Pages

Sunday, August 15, 2010

Haiwan apakah ini?

salam keceriaan di hari minggu. nampak nya hari ini dah hari ke-6 kita berpuasa. semoga puasa dan amalan kita diterimaNya. kali ini mus nak kongsikan pengalaman masa di SK Kg Maju Jaya - part 2 minggu lepas. semasa kemas-kemas kertas dan fail yang berselerak ini, tetiba terjumpa kertas-kertas hasil daripada adik-adik masa program hari itu. dan apa lagi bantai gelak besar la melihat hasil kerja adik-adik itu. jom kita layan.
aktiviti ini dinamakan telefon rosak. mula-mula kami telah memberikan 2 teks pendek mengenai cerita Samad & Mak Bedah serta cerita Siput Sedut. macam-macam cerita yang telah diolah oleh peserta yang terakhir. tapi teks tue ntah tertinggal kat sekolah kot. then, kami telah melukis 1 gambar haiwan comel seperti gambar diatas dan memanggil orang pertama dan terakhir dalam setiap barisan untuk mengingati gambar tersebut. dah hasilnya....
ha...inilah hasil untuk kumpulan 1-4. memang tergelag besar kami melihat hasilnya. kumpulan 1 dah jadi ular yang berkaki, kumpulan 2 itik yang berkepak lalat bersongkok, kumpulan 3 dah jadi tenggiling dan kumpulan 4 dah jadi rama-rama cacat...haha...pecah perut kami melihatnya
masuk kumpulan 5, dah jadi macam lembu, kumpulan 6 dah jadi seperti teddy bear, kumpulan 7 dah jadi kelawar perut bulat dan kumpulan 8 dah cam raksasa cerita ultraman jer...sebagai juri professional, mus dan Nora sukar nak pilih kumpulan yang mana menetapi ciri-ciri yang diperlukan. akhirnya juri jemputan yang terdiri daripadamurid darjah 1 telah mengutuskan kumpulan 6 menang.


hadoi...setiap kali tengok jer gambar ini, memang berguling-guling macam tenggiling (bak kate Shin Chan). inilah kesan jika komunikasi yang tidak berkesan berlaku didalam sesuatu organisasi. aktiviti ini bukan saje-saje tetapi mempunyai motifnya yang tersendiri :). sayonara

9 comments:

mizzura said...

agaknye diorang ni nak jadi saintis kot..sbb tu gmabar bianatang macam diklon2 jer dari 2 3 binatang.. haha

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ mizzura : tue la kot...insyaAllah...saya tumpang gembira jika mereka fadi saintis...tapi seriusly kami semua gelak setiap kali tengok gambor ini..hehe

gnesop said...

heheh.. kreatif!

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ sop : lain yg disuruh, laen yg jadi..hehe

ENCIK TIKUS said...

haha. kelakarnya lah semua lukisan tue.

akuzle ayu said...

mmg berbakat adik2 tuh sme... nama binatang neh pon tatau apa kan? ehehhehe

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Encik Tikus : memang betul...maklum la..bdk2 darjah 4 ngan darjah 5....tapi setiap kali tengok, gerenti nk gelak...

@ akuzle : terlebih bakat...kreatif sangat...imiginasi yg tinggi..hehe

ASSOYFINGER67 said...

Salam...Wah Mus..memang murah rezki...Alhamdulillah...semoga Rezki Mus bertyambah dari masa ke semasa..(senyum)

Syifa Alshah (wutwut) said...

adehh dah ramai dapat BE sejak akhir² ni.
tahniah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...