Pages

Sunday, December 5, 2010

Sekitar kursus Pengurusan

ooops..rasanya dah lama tak on9 nie..dngn FB yang berlambak noti, nganblog yg hampir bersawang..sedar-sedar dah bulan 12 rupenye..dalam 5 hari jugak la aku tak dpt nak on9..bukan sebab apa..aku join Kursus Pengurusan Persatuan / Kelab / JKM UTM 2011. Kursus ini dijalankan utk pemimpin kelab-kelab dah persatuan di UTM sebagai pendedahan dan pemantapan utk pemimpin ini menguruskan organisasi mereka.
banner program
Kursus in dijalankan selama 5 hari dari 1 Dis - 5 Dis dan dijalankan selama 2 fasa..fasa pertama dijalankan di UTM dan fasa kedua dijalankan di Puteri Resort, Melaka. aku pergi dibawah tiket Kelab Kaunseling Dan Kerjaya (KKDK) bersama dngn Aiman & As. walaupun kelab di UTM hampir 85 buah kelab, namun hanya 40 buah kelab sahaja yang menghantar wakil tetapi kemeriahan dan kelancaran perjalanan kursus ini tidak menjadi masalah.
delegasi Kelab Kaunseling Dan Kerjaya - Aiman, Asz, Azzam (aku ler tue)
Kumpulan 9 - Pisang Masak Kari (kumpulan aku ler tue)
memang suatu keuntungan bagi kami para peserta kursus ini dimana pihak urusetia iaitu pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA) UTM merancang program ini dngn amat menarik dalam membawa transformasi baru seperti dalam perancangan UTM. walaupun kami hanya barisan pemimpin mahasiswa, namun pengisian yang dirancang amat berbeza dimana kursus ini turut membawa Prof Emeritus Syed Mohd Famy bin Syed Mansor, mantan Timbalan Naib Canselor UTM sebagai fasilitator. ilmu yang dikongsi oleh beliau memang amat berguna sekali kepada peserta dalam membentuk transformasi baru.
barisan speaker - sorry to Prof Emeritus...tak de gambar...khusyuk sngt kot
selain daripada Prof Syed, para pegawai drpd pejabat HEMA turut berkongsi ilmu dan maklumat penting kepada kami sebagai pemimpin persatuan dalam merancang dan melaksana program-program mahasiswa. apa yang menariknya, pelbagai isu berbangkit dapat diselesaikan dan ketidakjelasan kami terhadap dasar dan cara yang betul dalam memohon kelulusan program terjawab. so, aku share r sikit-sikit gambar gelagat peserta..nk share bnyk tak dpt..x sempat nak bergambar..so check it out..
menurut HEMA, selapas ini bakal menyusul pelbagai lagi program dalam membentuk pemimpin persatuan bagi menjayakan Model Pelan Transformasi Pembanguna Mahasiswa UTM. jumpa lagi kawan-kawan :)

7 comments:

Dkna Abza said...

teringat zaman skolah dulu...mcm2 xtvt ada.. kenangan yg terindah ketika bersama kwn2 belajar mengejar cita2 :)

sud@is said...

best sekali sekala p kursus
tingkatkat semangat,,, aha..sampai tertido..
boring ke penat..hehe

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Adylia Qarissa :...hehe..zaman sekolah ngan zaman u same ke??huhu

Mustaffa Khairul Azzam said...

lame dah x jadi peserta nie...memang seronok gak sekali sekala jadi peserta...erm..tue tertdo tue sebab lame tunggu bas bk blk johor...

suka_haha said...

bestnye mandi kolam hehehe...
jemput ke sini ye

Anonymous said...

memang program2 latihan dan kursus mesti sentiasa dianjurkan supaya kepimpinan kelab dan persatuan sentiasa siap siaga untuk melaksanakan amanah kepimpinannya.


jemput baca : Memanfaatkan Masa Berkualiti

Cempakamelati said...

Hmmm aktiviti yang bermanfaat...kesian..ramai yang kepenatan sampai tertidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...