Pages

Saturday, May 17, 2014

PHUKET : Percutian Murah, Haya RM 240

PHUKET ... salah satu destinasi pelancongan yang sangat aku ingin pergi. Dan tanpa diduga, aku dapat harga yang super duper murah. 

Tanggal 8-10 Mei 2014 lepas, aku telah selamat ber holiday di sana bersama sahabat kaki jalan, sahabat sekatil, sahabat se macam-macam lagi, Badrul Nizam.

Kasi line panas sikit, tengok gambar di bawah.
Details booking kami

Dan, paling sangat korang rasa sakit hati, semua ini hanya RM 240/pax. Di ulang RM 240/pax termasuk tiket flight AirAsia pergi-balik serta penginapan 3 hari 2 malam di White Sand Resortel, Patong.

Ushar sikit hotel ini 
Tu dia baq hang
Welcome to Phuket !!!
Okey, cukup dulu untuk preview entri holiday 3 hari 2 malam ke Phuket, Thailand. 

Mesti korang tertanya-tanya, wow, sungguh murah. Macam mana boleh dapat harga itu ???

Rajin-rajinkan diri ushar website : AirAsiaGo . Sangat berbaloi-baloi.

Coming up next, Review Hotel sikit.

Sunday, April 6, 2014

[Bengkel] Kursus Asas Photoshop & Illustrator MajalahPC

Iklan Free sebentar :)

Majalah PC, majalah IT pertama di Malaysia berbahasa melayu terbitan Kumpulan Media Karangkraf akan menganjurkan Bengkel Asas Photoshop & Ilustrator.



Sebelum itu, mungkin korang kurang pasti apakah bezanya PS dengan AI ini. Jom terjah portal MajalahPC untuk maklumat lanjut.

Okey, sudah jelas ? Di sini, aku kasi butiran mengenai Bengkel ini :


Tarikh  : 19 & 20 April 2014
Tempat : Perpustakaan INTEC Education College, Seksyen 17 Shah Alam
Masa  : 9.00 a.m - 6.00 p.m
Pengajar : Dr Sharkawi

Bayarannya sangat berpatutan, RM 150 sehari atau boleh ambil pakej 2 hari dengan harga RM 250 sahaja

Untuk pendaftaran atau keterangan lanjut, korang boleh hubungi aku di talian 019 7099359 (wassapp) pun boleh. Atau korang boleh terus emelkan ke mustaffa@karangkraf.com 


Monday, March 17, 2014

Universal Studio Singapura ; Tips & Bajet [Bahagian 2]

sambung dari entri Part 1.

Bermula masuk parking, korang kena pakai AUTOPASS itu. Rate Parking ? Kami tak ingat sebab Pakej kami dah FREE PARKING. Ada 4 orang, 4 tiket free parking :)
Finally, here we are
Lebih kurang jam 9.30 a.m, kami berada di replika Bumi yang ada tulis Universal Studio tu. Pergi cop e-ticket dahulu sebelum masuk. Dan waktu gate USS itu dibuka tepat jam 10.00 a.m. So, sempatlah kami berselfie bagai di ruang luar itu. TIPS 6 : Waktu operasi USS 10.00 a.m - 7.00 p.m
Happy sangat konon
Coffee meeting
Masuk jer dalam, terus la menjadi JAKUN sebentar. Feeling-feeling berada di Hollywood, di Oversea. Bergambar sana sini. 

WARNING !!! : Entri khas untuk cerita & pengalaman akan dihasilkan. Untuk entri ini, fokus hanya pada perjalanan & bajet.

Rilex brother
National Museum libraRY
Terkejut ke?
Masa lunch, kami pun duduk la di foodcourtnya. Food court nya banyak, walaupun ramai orang :) . Menu istimewa yang kami pilih, Ayam Penyet kot !!! Bersama Sup. Seriusly, Sup nya sangat tak sedap. Wek!!! Bersama Air Lemon tea gelas besar. 4 orang 4 gelas. Sangat kembung perut. 
Our lunch
Harga ? Nasi Ayam tu $11.50 + air $3.90. Total $61.60 tapi kami ada voucher $40. Jadi hanya bayar $21.60 sahaja, bersamaan : RM 56.20 . TIPS 7 : BAWA MAKANAN SENDIRI :)
Bengang
Lepas makan, meneruskan aktiviti berambar & menjelajahi USS. Next entri yer.

Dalam jam 7.00 ++ p.m, kami bergerak keluar USS. Memandangkan tempat penginapan belum dibooking, kami kena bergerak keluar dari Singapura untuk mendapatkan line untuk berwassap. TIPS 8 : BOOKING LA AWAI HOTEL.
Scholat's Inn
Di imigresen Singapura, perlu tunjuk pasport dan bayar toll mereka yang bernilai $1.20 (RM 3.10). Di imigresen Malaysia pula, sekali lagi bayaran toll sebanyak RM 2.80. 

Dengan bantuan junior aku, kami menginap di SCHOLAR INN UTM. Harga sangat berpatutan, RM 120 satu malam. Sangat selesa. Siap dapat kupon sarapan RM 14.00. Untuk tempahan, boleh ushar website mereka, SCHOLAR INN.

Kesimpulannya, ini jumlah perbelanjawan 2 hari 2 malam kami.
Till we meet again Hollywood
Minyak (pergi-balik) RM 90.00
-------------
Toll (pergi-balik) RM 87.00
--------------
Tiket USS : RM 707.20
--------------
Makan di USS : RM 56.20
--------------
Autopass : RM 26.00
--------------
Hotel : RM 120.00
---------------
Toll di Singapura : RM 3.10
---------------
Toll di Johor : RM 2.80
********
Jumlah Besar : RM 1,100
#########
Dibahagi 4 orang : RM 275.00 seorang !!!
I'm Happy
Sangat berbaloi-baloi. 

Okey, next entri pasai experience di USS :)

Friday, March 14, 2014

Universal Studio Singapura ; Tips & Bajet [Bahagian 1]

Akhirnya, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Universal Studio Singapura (USS). Bersama 3 lagi kawan aku, Abby, Bad & Amin kami menjelajahi keseronokkan USS.
Abby, Me, Bad, Amin
Untuk entri ini, aku ceritakan secara ringkas sahaja mengenai perjalanan ad-hock kami. Tips atau perkongsian mengenai budget kami disana. Dan yang pasti, kami tidak mengambil atau mengikut trip yang kebanyakkan orang buat.

Kenapa tak ikut trip ? Salah satu soalan yang aku terima. Jawapan aku mudah. KEPUASAN !!!

Kami bertolak ke Johor pada Jumaat malam dari Shah Alam. Tepat jam 12 a.m, kami bergerak. Dan yang menariknya, jam 7.++ p.m baru kami baru beli tiket. Tips pertama : rajin-rajin tengok web. Kami beli online sahaja. 
e-Ticket. Don't forget to print it
Pakej yang kami ambil, $68 (sing dollar). Untuk 4 orang, $272 sing dollar bersamaan RM 177. Apa yang kami dapat ? 1)Pas masuk ke USS 2)$10 meal voucher 3)$5 Shopping voucher 4)Parking tiket FREE !!!

Let's go. Subuh Sabtu, kami sampai J.B. Singgah Masjid Bandar Baru Uda, mandi & solat. Pas tu terus shot ke sempadan :).

Okey, kat sempadan untuk border Malaysia, korang hanya perlu sediakan passport sahaja dulu. Security dari Imigresen Malaysia. Dah lepas, terus la masuk Singapore tu.
Make sure ur passport not less 6 months until expired
Di Imigresen Singapore, korang kene isi form putih. Nak cepat, bawa pen siap-siap. Kalau tak de pen, pow sahaja Abg Imigresen Singapore tu, macam yang aku buat. Hee. Tips kedua : SILA BAWA PEN

Dah lepas imigresen, jangan lupa dapatkan Autopass. Kalau tak sure mana nak dapat, tanya jer Imigresen. Dia akan suruh ikut jer arrow merah (kalau tak silap la). Dekat situ nanti, korang kena pergi dekat staff pakai baju purple, suruh dia salin tarikh road tax mati. Then isi form. Beratur sebentar, dan dapat lah Autopass itu. Harus diingat, Autopass itu hanya VALID untuk kereta yang korang daftarkan sahaja.
Autopass 
Korang akan dikenakan bayaran sebanyak $10 ($6 bayaran kad, $4 jer tinggal dalam kad tu). Korang boleh topup di 7E. Autopass itu akan digunakan untuk bayaran di dalam Singapura, seperti parking dan sebagainya. Tips ketiga : BELI AUTOPASS DAHULU SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN.

Settle urusan, boleh la meneruskan perjalanan ke Singapore. Tapi, korang amat memerlukan GPS PAPAGO memandangkan sign board sangat tidak jelas. Nak guna WAZE, kena ada internet. Tips Keempat : WAJIB BAWA GPS .

Kami meneruskan perjalanan destinasi kami terus ke USS. Sampai kawasan USS, perlu lalu gate utama. Dan yang bestnya, korang kena bayar. Since kad Autopass itu tidak boleh digunakan disitu (kena guna kad yang ada CIP), petugas di gate itu suruh bayar di pondok :) . Petugas di gate itu membuka palang dan menyuruh kami membayar di pondok.

Kami ke pondok itu, dah terus sahaja bertanya tempat parking USS :) . So, kesimpulannya, tak payah bayar...lalalala. Tips kelima : MANIS MULUT
We olls !!!
Ok, stop dulu. nanti sambung :)

Friday, November 15, 2013

Come back : My New Life

Ok.. actually aku dah macam nak delete sahaja blog tak seberapa ini atas sebab dah dijakiti VIRUS MALAS.

Namun, sejak bekerja di tempat baru ni, rasanya sayang pulak nak DELETE since company ni syarikat PUBLISHER/MEDIA.

Actually, sejak 1 Oktober 2013 lepas, aku melapor diri di syarikat KMK (korang search la yer..tu short formnya).

Aku ditugaskan untuk menjaga/menguatkan/dan macam-macam ME...KAN untuk Majalah Education mereka.

Majalah Education tersebut ialah Majalah EBACA, Majalah FOKUS SPM & Majalah PC (okey..dah dapat HINT kan company apa).

So, segala jenis Promosi / Aktiviti melibatkan keiga-tiga Majalah ini akan dibawah seliaan aku (..seliaan la sangat kan). Okey, itu serba sedikit INTRO mengenai apa yang aku buat sekarang .

Majalah FOKUS SPM : Majalah Sekolah Menengah

Majalah E-BACA : Majalah Sekolah Rendah
Majalah PC : Majalah IT No 1
 Menuju tahun 2014 ini, so aku sedang merancang untuk menjalankan beberapa aktiviti melibatkan majalah-majalah ini.

So, buat masa ini perancangan sedang dibuat. If korang-korang berminat nak tied-up dengan majalah-majalah ini, sila hubungi aku. InsyaAllah, aku akan realisasikan.

Tied-up macam mana? Ok, untuk EBACA & FOKUS SPM, aku biasa buat progrm di sekolah. Plan beberapa aktiviti, termasuk bawak sponsor masuk sekolah termasuklah artis-artis yang baru nak naik..hehehe.. tu aku akan dealkan dengan Majalah Remaja.

Ok, untuk Majalah PC, aktiviti more to ICT based. So, paham-paham jer la kan...hehee

Rasanya cukup buat sementara waktu. Aku tamatkan entri ini dengan ucapan, selamat berkenalan kembali.

p/s : Jangan lupa, emelkan cadangan / jemputan untuk ketiga-tiga majalah ke mustaffa@karangkraf.com :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...