Pages

Wednesday, March 23, 2011

.: Tahniah Buat Calon SPM 2010 :.

tetiba keluar gambar calon SPM 2004
Hampir 3 bulan kot mereka menunggu saat untuk menerima keputusan SPM 2010, akhirnya hari ini segala persoalan telah terjawab. oh..teringat kenangan 6 tahun lepas saat mengambil keputusan SPM 2004 :) . Menurut laporan Utusan Malaysia ; Seramai 9,239 orang calon sekolah Kementerian Pelajaran yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya memperoleh kelulusan A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.
So, macam biasalah berita untuk daripada MRSM lambat sikit...tapi tak pe...segala penantian sudah terjawab kan wahai calon-calon. Kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang, tahniah dan teruskan kecemerlangan itu dan yang paling penting, jangan lupa diri :) dan bagi yang tidak mendapat keputusan yang diimpikan, janganlah cepat berputus asa. Ingatlah rezeki Allah itu Maha Luas dan tidak pernah putus. Dan yang paling penting, jangan lupa ibu bapa, guru dan mereka yang menjadi tulang belakang anda selama ini.

So, mulai saat ini sudah boleh la merancang hala tuju. Bagi aku, pilihlah jalan yang kita minat bukan ikut orang sebab nanti kita juga yang merana kot. Kalau kita minat bidang perguruan, teruskan dengan minat itu dan sama juga dengan bidang-bidang lain. Dapatkanlah nasihat dari mereka yang berpengalaman dan keputusan tetap dari diri sendiri. Dah tercakap motivasi pulak.

Sepanjang tahun 2010 juga, aku sempat bersama-sama menyertai program yang melibatkan calon SPM 2010 seperti dari SMK (Agama) Kuala Abang, Kem Extravaganza Skor Bestari 2010, Kem Motivasi SMK Semenchu serta Khimat Pendidikan Sekolah Tinggi Kluang & Seri Lalang. Semoga adik-adik semua sukses dan bersyukur dengan keputusan yang di perolehi :). Selepas ini banyak lah iklan-iklan biasiswa untuk dipohon. Jangan ketinggalan.....
~teringat zaman persekolahan di MRSM Taiping~

19 comments:

::nuRuLaDHar:: said...

uwaaaaa...rendu zaman skola dolu2..huk3

NaNaSaHiR DaTaNg KoMeN.. said...

nana pun rindu zaman cinta monyet dulu2...heheheh

Abu Talib said...

Tahniah bagi adik-adik lepasan SPM tahun 2010...semoga berjaya mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang :)

apik pehe said...

tahniah kepada yang berjaya..hehe..mmg waktu sekolah la yang paling manis dalam hidop..hehe

mrs Gee :) said...

tahniah pada yg berjaya dengan cemerlang.. sekolah, best.. teramatlah rugi dan sedih bg yg liat and xnak sekolah kat luar sana..

BezBuddy said...

budak mrsm gak ke?hehe..budak mrsm taiping ni mst hebat2 :D

mommylavender said...

wahhh~ dari mrsm taping...top tu kan mesti result pun ngetop kan~ tahniah!!!!

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ nuruladhar : rindu kan~~ :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ nanasahir datang komen : wah..cinta monyet zaman sekolah..memang best..wee

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Abu Talib : insyaAllah... yg penting usaha, tawakal dan doa kan~~

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ apik pehe : ...seronok kan mase sekolah..macam-macam bende yg x logik kita buat :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ mrs Gee : ...best sangat...kalau boleh nak ke sekolah belaja balik..boleh wat giler2 lagi ...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ BezBuddy :...yup...saya budak MRSM..3 tahun di gerik 2 tahun di Taiping...biase2 jer :)

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ mommylavender :...haha..tahun nie Taiping no 3 ranking MRSM :)

ataicha said...

dak sekarang dah terlalu bijak.. huhuhu

tehr said...

adik2 yang kurang berjaya tu
usah kecewa sangat
dunia belum kiamat dan peluang masih banyak

fatien ! said...

fuyoo~ hebat woo result at atas tuh :)

sueRAFE said...

sobsobsob, sedih~ nak jugak masuk mrsm. :'(

zalizalu said...

wah.. mengimbau kenangan lama... kekekeke.... tapi aku tak suka zaman skolah aku.. nak2 time spm... sebab kena tampar ngan sorang bdak pompuan.. kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...