Pages

Saturday, March 19, 2011

.: Sudah tengok Battle L.A tak??? :.

Salam hujung minggu...apa plan anda semua di hujung minggu ini?? Pergi kenduri rumah orang kawen??? Shopping??? Rehat bersama family??? okey bagi aku, hari ini - Sabtu ; 1 hari akan bersama family Smart Camp dalam program Semua Sayang Smart Camp (3S) anjuran kelab Smart Camp kami la...tapi itu bukan careita yang hendak aku kongsi kali ini. Cerita 3S ini later erk!!!Kalau ramai peminat filem di Malaysia ini sedang rancak bercerita perihal filem epik Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studio, aku nak cerita pasal cerita aksi dari luar negara. Ha cuba teka cerita apa!!! Ya pandai...sudah tentu Battle Los Angeles.
Bagi aku, jujur aku cakap yang aku kurang sikit nak tengok cerita Melayu di panggung tapi bukan bermakna aku mengagungkan karya luar. Ada jugak aku tengok cerita Melayu di panggung macam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak pe la kakalu korang nak kata aku tak patriotik ke mesolitik ke ape ke...tapi aku membayar tiket untuk kepuasan menonton :)

Bagi aku Battle Los Angeles ini boleh la aku kasi 3.5/5 star. Dengan jalan cerita yang simple, senang aku nak tangkap. Dan yang paling penting tentulah aksi yang ingin dipaparkan. Sedikit sinopsis pasal cerita ini ; berkisar tentang peperangan antara manusia dan alien yang datang ke Bumi untuk menjajah sumber air. So, pasukan tentera bertungkus-lumus berusaha untuk menjaga keamanan Bumi daripada terus dikuasai oleh makhluk asing itu.

Okey ; cukup setakat itu sahaja aku punya huraian. Ingin tahu detail, pergilah tengok di pawagam berhampiran yer. Tapi aku amat tidak berpuas hati dengan ulasan daripada Utusan Malaysia mengenai filem ini. Memang setiap orang ada side view mereka tapi bagi aku ulasan daripada Utusan Malaysia ini teruk. Sorry to say!! Sila baca sini yer untuk membaca ulasan @ review daripada mereka.

~~Mau sambung xtvt 3S dengan xtvt berkayak pula~

5 comments:

Gen Fujita said...

Battle Of LA, plan nak tengok dalam minggu ni. Dah tengok baru boleh evaluate. Compare dengan Skyline, mana satu lagi hampeh. lol

Orked Desa said...

cik orked dah tgk filem ni ari jumaat lps...tp bg cik orked yg kurang 'arif' cam SYAZWAN ZAKARIAH dr utusan tu, cik orked suka citer ni...

bg cik orked, bkn stakat nak tgk kesan CGI ke ape mende ke, tp tgk ape moral of the story yg kite leh amik wpun dikatakan mencilok idea dr filem2 lain yg di tayangkan sebelum ni... tgk semangat juang, kerjasama, melaksanakan tanggungjwb dlm memastikan semua org selamat..

yer la..setiap org ade pandangan masing2...tp cik orked x kesah abiskan mase 2 jam dlm panggung tgk filem ni...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Gen Fujita : ....hehe..kalau ikutkan hampeh lagi la District 9 kot :P

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Orked Desa : sngt setuju la dngn pandangan cik orked...sepatutunya wartawan tue huraikan lah isu pasal moral..tengok mcm mnae tentera tue selagi boleh protect civillian padahal nyawa dieorng pun sedang terancam kan~~

chah said...

huhhhh....tak minatla citer2 g2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...