Pages

Friday, February 15, 2013

Kinabalu Park yang double COOL

Haiyoo.. berjanggut sudah menunggu saat aku nak sambung cerita jalan-jalan ke Sabah tempoh hari.. Untuk entri ini, aku share serba sedikit suasan di Kinabalu Park.

Kinabalu Park, tempat mulanya korang nak daki Puncak Kinabalu. Bermula disinilah, korang akan menyusuri jalan-jalan yang berduri untuk menawan puncak kinabalu.
Selamat Datang ke Taman Negara Kinabalu
See, korang tengok la pix yang pertama, atas sekali ni. Begitu tinggi dari jalan raya yang sememangnya tinggi dengan tempat tamannya. 
Kawasan bawah Taman negara Kinabalu
So, macam biasa la. Berposing sakan dulu di kawasan parking bawah. Walaupun cuaca panas, tapi disebabkan paras ketinggiannya dah tinggi, udaranya sangat sejuk. Nyaman.
Ala-ala Dejavu di Kinabalu
Sempat lagi untuk aku bersama-sama pelancong yang aku bawa untuk berposing pulak di kawasan kinabalu   park ini.

Sebelum terlupa, untuk masuk sahaja ke kawasan Kinabalu Park ini, bayaran RM 3 untuk seorang dikenakan. Murah la kan... 
me and my sister
 Ok, pihak management kinabalu Park, sila ambil 2 orang model ini untuk dijadikan Duta anda. Hehe
Me berwassap my sister jadi model
Candid mencandid adalah amalan baik untuk anda yang suka bercamera. Tetiba mengarut akibat pengaruh cuaca sejuk di atas sana.
sambil call Pn Rahimah dan memikir next plan
Macam biasa lah. Antara rujukan aku bila ke sana sudah tentu BFF aku, pn Rahimah a.k.a Nora. Maklum la orang ada mertua di Sandakan :)
the only pix yang kami ber3

Tadaaa... tamatlah sudah cerita di sebalik Dejavu di Kinabalu. Lokasi Taman Negara Kinabalu ini sangat strategik walaupun terpaksa turun naik banjaran.

Inginku tawan pulak puncak kinabalu lepas ni :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...