Selamat datang ke Sabah. Destinasi seterusnya adalah rumah terbalik. Kalau tak silap, Rumah Terbalik ini ialah satu-satunya Rumah Terbalik yang ada di Malaysia.
Seriusly, aku memang sangat teruja bila teringat ada di Sabah.
Signboard Rumah Terbalik (The Upside Down house) |
Untuk yuran masuk, hanya RM 10 ringgit / kepala. Memandangkan kami bertiga, makanya RM 30.
Ok, cun.. boleh lah murahnya sebelum ternampak 1 notis larangan mengambil gambar di dalam kawasan rumahnya. Kawasan luar ,okey.
Pemandangan luar Rumah terbalik |
Model Rumah Terbalik dari Semenanjung |
Macam Superhero dah :) |
Sebelum dan seleas berjaket |
Pandangan diluar rumah. Okey. Bukan nak burukkan pihak mereka, tapi aku selaku pelancong yang datang dari jauh agak tidak berpuas hati dengan sistem yang dijalankan.
Yang pertama, masa agak terhad di dalam rumah itu. Dah la tak boleh angkap gambar dalam rumah, lepas tu pekerja yang ditugaskan seperti tourist guide dum dam dum dam macam cakap seorang diri a.k.a ROBOT.
Rasa-rasa tak sampai 10 minit dapat tengok dalam rumah tu. Erm, agak kecewa sedikit !!!
Welcome to Rumah Terbalik |
See, muka model sangat masam bila dah keluar. Dah la tengah panas, lepas tu layanan mereka agak simple yang rasa nya tak berbaloi dengan RM 10.
Bukan Rumah sahaja, kereta pun terbalik |
Okey, selain rumah terbalik yang sebijik jer, ada jugalah sebiji kancil terbalik. Okeylah, nak tangkap gambar banyak-banyak pun tak senang.
Get ready nak terbalikkan rumah |
Okey, before aku tamatkan entri rumah Terbalik ini, kalau korang rasa nak singgah, boleh pergi seperti alamat berikut :
Kg. Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong Tamparuli,
89208 Tuaran Sabah, Malaysia
+088-260263
Okey, bah kalau kau!!!!
0 comments:
Post a Comment