Pages

Monday, May 16, 2011

:-: Selamat Hari Guru ; Pada Bahu Ini :-:

Pada bahu ini,
Yang digelarkan cikgu,

Diletakkan seribu harapan

Oleh ibu oleh bapa yang datang

Dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa

Disandar jua
"Cikgu, anak saya tidak pandai!

Wahai cikgu tunjukkanlah dia!

Berapa ribu saya sanggup sediakan!

Cuma diharap dia mara kehadapan!

Maksudnya dalam pelajaran!
"


Cikgu dengan wajah girang
Terima tanggungan yang bukan kepalang

Harapan besar akan ditunaikan
Lalu anak-anak yang tiada dosanya

Dicalit pelbagai warna

Dicampur-aduk dengan seribu ragam

Di sekolah cikgu kata itu

Di rumah ibu kata ini

Di jalan kawan kata itu

Di dalam bas abang kata ini

Banyak kali jua TV kata sana

Warna-warna itulah bercelaru di kepalanya

Warna-warna itulah menjadikan Cikgu

kadang-kadang keliru dalam membantu

kadang-kadang membuatkan ayah keliru
Dan kepala anak menjadi satu


Lalu pada bahu ini seorang Cikgu

menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang

memilih warna yang semakin sukar diadukan

Dan selepas habis segalanya

Jiwa raganya, semangat nuraninya

Malah dirinya diberikan untuk mendidik anak bangsanya

Dan di hari kejayaan, si ibu berkata :
"Anak saya pintar dan rajin...

Sebab itulah dia berjaya !!
"


Dan di hari kegagalan, si ibu pun berkata :

"Cikgunya malas-malas belaka...

Tidak pandai mengajar...

Lantas anak saya gagal
!!"


Tak apalah cikgu

Semua mereka itu anak-anak orang

Cikgu hanya menumpang tuah
Kiranya
Suatu masa nanti bangsa ini dapat
Bangun
Berdiri megah dengan anak watan
Dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam...

Aku amat terharu setiap kali membacakan puisi ini. Puisi ini aku kongsikan dengan korang semua adalah nukilan cikgu aku kalau tak silap dan dimuatkan dalam majalah maktab aku setiap tahun. Dan dikesempatan ini, sempena Hari Guru 2011 ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru aku yang pernah mengajar dan mendidik aku untuk menjadi seorang manusia.

Dan teristimewa buat cikgu-cikgu dari SK Lambor Kiri (1994-1999), SMK Lambor Kiri (Januari-Mac 2000), SMK Raja Chulan, Ipoh (April 2000), MRSM Gerik (2000-2002) serta MRSM Taiping (2003-2004) aku ucapkan jutaan TERIMA KASIH.


~~Geng : Biler nak ReU lagi???~~

19 comments:

NURUL NAJWA said...

hehe.. bestnye puisi ni.. saya hayati sungguh.. :D

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Nurul Najwa :
masih terngiang2 suara ustaz sy mase membacekan puisi ini mase sekolah dulu..sungguh terharu mase masuk content yg saya boldkan itu

ejoy said...

klu anak yang malas xperlu la salahkan cikgu sepatutnya mak bapak perlu disalahkan ...

cunndaa said...

hepy teacher's day...

Belog Cik Peanut said...

kalau x kerana cikgu, takkanya kiter pandai serta merta ;B

selamat hari guru

AHLAN WAHSAHLAN YA MARHABAN said...

Hadirnya seorabg guru ditunggu
Hilangnya dirindu
Ilmunya diburu
nasihatnya diseru
Dan tingkahlakunya ditiru
(yang elok je tau)
Tanpanya siapalah kita ni...

Unknown said...

selamat hari guru..best puisi tu

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ to all :
Selamat Hari Guru... Guru bukan sahaja cikgu yg kita panggil di sekolah, namunsemua insan yg mencurahkan ilmu buat diri kita :)

nuriz said...

selamat hari guru, guru umpama lilin yang membakar

Muttallif said...

Setinggi tinggi capainya kejayaan seseorang, itu kerana ilmu...terima kasih cikgu

org muo said...

ni anak murid yg baik..ingat kat cikgu :)

Pesona Algebra said...

cikgu ker? huhuhu
Slmt hr guru

Nasz said...

puisi yang sangat baik...rasa nak menangis bila baca..

KEMPEN JOM BERTUKAR LINK ...

cik wanie Lovela (CWL) said...

folow ini blog

Siti Aziz said...

selamat hari guru tuk cikgu2 semua ^_^V

Abu Bagi said...

slmt hari guru

sud@is said...

hebatnya sajak cikgu tuh...

Diari Si Froggie said...

setuju pada rangkap ke dua dan akhir sekali..
suka dengan ayat-ayat yang digunakan..
selamat hari guru =)

Unknown said...

slm,

sy pernah guna sajak ni masa sy form 1.. dpt no 1 n pergi ke peringkat daerah. sajak ni jugak sy gune time matric. now skg sy dh jd lecturer n mgkin sy akn gune sajak ni utk students sy...

smpi skg sy igt sajak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...