Pages

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25

wah...heboh kan sana sini bercerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJl25) yang berlangsung malam tadi. Aku pun tak ketinggalan menyaksikannya secara langsung dari kaca TV. Dengan keputusan yang penuh kontroversi menurut peminat-peminat muzik tanah air sehingga ada yang mengatakan terdapat lagu lain yang lebih layak. Bagi aku, kita kenalah terima kemenangan Ana Rafali tu dengan rela walaupun terpaksa. Sudah rezeki beliau untuk malam tersebut.
Untuk AJL25 ini, bagi aku sekali lagi TV3 telah meletakkan stesyen penyiaran tersebut sebagai mendahului stesyen-stesyen lain dalam menganjurkan pertandingan nyanyian yang begitu gah sekali kepada peminat muzik tanah air. Dengan pemilihan pengacara yang slumber serta pentas yang daboom, usaha ini wajar dipuji.
Gimik-gimik daripada artis yang bertanding juga apa kurangya. Dengan pentas yang agak besar dan canggih, pelbagai gimik dapat dilihat daripada persembahan semalam. Daripada aksi di kolam, aksi terbang, aksi dalam sangkar, aksi tamparan wanita dan pelbagai gimik lagi menunjukkan bahawa artis kita telah bersungguh-sungguh memastikan agar persembahan mereka diingati. Walaupun lagu kegemaran aku tak berjaya memenangi, tapi aku tetap berpuas hati dengan persembahan mereka. So, aku tinggalkan beberapa snapshot yang aku berjaya rakamkan daripada TV3 semalam. Zasss.....layan
Stacy dengan tarian seni bela diri...comel sangat
Faizal Tahir selepas keluar daripada kolam..mengejutkan
Adira dengan aksi flying..memang menambahkan kontroversi
Shahir yang telah ditampar oleh awek itu :)
dan dah tentu Yuna yang amat cun melecun dengan dressing beliau pada malam tersebut

13 comments:

Encik Tikus said...

boleh lah ajl25 nie , tapi sedih yuna tak menang woo

Ujang9897 said...

wow..FT gempak

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Encik Tikus : ...taw xpe..alahai Yunaku :p

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ Ujang9897 : FT???erm seriusly aku x berapa suka x berapa minat dngn FT nie...hoho

ADfeez said...

terima jelah.... tu keputusan nya... redha..:P

latest entri :
HIdup tanpa Facebook??? bleh ker???
AJL 25 yang kwang kwang kwang....

ASSOYFINGER67 said...

YUna cun Giler dan dressing yang anggun....

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ ADfeez :...erm sape kate x terima? hoho..wa x kesah sngt Ana Rafali tue menang..

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ bro assoY :..taw xpe...cun.. tengok mcm alien pun ade..tapi maintain cun :)

farah hairuddin said...

pergi tgok live ke/??huhu..yuna best!!syg gak x mng~!!jom tgok post sye k.

caliph shuriken said...

shahir kna panggg, huh...

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ farah hairuddin :.ha'ah..tengok live..tapi kat tv jer..bukan kat stadium..hoho

Mustaffa Khairul Azzam said...

@ caliph shuriken :...sian shahir kan..

ayen =D said...

tol tak yg pang shahir tu ialah nasha aziz? hahaha nampak mcm dia tapi entah-- marah aku dengan kameraman masa tu kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...