Pages

Thursday, April 8, 2010

Majalah Solusi - Panduan Hidup Bersyariat


Mungkin ada yang masih tidak menyedari kehadiran Majalah Solusi yang semakin mendapat sambutan. Kepada yang masih tidak mengenali majalah ini, disini muS ceritakan serba sedikit mengenai majalah ini. Bagi muS, Majalah Solusi ini merupakan sebuah majalah motivasi serta fardu ain. Terdapat pelbagai isu terkini yang dibincangkan dari sudut Islam. Sebagai contoh, isu terbaru (April 2010-isu 18) menceritakan 'Di Sebalik Iqra', muS tertarik dengan satu artikel bertajuk 'Jangan Ambil Al-Quran Hanya Bila Terdesak'. Pengolahan isu yang dibawa dalam majalah ini amat menarik untuk dibaca. Isu-isu lepas ada membicangkan mengenai 'Membina Keyakinan Diri' serta ada juga isu 'Ibu bapa Derhaka?'. Memang menarik dan tidak rugi memiliki Majalah ini. Terdapat juga kata-kata motivasi yang menarik dikongsi seperti 'Sentiasa tidak cukup ilmu, adalah rasa orang berilmu', 'Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu' dan pelbagai lagi.

Anda boleh melawati http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut. Selamat membaca.

4 comments:

ain fathihah fhm said...

Solusi memang menarik.
awak boleh juga cuba baca Milenia Muslim.
banyak input

amirah said...

baru tau psl solusi hari ni sbb kawan bc...

mizzura said...

ooo..tak pernah baca..nanti usha kat MPH..

Unknown said...

ya , first saya membaca di dalam surau sekolah , memang mula-mula seronok , lama2 tergerak hati untuk beli Solusi .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...