Pages

Wednesday, March 31, 2010

Kembali dr Dungun

Setelah berkampung di SMKA Kuala Abang, Dungun selama 3 hari, akhirnya pulang juga ke Johor. Pelbagai pengalaman menarik di sana. Apa-apa pun, cabaran menghandle program kepimpinan di sebuah sekolah agama amat menarik. Selain daripada latar belakang, masalah bahasa juga menjadi cabaran namun semuanya masih berjalan dgn lancar. Nikmatilah gambar-gambar ini







lagi gambar SMKAKA

Monday, March 22, 2010

Out to Dungun (26-29 March) - SMK Agama Kuala Abang


Dah macam cikgu kaunselor pulak aku 2,3 minggu nie. Padahal masih lagi bergelar pelajar IPT. Weekend lepas berjalan-jalan pergi Angsana.. Konon nak tengok jelajah ABP. Ye la...2 minggu dah asyik-asyik out pergi aktiviti luar. Minggu nie pulak pergi SMK Agama Kuala Abang utk Kem Kepimpinan Pelajar sekolah tue... Letih tue tak yah cakap la tapi best. Selain dapat membantu serba sedikit pelajar (kalau objektif tercapai la...), melalui aktiviti inilah yg mengajar aku jadi lebih confident dalam berhadapan dngn pelbagai situasi. SMK Agama Kuala Abang, tunggu kedatangan kami dari Skudai pada weekend nanti.

Antara sekolah yang telah aku pergi berprogram : SMK Layang-Layang,Kulai, SMK SETA,JB , SK Taman Desa Skudai, Sk Maju Jaya, MRSM Muar, SM Teknik JB dll dan bulan 4 dan 5 ada lagi 3 buah sekolah dalam perancangan. Seronok dpt berkongsi pengalaman dan membantu serba sedikit adik-adik ini dalam mencorak tujuan meraka.

p/s : ramai betul yg menganggap aku nie cikgu...tapi tak pe la...maybe one day betul-betul jadi :)

Thursday, March 18, 2010

Sekitar Program Motivasi di SK LKTP Medoi

Lamanya tak updates blog nie... Pada 12,13 14 Mac lepas, kami dari Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK UTM Skudai) telah dijemput utk bersama-sama pihak SK LKTP Medoi, Segamat dlm menjayakan aktiviti Sambutan Maulidur Rasul & Motivasi UPSR. Kami dari KKDK amat berbesar hati dapat memberikan dan menyediakan pelbagai aktiviti utk para pelajar yg bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Dgnn layanan pihak sekolah dan penduduk FELDA Medoi yg boleh dikatakan 1st class, aku rasa amat bertuah sekali dpt bersama-sama mereka selama 3 hari. InsyaAllah, kami akan terys menjalinkan kerjasama antara 2 hala bersama mereka dlm membantu adik-adik yg bakal menghadapi UPSR.

So, Layanlah la gambar-gambar nie.. utk gambar laen-laen,boleh tengok kat FB..
-gambar program Motivasi SK LKTP Medoi-
Nie la program motivasi paling best yang pernah aku handle & join.. Thanx guy..


~~di majlis penutup...

~~bersama Latiff, pelajar tahun 6 SK LKTP Medoia

~~cikgu Sulaiman dan YDP PIBG

~~sekitar treasure hunt...best...

~~fasi-fasi yg telah memprankkan ketua fasi mereka...thanx guys!!

~~barisan fasi utk perang putih :)

~~selepas perang putih..

Sunday, March 14, 2010

aku yg di'prank'kan

14-03-2010 : suatu tarikh yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku. aku telah di'prank'kan semperna bufday yg ke-23. dan mereka yg mem'prank'kan aku nie memang pelakon TERBAEEEEEKKKKK. hampir luruh jantung nie biler pelakon2 nie berlakon dngn penuh semangat..'melarikan' seoarng adik-adik fasi aku mase xtvt nite walk dlm hutan mase program 'Motivasi UPSR SK LKTP Medoi, Segamat' memang menguji mental aku..ye la..adik-adik ini telah dipertanggungjawabkan utk aku menjaganye sepanjg 3 hari.tup tup 'hilang'..memang terbaek la cikgu-cikgu, pasukan RELA, penduduk kg Felda Medoi, pak guard, pengerusi PIBG, polis yg merangkap bapa pelajar 'hilang' serta tok dalang, anak buah aku sendiri ---> fasi program... seriusly aku tak sangka korang prank aku smpai mcm tue skali...dlm korang me'prank'kan aku, aku dpt belajar sesuatu yg amat penting dan korang semua takkan aku lupakan...tQ..sangat sayang kamu :)

gambar menyusul kemudian...apa-apa pun, aku tak kan tak kan tak kan lupakan tarik keramat ini...love kamu semua..

Wednesday, March 10, 2010

Team Building Culture 2010 BEST!!!


Letih..letih dan letih....tue jer yg mampu diucapakan sepanjang 3 hari 2 malam bercamping di FRIM, Kepong.. Macam-macam aktiviti telah dijalankan...peserta pulak memang sempoi abez..memang best r korang.. FAsi pulak, tak ingat dunia betul dok sana..mantap-mantap tol korang..
biarlah gamba2 nie jer yg menerangkan...




Friday, March 5, 2010

Out 5-7 March 2010



Acara Tahunan KKDK UTM kembali lagi. TeamBuildingCulture 2010 (TBC2010) akan dijalankan pada hujung minggu ini di FRIM Selayang. Tahun lepas TBC ini diadakan di Dusun Eco Resort,Bentong, Pahang. Kena jadi fasi lagi...adus....

Adakah activiti seperti ini akan dilakukan lagi

Ataupun ini

akan dijalankan lagi???Tunggu. Yang pasti kami telah melakukan yang terbaik dan kali ini team lain pulak yang akan dubuli mental & fizikal mereka.



p/s : jatuh la trafik aku untuk 3 hari ini...akan ku cuba mencuri masa utk ber blogwalking

Monday, March 1, 2010

Permohonan DPLI 2010 Dibuka!!!

Nampaknya iklan permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) ambilan Julai 2010 sudah diiklan pada semalam (28.02.2010). Mulai hari ini, (01.03.2010), sesiapa yang berminat boleh membeli nombor pin di BSN dengan harga RM 20.60 dan permohonan dibuka mulai jam 12.oo pm. Itu info serba sedikit.

Untuk kemasukan kali ini, pengkhusuan yang ditawarkan agak terhad. Hanya 6 IPTA sahaja yang menawarkan program ini. IPTA tersebut adalah USM (Bahasa Inggeris), UPM (Bahasa Inggeris, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian), UIAM (Bahasa Inggeris), UMS (Geografi, Bahasa Inggeris), UiTM (Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Seni, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan) serta UPSI (Sejarah, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Perdagangan & Keusahawan, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan/Perniagaan).

So, kepada yang berminat untuk memohon bolehlah segera membeli no pin dan memohon di http://upu.mohe.gov.my/ dn tarikh tutup permohonan adalah 16 Mac 2010. Keterangan lanjut boleh layari laman web tersebut atau hubungi No. Tel: 03-88835801/5802/5858.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...