Pages

Friday, March 14, 2014

Universal Studio Singapura ; Tips & Bajet [Bahagian 1]

Akhirnya, berjaya juga aku menjejakkan kaki ke Universal Studio Singapura (USS). Bersama 3 lagi kawan aku, Abby, Bad & Amin kami menjelajahi keseronokkan USS.
Abby, Me, Bad, Amin
Untuk entri ini, aku ceritakan secara ringkas sahaja mengenai perjalanan ad-hock kami. Tips atau perkongsian mengenai budget kami disana. Dan yang pasti, kami tidak mengambil atau mengikut trip yang kebanyakkan orang buat.

Kenapa tak ikut trip ? Salah satu soalan yang aku terima. Jawapan aku mudah. KEPUASAN !!!

Kami bertolak ke Johor pada Jumaat malam dari Shah Alam. Tepat jam 12 a.m, kami bergerak. Dan yang menariknya, jam 7.++ p.m baru kami baru beli tiket. Tips pertama : rajin-rajin tengok web. Kami beli online sahaja. 
e-Ticket. Don't forget to print it
Pakej yang kami ambil, $68 (sing dollar). Untuk 4 orang, $272 sing dollar bersamaan RM 177. Apa yang kami dapat ? 1)Pas masuk ke USS 2)$10 meal voucher 3)$5 Shopping voucher 4)Parking tiket FREE !!!

Let's go. Subuh Sabtu, kami sampai J.B. Singgah Masjid Bandar Baru Uda, mandi & solat. Pas tu terus shot ke sempadan :).

Okey, kat sempadan untuk border Malaysia, korang hanya perlu sediakan passport sahaja dulu. Security dari Imigresen Malaysia. Dah lepas, terus la masuk Singapore tu.
Make sure ur passport not less 6 months until expired
Di Imigresen Singapore, korang kene isi form putih. Nak cepat, bawa pen siap-siap. Kalau tak de pen, pow sahaja Abg Imigresen Singapore tu, macam yang aku buat. Hee. Tips kedua : SILA BAWA PEN

Dah lepas imigresen, jangan lupa dapatkan Autopass. Kalau tak sure mana nak dapat, tanya jer Imigresen. Dia akan suruh ikut jer arrow merah (kalau tak silap la). Dekat situ nanti, korang kena pergi dekat staff pakai baju purple, suruh dia salin tarikh road tax mati. Then isi form. Beratur sebentar, dan dapat lah Autopass itu. Harus diingat, Autopass itu hanya VALID untuk kereta yang korang daftarkan sahaja.
Autopass 
Korang akan dikenakan bayaran sebanyak $10 ($6 bayaran kad, $4 jer tinggal dalam kad tu). Korang boleh topup di 7E. Autopass itu akan digunakan untuk bayaran di dalam Singapura, seperti parking dan sebagainya. Tips ketiga : BELI AUTOPASS DAHULU SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN.

Settle urusan, boleh la meneruskan perjalanan ke Singapore. Tapi, korang amat memerlukan GPS PAPAGO memandangkan sign board sangat tidak jelas. Nak guna WAZE, kena ada internet. Tips Keempat : WAJIB BAWA GPS .

Kami meneruskan perjalanan destinasi kami terus ke USS. Sampai kawasan USS, perlu lalu gate utama. Dan yang bestnya, korang kena bayar. Since kad Autopass itu tidak boleh digunakan disitu (kena guna kad yang ada CIP), petugas di gate itu suruh bayar di pondok :) . Petugas di gate itu membuka palang dan menyuruh kami membayar di pondok.

Kami ke pondok itu, dah terus sahaja bertanya tempat parking USS :) . So, kesimpulannya, tak payah bayar...lalalala. Tips kelima : MANIS MULUT
We olls !!!
Ok, stop dulu. nanti sambung :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...