wah...heboh kan sana sini bercerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJl25) yang berlangsung malam tadi. Aku pun tak ketinggalan menyaksikannya secara langsung dari kaca TV. Dengan keputusan yang penuh kontroversi menurut peminat-peminat muzik tanah air sehingga ada yang mengatakan terdapat lagu lain yang lebih layak. Bagi aku, kita kenalah terima kemenangan Ana Rafali tu dengan rela walaupun terpaksa. Sudah rezeki beliau untuk malam tersebut.

Untuk AJL25 ini, bagi aku sekali lagi TV3 telah meletakkan stesyen penyiaran tersebut sebagai mendahului stesyen-stesyen lain dalam menganjurkan pertandingan nyanyian yang begitu gah sekali kepada peminat muzik tanah air. Dengan pemilihan pengacara yang slumber serta pentas yang daboom, usaha ini wajar dipuji. 

Gimik-gimik daripada artis yang bertanding juga apa kurangya. Dengan pentas yang agak besar dan canggih, pelbagai gimik dapat dilihat daripada persembahan semalam. Daripada aksi di kolam, aksi terbang, aksi dalam sangkar, aksi tamparan wanita dan pelbagai gimik lagi menunjukkan bahawa artis kita telah bersungguh-sungguh memastikan agar persembahan mereka diingati. Walaupun lagu kegemaran aku tak berjaya memenangi, tapi aku tetap berpuas hati dengan persembahan mereka. So, aku tinggalkan beberapa snapshot yang aku berjaya rakamkan daripada TV3 semalam. Zasss.....layan




