Pages

Friday, January 25, 2013

OCBC Cycle Malaysia 2013 Appreciation Dinner

Ok... brsambung lagi dengan entri berkaitan OCBC Cycle Malaysia 2013 tempoh hari. Sebagai menghargai team leader, pihak penganjur ; Spectrum Worldwide mengadakan Appreciation Dinner bersama tim penggerak event. Semua team leader dijemput, namun kemeriahan terasa berkurangan apabila crew tidak dijemput. Mungkin faktor bajet :(

Appreciation dinner ini diadakan di The Sultani Restaurant, Hotel Flamingo Ampang. Wow, dalam fikiran, sah-sah makanan pak Arab!!!!
Mei Chan, Abi, Ikram & Jejaka Hensem :)
Seawal jam 6.30, aku bersama Ryzal sudah terpacak di parking motor Hotel Flamingo. Semangat nak makan konon. Rupa-rupanya Abi & Ikram lagi awal okey.

Plan asal nak berkumpul di McD Ampang Point bersama tim VKL Facebook. Namun, apakan daya, kita merancang Dia jugalah yang menentukannya.
teringin nak tangkp gambar dalam cermin dalam lift
Sebelum terlajak, kami berMaghrib dahulu. Ye la kan, kalau dah mengisi perut dengan makanan Pak Arab tu nanti, sah-sah lah semua jadi malas. :)
antara team leader lain
Sepanjang perjalanan majlis, memang kenyang la perut ini diisi dengan makanan Pak Arab tu. Tapi, bagi aku yang Pure Malay ini, haruslah kurang kenyang :P . 

Layanan staff Spectrum juga sangat friendly. Penat melayan karenah meraka. Sambil-sambil makan, beberapa game dan cabutan bertuah juga dijalankan. Erm, aku memang tak bertuah la malam tu. Huhu... fuh.. kena mandi bunga 7 jenis la lepas ni :)

tengok...orang makan, aku tumpang masuk gambar
Hehe..selamat tak berkumpul di McD seperti rancangan asal. Mereka yang berkumpul tu, lambat pula sampai ke The Sultani tu..hihi.. Kami dah kenyang, baru sampai..tapi selamat la dieorang tak terlepas lucky draw..hehehe

Dan, acara pada malam itu memang sangat havoc. Masing-masing mengeluarkan watak sebenar yang konon sebelum ini cover jer...hehe. See, kalau dah fotogedik, fotogenik dan macam-macam istilah foto, kalau boleh semua aksi nak diselikan :P
antara tim dari grup FB : Volunteer Kuala Lumpur (VKL)
dah habis sesi jamuan, nak grup fotografi pun singgah bebeapa chek point
Selepas tamat sesi jamuan, macam biasalah sesi grup fotografi. Dah la perjalanan nak ke lobby tu perlu beberapa trip turun naik lift, sempat lagi 2,3 kali berhenti untuk candid!!! Aiyoyoyoyo

Bertempat di lobby, sekali lagi macam-macam aksi tidak terlampau dirakamkan. Okey, aku tahu semua gila camera kan.. Semua artis, nak buat cam mana :)
tu dia... sempat lagi VKL ni menyelit sana-sini
last-last..inilah hasilnya grup fotografi..hihihi
Dan, tentulah 2 gambar dibawah ini yang paling aku suka dan ramai yang menjadikan cover picture untuk FB  masing-masing.
teknik tangkap gambar guna self timer aas meja kaca :P
Sehingga entri ini ditulis, aku masih lagi menggunakan pic dibawah sebagai Cover Pic aku di FB. Sangat santek dan bermakna okey!!!!
sila add FB saya ... Mustaffa Mohammed Kassim :)
Okey, selesai sudah laporan ringkas dari aku untuk 2 big events berkaitan dengan OCBC Cycle Malaysia 2013 ini. Semoga tahun hadapan akan ada lagi event macam ini dan aku diberikan ruang dan peluang untuk menjadi sekali lagi SUKARELAWAN... daaaaa

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...