Pages

Monday, March 1, 2010

Permohonan DPLI 2010 Dibuka!!!

Nampaknya iklan permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2010 sudah diiklan pada semalam (28.02.2010). Mulai hari ini, (01.03.2010), sesiapa yang berminat boleh membeli nombor pin di BSN dengan harga RM 20.60 dan permohonan dibuka mulai jam 12.oo pm. Itu info serba sedikit.

Untuk kemasukan kali ini, pengkhusuan yang ditawarkan agak terhad. Hanya 6 IPTA sahaja yang menawarkan program ini. IPTA tersebut adalah USM (Bahasa Inggeris), UPM (Bahasa Inggeris, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian), UIAM (Bahasa Inggeris), UMS (Geografi, Bahasa Inggeris), UiTM (Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Seni, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan) serta UPSI (Sejarah, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan/Perniagaan).

So, kepada yang berminat untuk memohon bolehlah segera membeli no pin dan memohon di http://upu.mohe.gov.my/ dn tarikh tutup permohonan adalah 16 Mac 2010. Keterangan lanjut boleh layari laman web tersebut atau hubungi No. Tel: 03-88835801/5802/5858.


10 comments:

Jard The Great said...

hehehe.. thanks for the info

Mustaffa Khairul Azzam said...

welcome....kursus yg di ofer agak terhad..
susah nk dpt kot kalau ijazah x related

ila-ali said...

Rasanya dah tak layak nak mohon..huhuhu!

MiYOKO SuKi said...

most of them b.inggeris laa...
skang ni, mmg byk ke nk guna teacher...
anyway, thx for the info

Mustaffa Khairul Azzam said...

yus kursus b.i bnyk...
susah nk ckp la kementerian nk gune bnyk teacher ke x...tapi kalau b.i nie memang agak kritikal...

Anonymous said...

cam x seuai je nak mohon.....cos amik engine...
takut wat rugi aje...hurmm....

Mustaffa Khairul Azzam said...

same la kite...ingat ade la cos teknikal...
b4 nie ade....skarang terhad plak.

Evi LoLyta said...

salam ziarah

rizal jabai said...

ni tok sambungan ijazah ke?

Anonymous said...

aah...nape la xbanyak kursus yg ditawarkan....hurm...concerntarting on finance,major in economics..ttbe uia hanya ditawarkan bahasa inggeris...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...