Pages

Thursday, December 23, 2010

Final AFF Suzuki Cup

menjelangnya perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia pada hari Ahad ini, saban hari media kedua-dua negara rancak memperkatakan perihal kedua-dua kekuatan dan peluang pasukan masing-masing. tak percaya, sila beli surat khabar. memang suatu fenomena yang menarik kerana perang psikologi awal kedua-dua negara amat menarik. tambahan pula dengan adanya laman Facebook dan pelbagai lagi media elektronik, menambahkan lagi kerancakan perlawanan akhir yang diadakan secara timbal balik ini. Sebelum itu, hari ini tiket perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah mula dijual. erm..aku hanya mampu menyaksikan di kaca TV je la memandangkan pada tarikh tu aku berada di Port Dickson. tapi semangat 'Malaysia, Tanah Tumpah Darahku' tetap membara dalam diri :)dengan kejayaan pertama menjejak ke aksi final setelah 14 tahun, pasukan Harimau kita kali ini boleh dikatakan seperti pasukan Sepanyol dalam aksi Piala Dunia lepas [petikan daripada KOSMO] yang tewas pada perlawanan pertama tapi bangkit untuk perlawanan seterusnya sehingga menjulang piala dunia. semoga pasukan Harimau kita juga seperti itu akhirnya. dengan imbuhan yang semakin meningkat, semoga dijadikan sebagai motivasi kepada setiap pemain kita untuk menggapai kejayaan dan bukan menyerah kalah dengan mudah. kalau tewas, biarlah tewas dengan bermaruah bukan dengan budaya gaduh-gaduh atau emotional.

perang psikologi antara penyokong kedua-dua pasukan juga turut hangat dan semakin panas. korang semua search jer di FB, confirm ada pages yang rancak berbincang. memang tidak keterlaluan dikatakan bahawa fans kedua-dua negara amat membackup pasukan masing-masing. budaya ini memang harus diberi pujian namun janganlah sampai memburukkan pasukan satu lagi kan. kepada fans Harimau ini, jangan terikut-ikut dengan provokasi mereka. biar kita dengan cara kita yang memberi semangat dan motivasi tanpa jemu dan mengutuk pasukan lawan. BOLEH????mesti boleh kan..disini, aku nak seru lah kepada rakyat Malaysia yang berdekatan dngn SNBJ, pergilah sokong pasukan Harimau kita pada aksi pertama final AFF Suzuki Cup ini pada 26 Disember ini. Jika ada duit lebih, boleh sokong pada aksi kedua di Jakarta pada 29 Disember.hehe. kepada team Malaysia ini, kalah menang adat pertaningan. kami harap anda semua dapat menunjukkan aksi permainan yang menarik seperti dalam Semi final menetang Vietnam yang lepas. good luck untuk K.Rajagopal dan Safee Ali serta rakan-rakan - mus @azzam

~~MALAYSIA..tanah tumpahnya darahku~~

10 comments:

Cempakamelati said...

Semoga Malaysia menang....Malaysia boleh!!!!

Zasillah Ariffin said...

adeiii...mmg sokong malaysia...tapi bila tengok diorang main tue emosi betullah...sakit jiwa pun ada...huhuhu

Unknown said...

kemon malaysia!!!

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ CempakaMelati :..yeay..ayuh berikan sorakan yg penuh semangat

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ armouris :..yeay..Malayisa boleh..ayuh..kite sorakkan Malaysia boleh kuat2..

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Sheila Latiff :..erm...dieorng mase mude.mungkin aspek emosi plak lepas nie kene tekankan oleh FAM..ape2 pun..Malaysia Boleh~~

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ nub :...yok bro...semarakkan alunan Malaysia Boleh kuat2..

Awang Hafiz said...

macam nk pergi, tapi takut tak sempat pasal ada komitmen hari sabtu tu

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Awang Hafiz :..tue bukan sabtu la bro..ahad...hoho...

sud@is said...

agak2 malaysia boleh benam x ...
kita tunggu sapa bena sapa

harap2 msia boleh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...