Pages

Sunday, January 2, 2011

Populariti Harimau Muda yang Urmphh

nampaknya setelah hampir seminggu berlalunya final AFF Cup 2010, demam bola sepak di negara kita ini masih belum reda. memang suatu petanda baik demi masa depan bola sepak negara kan. pergh dah cam ahli politik pulak aku bercakap. kalau korang tak percaya, korang belek-belek la surat khabar, tak pun tengok dekat blog-blog. semua masih bercakap pasal pemain muda Harimau Malaya kita. sebut pasal Harimau Malaya, ada pula segelintir yang mempertikaikan penggunaan gelaran Harimau Malaya ini kerana tidak mencerminkan semangat satu Malaysia yang mana Harimau Malaya ini merujuk kepada semenanjung Malaysia sahaja. erm..aku tak nak komen sangat la pasal isu ini sebab bagi aku, kalau dah namanya Harimau Malaya, dah meliputi seluruh Malaysia termasuk la daripada kepulauan borneo. tapi kalau tukar jadi Harimau Malaysia pun ok jugak kan. sedap gak bunyi nya :)
harimau yang bakal mengaum lagi untuk tahun 2011
aku tertarik dengan satu artikel daripada Harian Metro hari ini berkaitan dengan populariti yang diterima oleh barisan Harimau Muda kita. cerita berkaitan dengan WAGs (Wife and Girlfriend) yang selalu dikaitkan dengan pemain EPL. pergh...sampai macam tue sekali tempias dan bahang kesan daripada kemenangan dalam AFF Cup lepas. memang saham Harimau Muda kita nie melonjak-lonjak naik la kan. nama-nama Khairul Fahmi, Sharul Idlan, Safee Sali, Mohd Muslim dan ramai lagi memang disebut-sebut setiap hari la. nasib la badan. memang rezeki dieorngkan.
barisan muda Harimau Malaya kita
dah la populariti mereka tiba-tiba naik mendadak, lepas nie confirm-confirm dapat durian runtuh yang beriban-riban kan. daripada tabung amanah yang dikumpul, wang kemenangan, imbuhan daripada FAM sendiri, mungkin daripada kerajaan sehinggalah kepada kerajaan negeri itu sendiri. maca, yang diterima oleh pemain yang lahir daripada Terengganu. memang berbaloi-baloi la usaha dan keringat mereka untuk negara kan. bila la aku dapat sumbangkan sesuatu macam dieorng nie untuk Malaysia :(
kenangan manis bersama Piala kan!!
satu jer harapan daripada aku dah seluruh rakyat Malaysia mungkin supaya Harimau Muda kita ini tidak terlena dengan populariti serta sanjunngan dan imbuhan yang diberikan. jadikanlah semua itu motivasi diri sendiri untuk terus menempa kejayaan di masa hadapan. sekalung tahniah diucapkan sekali lagi buat barisan Harimau Malaya kita yang masih muda itu..

~Tanah Tumpahnya Darahku~

9 comments:

@imey said...

minat dngn muslim :)

raingers said...

terbaek :)
malaysia boleh XD

rinie din said...

sekarang jadi minat kat team harimau... harap dorang baiki lagi prestasi... training lagi

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ @imey :...same la..aku pun minat gak tngok die main...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ raingers :...yergh...Malaysia Boleh...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ rinie din :...betul betul...tingkatkan prestasi

NomborSebelas said...

tanah tumpah darahku :P

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ sebelas :..tu dia..lagu negaraku kan~

Unknown said...

bangga bila Malaysia semakin menjulang naik...

IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik

LabiLabi da follow kamu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...