. Pernah rasa tak??? Atau tahu tak macam mana kacang pool tue???

Kalau anda semua pergi Johor, jangan lupa singgah sini. Bagi aQ the best kacang pool la. So, aQ kalau makan kat sini, tak lengkap kalau tak makan ABC special. Nie lah 2 menu wajib aQ kalau pergi sini. Anda bila lagi???

*thanx to member Fahmi coz belanja kacang pool :)


nie lah rupa kacang pool tue...sedap...RM 4.00

nie plak ABC special...erm...RM 2.50

Okey cukup setkat itu. So, kepada yang ingin datang menikmati hidangan lazat ini, dipersilakan. Tak de teman, aQ boelh temankan :)

p/s : credit to ucle google utk gambar-gambar tue. Kamera tak bawak. Tapi apa yg aQ makan tadi memang seperti gambar tue.



Friday, February 12, 2010

Jangan Buang Kotak Rokok

Hari nie muS nak kongsi ala-ala tutorial tapi nie nak buat Origami..tapi origami nie special ckit coz ia diperbuat dr kotak rokok*lepas nie jngn buang kotak rokok anda!!! gambar nie muS dapat dari seorng kawan muS. crdt to mr daniel*kat mane ko amek ek??


p/s : okey...skarang anda semua boley try....da try da..jadi...:)

p/s/s : MEROKOK MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN :)

Friday, February 5, 2010

Jangan Buka Jika Ada Lemah Semangat Atau Sakit Jantung

AMARAN IANYA TIDAK SESUAI UNTUK IBU2 MENGANDUNG

Aku ulang sekali lg budak bawah 18 thn jgn klik link ini.

18 thn ke bawah jgn klik link ini.
18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.
18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.
18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.

JANGAN DEGIL

18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.
18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.
18 thn ke bawah JANGAN KLIK link ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...