Pages

Wednesday, August 1, 2012

Duit Kertas Baru dalam tangan

Sedar tak sedar, hari ini sudah masuk bulan Ogos. Dan hari ini juga sudah 11 hari kita berpuasa. Mungkin belum terlambat untuk ak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Memandangkan tempoh hari, Bank Negara telah mengumumkan akan mengeluarkan Duit kertas baru, ak pun turut excited nak merasa pegang duit baru itu. Nah, akhirnya setelah lebih sejam ak menunggu giliran di Maybank Taman Melawati, akhirnya berjaya juga ak memperolehinya.

Tak caya ???? Jom ushar.... jeng jeng...

Lai lai.... Seringgit Sekeping
Tak Cukup Seringgit ??? Nah 10 hengget..
Welcome back not RM20.. sngt cool
sama tapi tak serupa.. material dah laen
Okey, tapi terkilan sebab duit RM 5 sudah kehabisan.... ya, baru tiga hari cawangan Taman Melawati ini memulakan operasi tukaran duit ini, RM 5 sold out...aissshhh... Stress tak dapat...
duit nie la yg SOLD OUT... Cik Fizz, sila cepat tukarkan utk sy !!!!
Dan selamatlah ada seorang sahabat yang baik hati sanggup menolong untuk mendapatkan not RM 5 itu esok hari di bank lain. Menurut pegawai bank itu tadi, jika cawangan bank itu telah kehabisan duit baru, maka tiada stok lagi. Senang citer, kene gi cawangan lain la kalau gigih juga nak dapatkan.

Okey, cukup sahaja entri pertama bulan Ogos 2012 ini. Malas nak tulis panjang-panjang. Mood happy, tengah belek-belek duit baru ini.

p/s : BTW jemputlah datang ke rumah raya ini kalau nak duit raya dari ak :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...