Pages

Saturday, February 20, 2016

Bengkel Eksklusif : Aktifkan Supergenius Dalam Diri

Fuhh ... lama sudah meninggalkan dunia blog ini .. nampaknya, kena mula balik la sebab dah banyak event nak kena promote ...

                                                                   ----- ****** -----

Event pertama nak promote, sebuah bengkel yang diberi nama Bengkel Aktifkan Supergenius Dalam Diri .


Mesti ramai tertanya-tanya, bengkel apa ni ? 
"Eh, betul ke bengkel ini..
"Mana ada orang GENIUS kat sini.."  
"Anak aku mana ada GENIUS..biar la anta Pusat Tuisyen jer.."
Ha..mungkin tu la serba sedikit PERSOALAN yang bermain di MINDA.

Sebenarnya, setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini lahir bersama POTENSI menjadi GENIUS. Namun, proses pembesaran mengehadkan potensi ini disebabkan tindakan yang kurang sesuai.

Untuk itu, kami bawakan Pengasas Motivasi Superneuron, Cikgu Kamil berkongsi teknik dalam bengkel Aktifkan SuperGenius dalam Dirimu ini. Cikgu Kamil juga merupakan Penulis Buku Bestseller "Rahsia Jadi Genius" terbitan Karangkraf.


Selain menulis buku, Cikgu Kamil merupakan seorang Profesional Juggler yang terbukti membantumem bentuk satu sikap yang ada pada individu genius iaitu sikap persisten. (boleh baca disini

Butiran Bengkel ini, anda boleh rujuk poster dibawah :


Jom, usah tangguh lagi. Hubungi nama tertera untuk pertanyaan & pendaftaran. EARLY BIRD price diberikan. Harga ISTIMEWA juga diberikan bagi PENDAFTARAN berkumpulan.




Nak cepat lagi, boleh isi Borang Pendaftaran Online, disini.

Jumpa Anda pada 26 Mac ini !!!

Saturday, November 15, 2014

Time Capsule Retreat , Hotel Kolong Mewah

Sebenarnya, dah lama rasa malas nak hupdate vlog picisan ini. Tapi gagahkan juga.

 Dan lepas ini, hanya tertumpu kepada cerita holiday, event or sewaktu dengannya.

Cerita Phuket nanti sambung. Gambar baru dapat. Terus cerita Time Capsule Retreat jer.

*********************************************************************************

Pintu Gerbang ke Sungai Lembing
Idea nak pergi merasai tidur dalam kolong ini bilamana banyak blog dan traveller dah share pengalaman mereka tidur & bergambar disekitar kawasannya.

Dan, akhirnya aku dan buddy travel aku, Mr Budd telah pun berjaya menjadi salah seorang penginap di hotel kolong ini.

Welcoming Signboard
Destinasi kami, Time Capsule Retreat yang terletak di Sg Lembing, Pahang.

Perjalanan kami dari Shah Alam ke Sg Lembing ini memakan masa hampir 4 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Untuk ke sini, korang perlu Exit Kuantan dan terus ambil simpang ke kanan.

Pengalaman Tidur dalam Kolong 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apakah yang menaiknya tentang Time Capsule Retreat ini. Time Capsule ini memberikan kelainan kepada anda untuk menikmati tidur di tempat yang masih asing lagi.

Kebiasaannya, ramai akan berkhemah atau tidur dalam hotel/bilik . Namun, di Time Capsule ini, 'hotel' nya dihasilakn denngan ubah suaian Kolong. 

Suasana Malam di Kolong
Terdapat 9 buah kolong di sini yang terdiri kepada 2 jenis pemandangan. Jenis pertama adalah kepada yang suka bermain dengan bayang-bayang & jenis kedua khas untuk yang suka pemandangan hutan.

Setiap kolong ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, aircond serta plug.

Pemandangan dalaman kolong
Terdapat 4 buah tandas kongsi untuk penyewa.

Tandas kongsi di luar
Boleh berendam
Close Up Tandas kosing
Bermain Teknik Silhouette

Disebabkan Mr Budd ini seorang yang suka bergambar, kami memilih jenis kolong yang boleh bermain dengan bayang-bayang atau Teknik Silhouette. 

Teknik Silhouette yang kurang menjadi
Berbekalkan hanya kamera hanset, pelbagai aksi boleh dirakamkan. 

He is Mr Budd
Pantry & Bilik di Rumah

Selain penginapan jenis kolong, terdapat juga penginapan di dalam bilik. Bilik yang disediakan didalam rumah turut disewa kepada yang inginkan lebih privasi.

Katil dalam bilik di rumah
Pantry terbuka juga menyediakan ruang untuk berbual pessis seperti anda berada di kedai kopi. Korang boleh memasak, buat air panas dan ber BBQ di sini.

Rumah yang turut disewakan
Ruang pantri untuk ber chit chat
Tempat Menarik di Sekitar

Selain Time Capsule ini, kawasan sekitar Sg Lembing ini menawarkan pelbagai lagi tempat menarik untuk dilawati. Sg Lembing yang terkenal dengan lombong bijih timah ini turut memberikan peluang kapada pengunjung untuk merasai pengalaman masuk ke dalam terowong lombong bijih timah.

Sila baca sendiri
Memandangkan niat kami hanya menginap di Time Capsule, kami hanya merakamkan suasana sekitar lombong bijih timah ini. Mungkin, next time akan merasai pengalaman itu :)

Selain menerokai lombong bijih timah, terdapat pelbagai aktiviti outdoor yang menarik untuk dicuba. Antaranya seperti Air Terjun Pelangi, ATV, Bukit Panorama, Jambatan Gantung dan pelbagai pakej menarik untuk di cuba.

Tempahan Awal Time Capsule

Untuk korang yang ingin merasai tidur dalam kolong, Time Capsule ini perlu dicuba. Tempahan awal perlu dibuat jika korang nak datang hujung minggu.

Pintu masuk yang masih belum siap sepenuhnya
Korang boleh hubungi terus Miss Tan di talian 013 - 963 8888 dan bayaran serendah RM 119 untuk satu malam.  

                             ***********************************************

Next entri, info & tips adhock retreat ni :)

Jangan lupa follow Insagram aku di @Muz_Azzam :)

Tuesday, May 27, 2014

[Bengkel] Asas Photoshop & Illustrator Majalah PC V.2.0

Cop... Iklan Sebentar.

Atas sambutan hangat Bengkel Asas Photoshop & Illustrator Siri 1 pada April lepas, Majalah PC sekali lagi membawakan bengkel yang sama dengan upgrade menjadi V.2.0. Layan Iklan sebentar.

Tema kali ini - Hijau
Okey, mekanisma yang sama seperti sebelum ini. Kalau korang berminat, sila call / sms / wassap segera nombor tertera.

Moh lihat serba sedikit kemeriahan bengkel asas photoshop & illustrator ini.
Tu dia bak hang.. FOKUS
Zero to Walawey
Thorbaikkk
Best student kot
Ramai yang cakap, saya tiada asas pun. YA, inilah kata-kata peserta di atas sebelum menyertai bengkel ini. Hasilnya, korang nilaikan sendiri.. :) .

Jadi, apa tunggu lagi. Kami crew Majalah PC sedia membantu. #selfie crew

Kami Sedia Membantu !!!
Tuan Tanah :)
Sekian, cepat-cepat hubungi kami !!!

Thursday, May 22, 2014

[Review] : X-Men Days of Future Past.

Tinggalakn dulu cerita PHUKET :)

Semangat pulak nak review cerita yang bakal box office, X-Men ; Days of Future Past .
X-Men yang telah menggegar panggung
Sebelum itu,kepada korang yang nak pergi menonton, better booked awal atau beli online. Confirm full house menjelang weekend ini !!!

Sequel terbaru terbitan Marvel ini sangat SUPERB jalan ceritanya. Korang 

Walaupun tiada power baru yang ingin ditonjolkan, tapi olahan pengarahnya amat menarik.

Mungkin korang tertanya-tanya, watak manakah yang menjadi kekuatan pada filem ini. Dan jawapannya, tentulah Mystique, Logan, Pro X (masa muda) serta Magneto (Masa Muda).

Pada pandangan aku, permulaan cerita sangat best, bila ada aksi perang. Mungkin itu intro untuk jalan ceritanya.

Selepas aksi perang itu, moment dimana Logam 'kembali' pada zaman silam sedikit slow. Mungkin sebab aku ini seorang penggemar action film, science fiction dan seangkatan dengannya, aku mengharapkan 1 filem tu penuh aksi !!! Oh, sngat demand.

Okey, tak nak kacau mood korang. Boleh booked terus yer. Oh! Media pun review sangat ohsem.

Short Review Oh Media
Okey,selamat Menonton. Jangan lupa beli pop corn.

Sunday, May 18, 2014

White Sand Resortel, Hotel Bajet Mewah

Wow.. tetiba mencanak page view blog abg macho ini rentetan kisah benar PHUKET RM 240 :)

Alamak, buktinya sudah hilang.. hee.. By the way, baru saje aku check, godek-godek kat Asiago ini, ini contoh harganya. Boleh lagi murah kalau korang rajin godek-godek.. Nyum nyum..
Still mahal compare to yang aku dapat..lalala
Okey, kepada first timer yang sampai Phuket macam aku ini, memang sangat nube la. Tapi hasil risikan dan pembacaan, gagahkan juga take the challenge.

Jika korang berbackpackers berdua ke sorang ke, the best way to save money from airport to Phuket dengan menaiki mini bus. Mr Badrul Nizam, bila mau kasi gambar nie !!!!

Harga tiket minibus ini hanya 180 bath. Tempat beli tiketnya, hanya betul-betul di luar airport. Tak best nya minibus ini, dioerng akan kumpul sampai 10 orang, baru gerak ke Phuket. Selagi tak cukup, duduk la tunggu. Kiteorang hari itu dalam 15 - 20 minit juga la tunggu.

Oky, dari airport ke Patong (tempat hotel 4 star kami) mengambil masa lebih kurang 1 jam. Ouch, tempoh hari ada satu kawasan tu, sangat jammed.

Tapi kalau korang banyak duit, boleh saja naik kereta. Lebih selesa dan mewah sikit :) . Hanya 800 bath sahaja. Bawah ejen yang sama.

Dan, inilah lah dia Hotel 4 star kami. White Sand Resortel. Korang boleh tengok websitenya juga di sini.

Sawadikap.. White Sand Resortel
Tu signage hotel. Tengok sikit dekonya. Ada 2 pahlawan seksi :)
Penjaga pintu
Hotel di Thailand ini istimewanya, korang boleh check in awal. Seawal korang sampai hotelnya. Kami sampai, terus sahaja diberikan fresh orange. Erm, pekat. Nyum nyum.

Bilik kami, di tingkat 4. Ta daa. Tengok sikit.
4 star okey !!!
Tu dia. Complete set. TV Samsung, coffee, peti sejuk, peti besi. Sangat berbaloi-baloi. Tengok sikit katilnya. Yer la, ini yang paling penting. Tempat nak betulkan tulang belakang.
See, tengok katilnya
Ops, tapi kami bukan gay yer walau ambil king size bed. Senang nak bermanja-mana [okey..muntah jap]. Kita lari ke toilet. sangat bersih.

Beginilah toiletnya.
Dan paling best, tingkat 4 itulah terletaknya swimming pool. Walawey, selamat bukan depan bilik. Sebelah-sebelah bilik kami sahaja.

Dapat cuci mata sekejap. Lalalala.
Swimming pool kecil molek
Okey, cukup untuk review hotel kami. Kami boleh kasi 4/5 bintang. Sangat-sangat berpuas hati. Dan internetnya sangat superb laju !!

So, apa macam ?? Makah hati tak ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...