Pages

Thursday, April 18, 2013

Travelog Sabah V2.0 : Hari Pertama

Untuk kali ini, aku cuba ringkaskan perjalanan untuk hari pertama Holiday @K.K. Flight kami seperti yang diceritakan pada entri lepas, Malindo Air menjadi pilihan kami.

Seawal jam 5.00 a.m, 5 April 2013 kami bertolak ke KLIA. Operasi Malindo Air ini di KLIA ya. Kami hampir tersilap lokasi apabila ayah Faiz, mungkin tersalah dengar :). Hampir sampai ke LCCT, baru Faiz mengingatkan kembali bahawa flight kami di KLIA. Sepantas kilat, bapa Faiz memecut. 

Departure time kami dari KLIA jam 6.50 a.m. Kami sampai di KKIA 1 jam 9.15 am. Sekali lagi ditekankan, Malindo Air di Sabah beroperasi di KKIA 1, bukan KKIA 2. Maklum la.. AA tak bagi kot :)

Sampai di KKIA 1, brother kereta sewa kami sudah tunggu. Ya, myVI sedang menanti. Desuuup, terus bergerak ke Bandar Kota Kinabalu. 
Walkaway di sekitar kawasan Jeti tepi laut
Lokasi pertama, kami berpusing-pusing sebentar di sekitar K.K sebelum berhenti di tepi jalan. Sekitar kawasan jeti kot. Walaupun jam baru 10 a.m, cuacanya sangat panas. Menghirup udara sambil bergambar.

Perut sudah lapar. Pusing-pusing lagi. Muka Uncle Tua KFC bermain-main di mata kami kerana sangat banyak outletnya di K.K. Memandangkan perut sangat lapar, lokasi yang dipilih di Wisma Merdeka.
Wisma Merdeka, gambar di ambil daripada web Sabah Edu
Sila tetapkan mindset anda. Anda berada di Kota Kinabalu. Oh, harga KFC nya pun turut berbeza dari Semenanjung. Agak mahal sedikit. Dan daripada tips di 4square, ada komen mengatakan parking di Wisma Merdeka paling mahal. Ya, Ku Akui.

Selepas mengisi perut, ronda sebentar di dalam mall Wisma Merdeka itu. Erm, honestly, kurang menarik tidak seperti Mall di K.L ataupun J.B. Namun, pekerja di situ sangat baik. Seorang pekerja wanita di kaunter pertanyaan siap tolong telefonkan bagi pihak kami untuk mendapatkan waktu operasi dan bayaran. 
Perjalanan ke Masjid Bandaraya Likas, masjid atas air
Memandangkan kedatangan kami pada hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk menunaikan Solat Jumaat, walaupun kami boleh mengambil rukhsah. Lokasinya, Masjid Bandaraya Likas

Selepas menunaikan solat Jumaat, kami berehat sebentar. Memandangkan badan agak letih ditambah dengan cuaca yang panas, kami ke bandar K.K kembali, mencari hotel bajet.

Hasilnya, kami menyewadi Hotel Bilton Inn. Hotel Bajet yang murah. RM 55/malam :). Bintang ??? Faham-faham jer la. Lokasi, Kg Air. Memang banyak hotel bajet.

Puas berehat, petangnya kami ke kawasan Signal Hill Observatory. Apa ada di sini ??? Mengikut cerita orang Sabah, kawasan tertinggi di Kota Kinabalu.
Santai di Signal Hill Observatory
Ya, memang betul. Kepada anda yang ingin ke sini, anda perlu mengikut jalan di kawasan Padang Merdeka. Agak mencabar sedikit, maklum la memanjat bukit.
Pemandangan indah Kota Kinabalu dari tempat tinggi
Selepas merakamkan beberapa kepingangan gambar, kami menuju ke Tanjung Aru. Tapi, sebelum itu, kami meronda-ronda di sekitar Kompleks Sukan Likas. Kompleks yang menempatkan stadium dan segala kemudahan sukan untuk negeri Sabah.

Terus ke Tanjung Aru. Lokasi Tanjung Aru ini berdekatan dengan terminal 2 KKIA. Sambil-sambil menikmati angin petang, merakam gambar di kawasan pantai.

Kami turut menikmati minum petang. Air kelapa muda versi Sabah.
Menikmati udara petang Tanjung Aru
Keistimewaan Tanjung Aru, antara tempat yang dikenali untuk melihat Sunset. Ya, kami turut tidak ketinggalan bersama-sama orang ramai lain menikmati keindahan Sunset. Subhanallah, sangat cantik !!!
Sunset @Tanjung Aru
Selepas puas menikmati keindahan Sunset di Tanjung Aru, destinasi seterusnya, Night Market. Kami menikmati juadah makan malam di sini. Hidangan yang kami pilihan semestinya berteraskan Seafood. 

Jika sebelum ini, dalam entri Kembara Sabah 2013, aku menikmati ikan bakar, tapi kali ini menukar citarasa.   Ikan siakap, sotong, tomyam dan sayur. Ala-ala juadah di Senibong, Johor
Hidangan makan malam di Night Market, KK
Kenyang perut, hati pun senang. Kami berehat sebentar di sekitar kawasan jeti. Mengambil udara malam sambil ber check in di 4square
Angin Malam di sepanjang kawasan jeti
Kami pulang ke hotel sebentar. Berehat dan bersiap diri. Kaki pun dah tersangat lenguh. Namun aktiviti malam masih belum berakhir.

Aktiviti terakhir, kami berjalan-jalan pusing Pasar Tamu a.k.a uptown kot di Kg Air. Mungkin faktor cuaca yang hujan renyai, tak banyak gerai buka pada malam itu. Namun, keinginan aku untuk merasa urut kaki, tercapai akhirnya. Syamim pun turut terbabit.
Ekspresi muka yang berbeza
Bagi aku, aku sangat berpuas hati dengan uruan brother ini. Walaupun konsep jalanan, sangat best. Dengan bayaran serendah RM 20 untuk 2-2 kaki, aku respect juga brother ini. Banyak cerita turut dikongsi dengan beliau. Jangan lupa, cuba urutan daripada beliau jika ke Kg Air.

Selepas penat seharian berjalan, kami pulang ke hotel untuk berehat. Misi ke Pulau pula esok hari.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...