Pages

Tuesday, March 1, 2011

.: Cerita Khidmat Pendidikan DUN Durian Tunggal :.

Nampaknya March dah muncul. So, aku mulakan entri bulan Mac ini dengan rangkuman sekitar Khidmat Pendidikan DUN Durian Tunggal yang aku sertai pada hujung minggu lepas (25-27 Feb 2011) semperna dengan program utama iaitu program Semai Bakti DUN Durian Tunggal anjuran Kelab Smart Camp dan penduduk kampung di Durian Tunggal, Melaka.
Sebagai intro, Khidmat Pendidikan ini disertai oleh 8 buah sekolah sekitar DUN Durian Tunggal, Melaka yang terdiri daripada pelajar tahun 6 yang bakal mengambil peperiksaan UPSR hujung tahun ini. Jumlah keseluruhan peserta adalah hampir 220 orang pelajar. Seperti kem-kem yang aku sertai sebelum ini, pendekatan "learning by doing" digunapakai melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Selepas tamat upacara perasmian yang dilakukan oleh tuan YB ADUN Durian Tunggal sendiri, sesi ice-breaking dimulakan sebagai langkah pertama dalam mewujudkan minat dan fokus adik-adik tersebut dalam program ini. Ice-breaking dijalankan melalui dua cara iaitu secara mass dan secara kumpulan. Gambar diatas dipetik daripada sesi mass iaitu berkumpul mengikut bulan kelahiran masing-masing.
Seterusnya pembentukan kumpulan melalui gambar yang telah ditetapkan di dalam fail. Dan aku bersama partner fasi aku, Dal telah mendapat kumpulan 9 dengan trademark adalah Sayur. Seramai 21 orang adik fasi untuk kumpulan kami berdua ini dan kumpulan ini dikepalai oleh adik Faris (yang duduk di tengah-tengah bulatan itu).
Seperti yang diberitahu, aktiviti yang dijalankan adalah melalui "Learning by Doing" dan sebanyak 4 aktiviti utama dijalankan dengan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Sepanjang perjalanan program dari pagi hingga ke petang, adik-adik ini amat memberikan kerjasama yang tip-top dan sungguh seronok aku dapat bersama-sama mereka.
Sempat juga aku mencandid adik-adik kumpulan aku ini membuat kerja yang ditetapkan. Memang semangat habis lah mereka ini walaupun kenakalan dan keceriaan mereka kadang-kala membuatkan aku nak marah tapi tak jadi nak marah sebab mereka ini best :) .
See, masa aktiviti 2nd last. Dikala semua kumpulan lain duduk dalam barisan untuk mendengar arahan daripada ketua mereka, kumpulan 9 ini bersemangat waja terus meluru ke hadapan untuk melaksanakan task yang diberikan. Memang terbaik la kamu semua wahai adik-adikku kumpulan 9 :)
Saat paling tak menarik iaitu majlis penutupan. Memang rasa tidak puas dapat bersama mereka semua ini hanya setengah hari sahaja. Namun, itulah lumrah yang kami lalui disebabkan terdapat aktiviti lain bersama masyarakat kg Belimbing Dalam yang direncanakan.
Apa-apa pun, semoga adik-adik ini terus bersemangat untuk terus maju ke hadapan dalam membina masa hadapan yang cemerlang dengan dimulankan dengan langkah pertama iaitu UPSR mereka. Jika ada kesempatan lagi, kita akan bertemu di lain waktu. Sayonara~~

~~Menyusul Lepas ini sekitar bersama keluarga angkat~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...