"Singa Terbang" |
Untuk entri kali ini, khas aku tulis buat penyedia perkhidmatan penerbangan terbaru yang beroperasi di Malaysia, Malindo Air. Cerita benar, berdasarkan pengalaman aku sendiri menjadi penumpang Malindo Air.
Pada 5-7 April lepas, aku bersama dua orang sahabat daripada Kelab Smar Camp UTM, telah terbang ke Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan Malindo Air. Ya, aku sangat teruja untuk menaikinya memandangkan perkhidmatannya di Malaysia sangat baru.
Tiket Ringkas Malindo Air |
Dengan tagline ''Not Just Low Cost", pengalaman menaiki pesawat Malindo ini sangat berbeza dengan penyedia perkhidmatan tambang rendah yang lain. :)
Beroperasi di KLIA, menambahkan gah nya perkhidmatan Malindo Air ini.
Pramugari Malindo dengan kebaya gitu!!! |
Setiap penyedia perkhdmatan, sudah tentu mempunyai identiti tesendiri. Begitu juga Malindo Air ini. Pramugari mereka berpakaian kebaya belah kot!!!! Untuk pramugara, tidak kelihatan. Mungkin laluan lain.
Untuk trip kali ini, apa yang boleh aku katakan, pramugari mereka sangat ramah. Dan yang bestnya, siap bersembang ringkas dengan aku (maklum la, aku duduk seat belakang sekali...). Dan masa pulang ke Kuala Lumpur, pramugarinya siap tegur "eh..macam kenal jer..". Oh, so sweet !!!
Refreshment yang disediakan ; Sandwich dan Air Kosong |
Stop cerita pasal pramugari, kita tengok dari segi servis. Untuk pengetahuan anda semua, buat masa sekarang masih tiada lagi servis jualan makanan di dalam pesawat seperti AirAsia. Namun, sebagai mungkin kaedah promosi, mereka menyediakan refreshment ringan seperti gambar di atas.
Tentunya, refreshment ini Free of Charge.
Travel info di paparan skrin |
Untuk mendapatkan info perjalanan, semuanya boleh didapati di skrin di sea penumpang. Sangat best dengan nilai tambahan yang diberikan walaupun Malindo Air ini menawarkan tambang murah.
Info ringkas buat penumpang |
Siap dengan masa dan jarak disertkan buat penumpang. Mana la tahu kan. Nak update dalam blog ke, nak ceritakan kepada orang kampung nanti ke :)
Travel info koordinat kot |
Mungkin paparan skrin seperti dalam gambar itulah yang menjadi panduan atau rujukan Kapten.
Pilihan movies untuk ditonton |
Bagi mengelakkan kebosanan buat penumpang, siap boleh tengok cerita lagi dalam flight ini. Walaupun senarai movies masih sedikit, namun usaha mereka menyediakan perkhidmatan terbaik kepada penumpang sangat memuaskan.
Sempat juga aku menonton movie "Heart" lakonan Acha Sepriasa dengan Irwan Syah tu :)
List game yang disediakan |
Keterujaan aku semakin terserlah bilamana bukan sahaja filem dan TV Series sahaja disediakan, malahan ada juga game PC yang boleh dimain. Aiyooo...memang aku tak tidur la sepanjang 2 jam setengah perjalanan ke Kota Kinabalu tu.
kantoi plak berchatting |
Bagai seorang businessman plak |
Ha, itulah serba sedikit pengalaman aku bersama Malindo Air ini. Pertama kali menggunakan perkhidmatan mereka, aku rasakan sangat berbaloi-baloi dan sangat selesa.
Ayuh, buat tempahan sekarang di http://www.malindoair.com/en |
Selagi masih ada promosi, anda amat digalakkan untuk merasai sebagaimana apa yang aku telah rasa. Sangat berbaloi-baloi.
Sebelum terlupa, daftar masuk bagasi juga ditawarkan percuma sehingga 15kg untuk kelas ekonomi dan 20kg untuk kelas perniagaan.
Tips : Jangan Lupa bawa EARPHONE sendiri bersama menaiki kapal terbang ini
9 comments:
salam..nk tnye..malindo ni beroperasi kt kkia 1 or 2 ye mcm airasia?
tq.. ~ja
mana murah tambang airasia dengan malindo? perjalan tuk ke sabah ada tak? tapi pramugari dia lebih comel bbding airasia hahaha
skrg ni malindo mmg terbang ke kk n kuching je..
Tak dinafikan layanan pramugari Malindo Air sangat mesra dan ramah ! Thumb up ! Entertainment pon ok dgn touch screen tu.. terbaikk =)
@ ja : malindo beroperasi di KLIA.. so, jawabnye kat KKIA 1 la.. competitior AA kot.. x bley KKIA 2 kot :)
@ Aminin : .. compare to AA, sekarang Malindo lagi murah :) .. sah-sah la g Sabah ngan Sarawak jer skarang :)
@ ja : yup.. sekarang ke KK dan Kuching jer... selepas ni baru akan diperluaskan lagi
@izmil ; yup.. baru lagi kat Malaysia.. next tim x taw la.. hopefully, servis nye lagi okey :)
Kk to kl return, Malindo Air beat Airasia hands down in all aspects.
Post a Comment