Pages

Sunday, July 22, 2012

eXtraVaganza 2012 - Bahagian 2 MANTAP

ok... ini adalah sambungan cerita sebelum ini. Untuk entri ini, aku nak sambung cerita eXtraVaganza untuk Part 2. Dah macam cerita Harry Potter plak kan. Ade Part 1, Part 2. By the way, macam aku inform sebelum ini, part 2 ini alah khusus untuk calon SPM pulak.
sekali lagi... banner gergasi eXtraVaganza 2012

Seriusly, XV'12 - Part 2 ini memang aku amat bersemangat giler nak datang. Cuti dah apply awal-awal dan boleh dikatakan kalau ada laut memisahkan antara K.L dan J.B, aku sanggup berenang... nie gara-gara ada sebilangan kecil bekas peserta eXtraVaganza 2010 dulu la.. Sekarang dah naik Form 5 kan....

Kalau XV'10, aku ketua fasi, untuk XV'12 - PArt 2 ini, Aiman Hakim pulak yang jadi Ketua Fasi...
Ketua Fasi XV'12 dan Ketua Fasi XV'10 (aku la tue!!!)
so, sekali lagi, aku jadi fasi kumpulan. Kalau Part 1, aku bersama Kak Malin, kali ini aku dipasangkan dengan Kak Haja. wooo... seriusly urus setia XV'12 nie saje betul nak suruh 'Otai' nie kasi 'ajar' dia...hehehe... Aku on jer, Fasi kan kena flexible !!!

Nie dia... Haja yang merangkap partner aku untuk Laicikang

Untuk kali ini juga, aku diamanahkan untuk menjaga Pendaftaran bersama Jannah.. :) . Kombinasi yang mantap bila urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Dan duduk jaga pendaftaran, macam jaga front desk gak la... Awal-awal lagi ada ex-peserta 2010 datang tegur aku....*wink wink....tetiba kenangan 2010 berputar-putar !!!!


Secara keseluruhan, aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini lebih kurang sama jer dengan PArt 2 hari tue. Tapi untuk kali ini, sedikit perubahan dibuat untuk slot jungle trekking dengan menggantikan dengan 'Slot Password'

Jom, kita ushar dulu apa yang terjadi dari mula-mula sehingga tamat.

Macam biasa..sesi pengenalan para fasilitator
Slot pertama, macam biasa - Ice-breaking... istimewanya ice-breaking untuk XV'12 ini adalah rata-rata peserta tertipu dengan kewujudan klue di fail mereka bagi sesi pembentukkan kumpulan.

Selepas makan malam dan solat Maghrib, slot teknik menjawab soalan peperiksaan mengambil tempat...erm semua nya diuruskan oleh Tutor Skor Bestari kecuali set up kawasan.

Selepas minum malam, aktiviti kedua - First War @ War games... cam ner cara main ???? Rahsia.. hanya mereka sahaja yang terlibat yang tahu :)
seronok dalam War Games yer..
Saat pulang dari medan Perang
Aku amat berbangga dengan anak buah aku - Laicikang @ Grey kerana berjaya merampas 4 bendera !!! Tahniah guys... selepas ditindas oleh Awan Nano kan!!!!

Taman aktiviti malam, terus tidur dan fasi, masa untuk post mortem !!!

Aktiviti pagi hari kedua dimulakan dengan sambungan teknik menjawab soalan. Macam biasa, fasi hanya memantau pergerakan slot sahaja.

Kalau eXtraVaganza 2012 - Part 1 ada jungle trekking, untuk Part 2 telah diganti dengan Aktiviti Password. Merungkai jawapan melalui soalan daripada Detektif Conan!!!
cubaan memecahkan Password
Detektif sedang mencuba pecahkan kod rahsia
strategi..how ???
Ada yang berjaya merungkai, ada juga yang tidak berjaya. Okey, sebelum terlupa, mari kita lihat serba sedikit suasana ketika Sultan negara menjajah negara lain.

Dan semestinya, negara Laicikang menjadi sasaran 9 negara lain. Sebab apa ????? itu kena dijawab oleh Sultan dan anak-anal buah mereka. Penasihat Sultan hanya tersenyum sahaja!!!!
tue dia... Sultan yang dimusuhi banyak negara

saat panas...sesi jajah negara 
Sementara sesi semakan jawapan untuk aktiviti password dijalankan, 'otai-otai' Smart Camp turut mengisi masa terluang dengan Refreshment ringkas buat santapan peserta.
bila Otai ambil alih pentas, inilah jadinya!!!
Cop...iklan jap... inilah negara Laicikang aku. Sungguh bergaya abg fasinya....opss..
Nie dia... royal Family of Laicikang !!!!
Mereka inilah yang selalu menjadi taruhan untuk negara lain bagi merampas tanah jajahan Laicikang.... kesian.. peace yooooo!!!!
Laicikang yang ramai 'musuh' .. Ilham, kau tax de :P
Okey, teruskan dengan aktiviti kem.... Pizza Time....walawei... memang havoc giler bila setiap negara sedaya upaya menyiapkan pizza kegemaran petugas. Pada masa yang sama juga, mereka perlu mendekorasikan kedai Pizza maya mereka.. stressss
Bagus budak-budak ini beratur nak beli bahan Pizza
Lai lai..masing-masing fight untuk jual pizza
Ditambah pulak, ada geng Black Market menjual dan Membeli Pizza. Hahaha... memang ada yang kena tipu la dengan geng Black Market ini... pengajaran : ikutlah saluran yang betul!!!!
abang-abang Black Market...yeehaa
Sesi petang diteruskan dengan persiapan dan latihan untuk malam kebudayaan. Tugasan telah diberikan pada  awal kem. Masing-masing struggle kot nak menang... takut kena jajah!!!!
sesi latihan malam kebudayaan
Masanya telah tiba... inilah 3 negara yang aku rasa boleh tahan persembahan.... Kreativiti, kecomelan watak dan yang paling penting, 'bahan' untuk orang-orang tertentu... wakakaka
sweet sngat VC Blue City ini :P
Bila Nyamuk VS Gajah
Kasi gegar sikit :p
Kasi close up sikit tenaga untuk eXtraVaganza 2012 ini.... bersiap sedia untuk Night Walk...
Tenaga XV'12 bersama Tutor SB
Untuk Night Walk, trek diubah ke trek yang lain sedikit berbanding dengan Part 1 tempoh hari. Alasan ????
Biarlah rahsia....

Hari terakhir, dimulakan dengan eXplorace... Masa untuk mengajar peserta tentang sesuatu. Sekali lagi, aku kene jaga Check Point tugasan IQ sikit..tahu lah kan IQ aku tinggi, sampai kene jaga tugasan IQ.. bersama Zulic, terlebih dahulu kiteorang kenekan pra-tugasan... apa dia??

Yergh...tentulah menyanyi lagu 'ANAK ATAK TAK WA' / 'INIK ITIK TIK WI' / 'ONOK OTOK TOK WO' ataupun 'UNUK UTUK TUK WU' dan akhirnya kena pergi cium Tok Wi mereka...wakakaka
ala tomei-tomeinya mereka berposing
nah..dah kene explorace
Penat kot memikirkan apa tugasan yang perlu dilakukan...tapi jelas terpancar di muka aku yang suci ini, kepuasan dapat 'kenekan' mereka...heehheeee
cari idea untuk kenakan 'mereka'
Sebelum tamat juga, buat kali terakhir, peserta bersama fasilitator menyanyikan lagu tema eXtraVaganza 2012 - Part 2 ini...'Kau Di Hatiku'...sungguh bermakna buat family eXtraVaganza 2012 ini
Harum semerbak kasturi....
Sebelum berpisah, sebagai sedikit kenangan indah dalam kehidupan, semua peserta dan fasilitator memahatkan memori 3 hari 2 malam dalam sekeping gambar yang cukup bermakna!!!!!

Sayonara eXtraVaganza 2012...
Semoga adik-adik eXtraVaganza 2012 bakal mencipta sesuatu yang memberikan kemaslahatan kepada diri, keluarga, agama, negara dan bangsa. Kami doakan agar adik-adik ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Jumpa lagi..... Sayonara eXtraVaganza 2012....

1 comments:

syamem said...

mane gambar aku??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...