Pages

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011

akhirnya tahun 2010 telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada semalam. kini 2011 telah menjelma dengan wajah baru. sana sini orang memperkatakan mengenai azam tahun 2011 ini. bagi aku azam untuk tahun ini macam azam tahun sebelum-sebelumnya. hoho. sangat tipikal kan azam aku. sebenarnya, tahun 2011 ini aku telah tetapkan beberapa senarai dalam wishlist aku. wishlist dengan azam 2 benda yang berlainan kan!!!
okey..untuk 2011 ini, buat pertama kalinya aku listkan wishlist aku. wishlist aku bukan dalam bentuk "erm..nak belajar sungguh-sungguh.." ataupun "aku nak jadi budak yang lebih baik" tak pun "semoga tahun baru ini membawa 1001 makna kepada diri aku" etc. sebenarnya aku nak capai beberapa benda untuk tahun 2011 ini. wishlist inilah yang bakal mendorong aku berusaha dengan kuat untuk mencapainya.

wishlist aku bermula dengan :
1) ingin menjadi salah seorang daripada kakitangan kerajaan ---> kene struggle betul-betul ini
2) ingin memiliki lappy baru ---> lappy lama dah macam uzur jer..chaiyok chaiyok
3) ingin melancong ke kepulauan Borneo ---> tak kira la Sabah ke Sarawak ke Brunei ke...
4) nak angkat satu PSP 3000...x pun XBox pun okey ---> teman dikala kebosanan
5) kalau ada rezeki lebih, nak angkat proton Inspira sebijik..

hoho..tue la 4+1 wishlist yang bakal aku kejarkan...walaupun nampak berat tapi akan aku usahakan untuk menggapainya...anda pula bagaimana???apa wishlist anda???jom kongsi bersama... :)

~Untuk melakukan sesuatuyang hebat, kita harus tidak hanya bertindak,
tetapi juga bermimpi~

11 comments:

mr_mrs mikko said...

waaa..
yg 1st tu pun masuk dlm wishlist aku..
mo jd gov servant..
huhuh..
amiiinn

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ mr_mrs mikko :..semoga dipermudahkan olehNya..sama-sama kita berusaha..chaiyok chaiyok

Sharifah nor said...

di mana ada usaha..di situ ada kejayaan..

S..U..D..@..I..S said...

x mustahil sume tu

harap anda berjaya dan hebat

blog-tips-kurus said...

best sangat ke jadi penjawat awam? ape2 kerja pon ok asalkan halal:)
Semoga kita semua cemerlang..

Sae said...

wishlist aku :

1. makesure aku abis belajar thn nih...

2. tuko kete baru

3. beli rumah

4. rezki naik pangkat

5. org dtg pinang..kekeke~

tambah satu lg..

6. mendoakan ko dpt capai semua wishlist ko...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Sharifah nor :..ya..sama-sama kita usaha ke arahnya :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ S..U..D..@..I..S :..insyaAllah... doa-doakan utk saya erk :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ blog-tips-kurus : ...memang la kita harus mencari rezeki yg halal, tapi kalau masuk gov nie, kelebihan nya ade pencen utk hari tua.. tue beza antara gov servant ngan yg laen2

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Sae :..insyaAllah...sama-sama kita berdoa utk mencapainya..

rinie din said...

betul..jgn takut berimpian... makin kuat impian kita makin dekat impian tu tercapai... insyallah akan jadi kenyataan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...