Pages

Showing posts with label Koleksi Aku. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Aku. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Kasut Baru

ha..tetiba keluar kotak kasut. Mentang-mentang la hari ini negeri Johor cuti sempena Hari Hol Almarhum, aku telah mengambil kesempatan untuk mencari kasut sukan baru memandangkan kasut sukan yang sedia ada dah semakin di mamah usia. Ye la kan, target nak maintain berat badan sekitar 60kg kebawah jer. :)
so, ingat nak pergi Plaza Angsana jer sebab kat situ banyak pilihan tapi memandangkan masa untuk aku hari ini amat mencemburui, aku hanya pergi ke Nike Factory Taman Universiti jer la. Sebelah Al-Ikhsan tue..pusing-pusing bersama P.A aku, cik Nora last-last ada 2 pilihan yang menambat hati aku untuk mengangkatnya. Tapi memandangkan sumber kewangan yang terhad aku telah memilih kasut seperti gambar diatas dan dibawah jer la.
Harga??? Menurut resit asal, harga kasut aku ini ialah RM 139.00 tapi display price RM 79.00 jer. Masa bayar pula, lepas scan jadi RM 69.00...sungguh pelik disitu. Aku dan cik Nora pelik tapi mungkin diskaun sebab semester baru bukak kot...
so, inilah dia kasut sukan baru aku. Termalu pula sebab size kasut aku tue macam kecik jer. Ramai orang kata kaki aku kecik tapi aku terima jer...hehe...bukan kecik tapi comel koT :)
Dengan kasut sukan ini, secara tak langsung menyuntik semangat aku untuk terus bermain badminton dengan lebih kerap lagi. Kalau tak sempat nak main badminton, akan aku pergi berjogging di sana sini..chewah...tapi cuaca yang tak berapa mengizinkan untuk aku terlalu bersemangat untuk berjogging...
Semoga dengan kehadiran kasut baru aku ini, aku akan terus bersemangat untuk beriadah. Ceh entah-entah kejap jer kan..hehe..mana la tahu boleh guna untuk Om Nam Nam Race nanti..

p/s :..tadi dapat call dari nuffnang kata aku terpilih untuk race Om Nam Nam Race...erm tak tahu la betul ke tak..tunggu list keluar Khamis nie katanya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...