Pages

Thursday, March 10, 2011

.: Iklan : Jemputan Menyertai Program My Personality My Future "Mind Power" :.

Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai satu program berbentuk motivasi diri yang dianjurkan oleh Pusat Kaunseling & Kerjaya, UTM Johor Bahru yang bertajuk "Mind Power" yang bakal disampaikan oleh seorang motivator terkenal ; Encik Osman Affan. Kepada mereka yang ingin mengenali lebih dekat siapa Osman Affan itu, boleh layari Fanpage beliau.
Terdapat 3 slot penting yang bakal dijalankan oleh beliau bersama-sama team beliau. Secara ringkasnya, slot tersebut adalah :

Slot 1 : Mind Power - Membina Minda Cemerlang
Objektif : Memahami kepentingan kekuatan minda untuk menjadi mahasiswa/i cemerlang.
Aktiviti : Latihan dalam nota. Perbincangan dan tayangan Video-video pendek.
Skill : Teknik "self Motivation", dan teknik menulis matlamat.
Skill : Teknik Law of Attraction : Gratitude & Visualisation.

Slot 2 : Membina Sikap Asertif dalam Belajar
Objektif : 1) Mewujudkan rasa tanggungjawab untuk belajar dan bijaksana dalam
memberikan prioriti untuk fokus pada pelajaran dalam diri mahasiswa/i
berbanding aktiviti seharian lain.
2) Mewujudkan celik akal dalam diri peserta bahawa mereka mempunyai potensi
untuk cemerlang dalamakademik jika mereka memberi fokus untuk berjaya
3) Memperkenal dan mengaplikasi teknik mudah untuk belajar seperti :
Konsep Bahasa Memori, Akronim, Akrostik dan Audionim ; Teknik cerita
kreatif dan Flash Card ; Teknik Nombor Ceria

Slot 3 : Membina Ketahanan Diri (Resilience) Dalam Belajar
Objektif : 1) Membina keyakinan dan jati diri yang mantap dalam diri peserta supaya tidak
mudah berputus asa.
2) Memberi ilmu dan kemahiran berkaitan teknik pengurusan diri dan masa
berkesan meliputi tanggungjawab pada diri, tuntutan akademik tugasan
persatuan/organisasi, dan ahli masyarakat.
3) Berkongsi ilmu berkaitan teknik asas pengurusan tekanan dan komunikasi
berkesan.
Yuran penyertaan adalah RM 10 sahaja yang meliputi pakej makan minum, sijil dan bahan ceramah (kebiasaan yuran penyertaan adalah RM20++). Tempat adalah terhad. Inilah peluang bagi anda diluar sana untuk meningkatkan motivasi belajar dalam diri anda. Ayuh sertainya.

Segala maklumat yang lengkap terdapat dalam poster ataupun anda boleh melayari Fanpage PKK. Dan jika anda malas nak tanya mereka, boleh terus bertanyakan melalui saya (^_^) melalui komen pun boleh. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa yang berminat dan keutamaan diberikan kepada mahasiswa UTM.

1 comments:

Adlan said...

oh..kat UTm laa...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...